semalam balik dari pejabat dengar radio IKIM.
kalau hari Khamis kan slot berkaitan dengan pengalaman mualaf..
so semalam jemputan mualaf bernama Norain, warga negeri Sarawak yang dahulunya beragama Kristian.
Norain masuk Islam sejak tahun 2000 lagi, kira dah masuk kategori mukalaf dah sekarang.
Ceritanya apabila dia datang ke Kuala Lumpur untuk cari kerja dan tidak mengenali sesiapa di KL ni.
Dia bekerja di salon sebagai beautician, dan aku tak sure macamana pertemuan dia dengan seorang wanita melayu Islam yang kemudian menawarkan dia untuk tinggal bersamanya.
Diorang kemudian menjadi kawan rapat, dan antara ayat yang dia ingat wanita Melayu tu cakap,
"semua yang ada di dunia ini adalah milik Allah, dan tak rugi kalau kita kongsi-kongsikan".
Dia kata, dia tak pernah berjumpa dengan orang sebaik itu, yang ikhlas membantu dia di saat dia tak mengenali orang dan keadaan di tempat baru.
Wanita tu pun tak pernah memaksa dia untuk masuk Islam dan sebagainya tetapi apa yang menarik minat Norain adalah cara hidup, perilaku yang ditunjukkan oleh wanita tersebut sebagai seorang muslimah.
Dari segi tutur katanya, sikapnya, dan sentiasa menunaikan perkara wajib seperti solat yang membuatkan Norain berminat dan bertanya pada wanita tersebut.
Wanita tu kemudiannya memberikan tafsir Al-Quran untuk Norain baca dan akhirnya sedikit sebanyak hatinya terbuka untuk memeluk Islam.
Mengenai penerimaan keluarga Norain di Sarawak, keluarga dia tak dapat terima dan ibu atau ayahnya (aku tak ingat) kata adalah lebih baik dia tidak pulang sebab mereka tak dapat terima kenyataan tersebut.
Norain kemudian tidak pulang selama 10 tahun dan dari nasihat ustaz-ustaz dia terus berdoa supaya keluarganya dapat menerimanya.
Ayat Norain yang aku ingat dia kata semalam,
"Allah itu Maha Pengasih, dan Maha Penyayang. Lebih dari kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya".
"Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Maha Mendengar. yang penting, kita tak putus berdoa kepadaNya. Selepas 10 tahun, saya pulang. Alhamdulillah keluarga bukan sahaja menerima, malah seluruh ahli keluarga saya juga telah memeluk agama Islam, alhamdulillah".
Besarnya kuasa Allah, yang penting kita tak putus asa dan sentiasa memanjatkan doa dan percaya pada Allah.
Untuk diri sendiri juga, ambil iktibar jika ada perkara yang kita rasa sudah berusaha dan di luar kemampuan kita untuk mengubahnya, jangan lupa untuk terus berdoa kerana sebaik-baik amalan yang disukai oleh Rasulullah saw adalah amalan yang berterusan, wallahualam.
****
Malam semalam tonton Muhasabah Diri di channel Al-Hijrah.
sedikit nasihat yang aku ambil, berapa ramaikah di kalangan kita umat Islam yang mengambil kesempatan merebut peluang mendapat bonus Syawal?
jika kita pekerja kerajaan dua minggu sebelum raya sibuk war-warkan isu bonus dapat banyak tu lah banyak ni lah, berapa banyak kerajaan bagilah, bila masanya pula kita timbangkan bonus Syawal?
Barangsiapa yang melakukan puasa enam di bulan Syawal secara berturut-turut, insyaAllah pahalanya ibarat berpuasa selama setahun.Wallahualam.
Jika kita boleh berpuasa selama sebulan, 6 hari atau 1/5 daripadanya mustahil kita tak boleh buat kerana kita dah ditraining selama 30 hari.
Mari tetapkan azam, dan jadi insan yang lebih baik insyaAllah.
No comments:
Post a Comment