Tuesday, December 9, 2025

Part 1 : Bosnia dan Herzegovina : Cuaca

Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke Bosnia dan Herzegovina hujung bulan November 2025. Awalnya Bosnia bukanlah tempat yang telah kami rancang, dan tidaklah kami bersedia sedari awal terutamanya dari segi latar belakang homework dan cuacanya.

2 minggu sebelum bertolak, saya lihat cuaca akan hujan sepanjang tarikh 5 hari kami ke sana. Saya dah redha, bersedia dari segi mental jika bercuti tatkala waktu hujan.

Saya check keadaan cuaca hampir setiap hari. Kerana keadaan yang telah masuk musim sejuk (winter), banyak perubahan boleh berlaku. After all, forecast weather is a forecast until  the day itself, baru kita boleh tahu. Sehari sebelum bertolak, saya semak lagi cuaca. 

Dari expected raining, bertukar kepada snowing, subhanallah!

Kami kemudian last minute shopping, malam sebelum bertolak pagi esoknya untuk mencari keperluan-keperluan lain (baju dan stokin yang lebih tebal, dan tambahan baju tahan sejuk - lesson learnt dari pengalaman sebelum ini, kami underestimate weather sewaktu di Bursa, Turki). 

Alhamdulillah, kami selamat tiba dari Jeddah ke Sarajevo dan hari pertama kami, cuaca hujan. Renyai-renyai, sejuk dan nyaman Alhamdulillah.

Allahumma bariklahu.

Selamat datang ke Bosnia dan Herzegovina!







No comments: