Wednesday, September 9, 2015

semua perkara di dalam kawalan Allah

dua tiga menjak kebelakangan ni...
banyak 'dihantui' oleh pelbagai masalah-masalah atau isu-isu negatif atau mungkin lebih senang disebut cabaran-cabaran dari manusia-manusia terdekat di sekeliling saya...

dua tiga kali cuba menulis. tetapi akhirnya tak terhabis pun.

kadangkala kita sedih.
kita rasa sesetengah perkara tak sepatutnya berlaku.
ya tak sepatutnya
tapi kita lupa. dalam dunia ni apa perkara yang sepatutnya berlaku?
kalau semua perkara dalam landasan yang sepatutnya...bila masa datang cabaran dan dugaannya?

kita sedih. terlalu banyak.
di penghujung cerita..kesimpulannya, semua perkara yang berlaku di luar kawalan kita.
semuanya terjadi dengan izin Allah.
kalau kita marah dengan seseorang kerana kita rasa 'sepatutnya' dia tidak berkelakuan begitu..apa yang kita boleh buat kalau bukan diri mereka sendiri yang mahu berubah?
apa yang kita boleh buat? 

Terima, dan Maafkan sahajalah mereka.
pendam pun tidak berguna.
menunjukkan yang kita marah dengan menunjukkan perangai-perangai buruk kita tidak akan langsung membantu kita.

Teringat saya pernah terbaca di buku, apa yang berlaku di dalam hidup kita ini sebenarnya hanyalah alasan, sama ada untuk menjadikan kita manusia yang lebih beriman atau sebaliknya.

dalam hubungan rumahtangga, suami, isteri, anak, ibu, ayah, adik beradik, ipar duai, semua perlu dijaga.
hubungan siapa yang tidak pernah ada cabaran?
semua orang ada cabaran masing-masing.
besar atau kecil, bukankah Allah sudah berjanji, Allah menurunkan cabaran pada orang yang mampu melaluinya?

Dalam pada saya pening-pening kerana bermacam-macam aura negatif bergelumang dikeliling saya...

pagi tadi datang seorang sahabat saya, baru melapor diri sesudah menamatkan Masternya di UM.
Sementara menunggu dipanggil pihak HR, dia datang di bilik pejabat saya sambil kami berkongsi cerita.

sebelum sahabat saya ini meninggalkan pejabat kami untuk sambung Master setahun yang lepas, kami memang sedia tahu bahawa isterinya sedang dalam proses dialisis, tiga kali seminggu dan sahabat saya ini seringkali berulang alik ke hospital untuk menguruskan kesihatan isterinya.

Jadi saya pun bertanya macam mana keadaan isterinya sekarang.
Katanya, alhamdulillah, setelah setahun lebih berulang alik membuat dialisis, keadaan isterinya beransur baik. Dan in shaa Allah, jika panjang umur dan dimurahkan rezeki sekiranya keadaan dia dan isterinya baik, mereka akan membuat transplan.
Sahabat saya kata, dia akan menyumbangkan sebelah buah pinggangnya kepada isterinya.

Subhanallah.
Hampir mengalir air mata saya mendengarnya.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan untuk sahabat ini dan isterinya, in shaa Allah. Semoga kita sentiasa beroleh ketenangan dan terus membuat amal kebaikan tanpa putus...amin.


"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa."

Monday, August 3, 2015

tricky

kelmarin cikgu Fawwaz cerita, keletah Fawwaz di sekolah
banyak mulut, kata cikgu. lagi pula bila ada geng..lagilah bertambah pot pet pot pet nya

ada sekali tu, teacher beritahu.
Fawwaz datang ke dapur sewaktu teacher sedang masak (untuk tak tahu kali ke berapa dah)

tanya lagi, walaupun sebelum ni baru je tanya...
Fawwaz : teacher, teacher masak lagi ke? asyik masaaakkk aje
Teacher : yelah, teacher kena lah masak. nanti kan Fawwaz nak makan.
sekali jawab Fawwaz,
teacher masak sedap-sedap tau. kalau tak sedap nanti Fawwaz tak nak makan.

Gulp.
terkedu sekejap Ibu bila teacher cerita.
memang sebelum ni waktu saya masak di rumah, Fawwaz tak pernah cakap macam tu
bila datang angin mood baik dia, dia cakaplah..
sedapp Ibu masak, terima kasih Ibu masakkan untuk Fawwaz dengan ayah. sambil sengih kerang dia.

teringat-ingat saya sampai keesokan harinya
sewaktu saya sedang menggosok baju untuk ke pejabat, tiba-tiba saya terfikir.
mungkin juga kerana sebelum ni saya dan suami kadang-kala bila tak terkawal amarah tu akan cakap..

Fawwaz dengarla cakap ibu/ayah, kalau tak nanti ibu/ayah marah.
ataupun bila lebih sikit akan kata "baik Fawwaz dengan cakap ibu/ayah, kalau tak....(sambil angkat tangan)"

mungkin juga idea Fawwaz construct ayat tu dari ayat-ayat seharian kita.
saya tak nafikan, Fawwaz memang mudah dan cepat belajar bina ayat
macam kelmarin, ada satu kereta datang dari arah belakang dengan tiba-tiba memotong kereta saya dengan biadapnya
sekali Fawwaz kata "dasyatnya kereta tu"

saya pun tak tahu bila waktu dan dia tahu tak ape maksud 'dasyat' tu
betul orang kata, anak ni refleksi ibu ayah
apa ibu ayah buat, dia akan ikut. sama dengan orang-orang sekeliling dia
yang kelakarnya, saya tahu bila waktu ayat-ayat yang Fawwaz sebut tu datang dari ayat-ayat yang teahcer Fawwaz guna
subhanallah

tricky sungguh nak membesarkan anak ya. 
baru seorang. salute sungguh saya dengan ibu bapa yang berjaya membesarkan/mendidik anak dengan baik.

p/s : Fawwaz sekarang musim berdrama. buat silap dah pandai minta maaf.sikit-sikit sambil keluar air mata minta maaf ibu, minta maaf ayah. tapi 2 minit kemudian buat semula. so sekarang kena ajar dia macam mana supaya ayat minta maaf tu bukan tiket untuk setiap kali buat salah. hehehe

sekian,
luahan Ibu yang macam-macam juga macam anaknya.


Tuesday, July 28, 2015

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 1436H

tengah scroll post2 yang sebelum ni..
terjumpa pula post dan gambar raya tahun lepas.

baru perasan belum post lagi gambar raya tahun ni.
kepada sahabat handai yang dirahmati Allah, salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
semoga kita benar-benar beroleh kemenangan melawan nafsu pada bulan Ramadhan dan terus istiqamah. in shaa Allah.

kami beraya di Johor tahun ni.
ke Kluang, Batu Pahat dan menziarahi saudara mara di Melaka.
syukur dipanjangkan usia dan di murahkan rezeki..










terima kasih aunty Tieha dan semua yang bagi Fawwaz duit raya. banyak Fawwaz dapat duit raya alhamdulillah




raya kedua kami ke Batu Pahat dan Melaka. Banyak sungguh kereta. dari Kluang nak ke Batu Pahat pun 2 jam. sedangkan saya ingat dulu tak sampai sejam dah boleh sampai. Meriah sungguh. Sempat lalu di Parit Raja, tempat saya belajar tahun 2003-2006 dulu.


Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan lagi tempat menimba ilmu =)




Kemudian kami ke Melaka. By time sampai Melaka pun dah lepas maghrib. Sampai rumah KL jam hampir 1 pagi.

Esoknya raya ketiga kami ke Cyberjaya rumah mertua. Kami tak beraya di Terengganu tahun ni. Tapi tup tup tahu ayah mertua dah beli tiket balik Besut keesokan hari, kami pun menyelit sama. Sebab cuti masih panjang. Paling best, ayah nak ke Pulau Perhentian, kami pun menyelit sama lagilah! hehe

Rumah mertua dengan jeti nak ke Pulau Perhentian tak jauh, dalam 10 minit perjalanan. Ni baru first time saya ke Pulau Perhentian. Sebelum ni tengok dari jauh je.hehe. 
Last minute plan.

So tau-tau je dah beli tiket keesokan hari. Kira balik kampunglah juga sekejap =)



seronok Fawwaz dapat jumpa sepupu masa sampai di Kota Bharu =



tidur semalaman di rumah sebelum menaiki bot ke Pulau Perhentian keesokan harinya.






suka Fawwaz dapat main pasir and mandi air laut 







macam Wolverine dah rambut ayah.hehehe



cantik sungguh ciptaan Allah, subhanallah 




Alhamdulillah