setiap hari aku baca blog yang aku follow
setiap hari jugak aku bukak blog sendiri tengok berapa banyak statistik move
tapi nak menulis tu nak kata tak ada idea tak jugak
tapi mungkin tak banyak perkara yang nak dikongsikan sejak kebelakangan ni.
cuma hari kelmarin, aku dan suami first time buat makan-makan sempena Hari Raya untuk kawan-kawan terdekat dan keluarga.
Cadangannya memang tak buat besar, memang taklah kalau nak ajak ramai-ramai.
Pertamanya risau tetamu tak selesa, ruang rumah kami taklah besar sangat untuk menampung ramai.
Kedua, aku dan suami memang berhajat untuk panggil rakan-rakan terdekat kerana pada aku lebih dekat dan lebih mudah.
Sebab objektif kita memanggil kawan-kawan ni sebab nak update/bercerita/catch things up yang mana-mana jarang jumpa, dah tak tahu apa cerita sebagainya.
Taklah kiranya bila tetamu sampai mencecah 30 orang di ruang tamu,aku dan suami tengah sibuk menyinsing lengan panaskan lauk dan mencuci pinggan mangkuk yang tak cukup tu kan.
Tau-tau je tetamu dah nak balik, sudah bilanya objektif nak mengeratkan silaturrahim tercapai?
Maklumlah, kami hanya two-man-show.
Encik suami kemas-kemas angkat barang, puan isteri sibuk di dapur.
Ni kali pertama kami buat makan-makan untuk kawan-kawan selepas kahwin, dan first time jugak aku masak untuk ramai.
Phuh!nak bajet pun tak pandai, lebih-lebih lagi bila kita menjemput hantar sms kepada 30 orang, yang reply hanya 6 orang.
itu pun ramai tak datang. Yang confirm datang boleh kata separuh last minit cancel.
Memang berpeluh jugak nak buat estimation.
Last-last, kami kira mana yang sebelah suami dan aku yang confirm, campur dengan separuh dari yang tak respon.
Alhamdulillah,makanan cukup. Ada juga yang memuji masakan. Bonus di situ.
Tapi yang pentingnya, kami gembira sebab dapat jumpa kawan-kawan yang datang, sebab sebelum ni ramai bertanya, sejak kahwin tinggal di mana.
Dan gembira jugak sebab dengan cara macam ni, kami ada masa untuk berborak-borak dengan tetamu, taklah sampai 10 orang at one time.
Alhamdulillah.
Tapi yang paling tak bestnya, gambar sekeping untuk kenangan pun tak dok!
Hehehe
Terima kasih untuk rakan-rakan dan ahli keluarga yang hadir.
No comments:
Post a Comment