tapi momentum tu makin berkurang hari demi hari bila wifi kat sini telah menunjukkan belangnya dengan melemah dan melumpuhkan komunikasi melalui wifi..
ni pun roomate,Fatin bagi pinjam broadband lepas kesian tengok roomate dia yang mcm cacing kepanasan tanpa internet nih...
so..kenape aku tulis tajuk mcm tu?
tiba2 teringat kerja official pertama seumur hidup aku setelah tamat pengajian?
ape kaitannya dengan sekarang?
sebab.....
sekarang aku tengah modul tadbir urus tempatan dan pembangunan wilayah(projek)...
sekarang dah minggu ke-16 aku menjalani kursus dpa ni..
tup tap tup tap dah half way...uishh..
alhamdulillah,Allah masih panjangkan umur aku lagi...
so,apekah kaitannya?
kalau kita belajar research methodolgy,sure kite kena cari korelasi untuk menentukan hubungan di antara dua pembolehubah iaitu modul projek ni dengan kerja pertama aku (ceh,konon!)
tapi tuhla die,sepanjang modul ni...kitorg belajar untuk buat kajian projek.
kalau kat uni dulu benda ni 4 jam kredit,kat sini kitorg belajar seminggu je (betapa hebatnya kitorg)
bayangkan berapa beza jam kredit dulu dan sekarang (belum tolak yang tidur dalam kelas lagi!)
tapi yes,modul ni lebih kepada ulang kaji waktu final year, preparation for thesis dulu...
tapi yang lebih mengingatkan aku adalah waktu aku kerja jadi research assistant (RA) lepas tamat belajar kat KUiTTHO,Parit Raja dulu...
dulu rase mcm terrorla,sebab aku among the chosen one (ehem,the first) that being offered by the lecturer once dah habis praktikal utk jadi RA nih..and yes,alhamdulillah..aku tak membuang masa lepas habis belajar dulu...
aku ingat lagi,aku jadi RA untuk Encik Ahmad Kaseri aka En.Mat selaku lecturer kelas kami (3BPA 2003-2006)...
tajuk kajian,Business Process Outsourcing among GLCs in Malaysia...
lebih kurangla..
so tugas aku adelah memastikan bahawasanya segala questionnaires dihantar dan di isi oleh orang2 yang berkenaan dan berkaitan di setiap GLC yang aku kena cari sendiri dan contact sendiri dan usaha sendiri...
well,sebagai fresh graduates,aku memang seorang yang bersemangat waja (sekarang pun semangat jugak sket2)...
aku boleh rate yang aku melakukannya dengan baik sekali (aichewah!)
tapi ketepikan semua tu,ape yang aku nak cite sekarang is..the first thing that we do always remain in our heart...
banyak yang aku belajar dari jadi RA,walaupun hanyalah 4 bulan..
percaya atau tak,walaupun aku membesar di Kajang,yang mana kononnya orang akan ingat orang KL atau Selangor sure tau selok belok KL adalah salah sama sekali telah dibuktikan oleh diri aku sendiri..
aku mcm tak percaya yang aku pernah berbaju kurung,berbeg galas penuh dengan questionnaires dan tidak lepas dari memegang senarai alamat GLC yang ada di KL dan Selangor.
Ohh!aku seperti seorang budak kampung yang baru tiba di KL untuk mencari pekerjaan,atau yang sedang bercita-cita untuk menjadi artis yang berjaya satu hari nanti,aww!
serius,aku tak pernah tahu betapa besar dan panjang dan luasnya Jalan Sultan Ismail tu...
segala pejabat yang ada dalam senarai aku yang ada Jalan Sultan Ismail semua aku redah..but yes,after aku buat homework dengan siapa aku nak jumpa...
oh Ya Allah,aku penah berjalan sekitar KL,sebut saje..Jalan Bukit Bintang,Jalan Sultan Ismail,segala yang ada kat segitiga emas KL tu...
sampai sesat2 je Jalan Conlay yang aku pun tak tau aku berada kt mane waktu tu...
subhanaAllah...
aku penah kena kejar (ehem,lebih kurangla ayat tu) oleh seorang Pegawai Bank yang terkemuka berdekatan dengan Pudu...
bila aku rasa lain macam,sebab boss die sibuk..sementara nak tunggu boss die isi questionnaires,die duk mintak resume akula apela inila (yes,En.Mat suruh aku bawak resume kemana sahaja aku pergi dan selitkan di bawah questionnaires..tapi aku tak pernah buat.sampaila mamat gila pegawai bank tu mintak resume aku and kata dia boleh passkan resume aku kt HR)
so yang lurus dembol ni pun bagila...so tetaula kan..
bukan tu je,pengalaman aku ni jugakla yang membawa kepada next stage kerjaya aku...
sebab HR yang aku pegi kt Shah Alam (lagi satu GLC) tu impressed dengan semangat aku yang sanggup datang semata2 sekeping questionnaires tu..
dia mintak aku hantar resume sebab diorg tengah buat opening for Trainees..
murahnya rezeki aku ya Allah,tu lah tempat seterusnya aku bekerja...
what a lovely experience I got...
tuh jela ceritanya...setiap kali dalam kelas untuk minggu ni bila belajar research...
aku akan ingat balik kerja2 yang aku buat...
aku ade lagi gambar seperti gadis kampung baru sampai KL tu..
tu pun sebab mase tu Syahir teman pegi interview kat Shah Alam and die bawak SLR die utk ambik gambar aku kat tengah2 KL Sentral...
Ya Allah,aku bersyukur di atas nikmat dan rezeki yang telah kau curahkan kepada aku..
murahkanlah rezekiku ya Allah,berkatilah hasil titik peluhku...
serta jauhkanlah aku dari perkara2 yang melekakan, sifat lupa diri, putus asa, bongkak dan takbur ya Allah...
permudahkanlah perjalanan hidup aku dalam mencari rezeki yang halal...Amin...

No comments:
Post a Comment