Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat.
Selamat menghadapi tahun baru,syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya.
Semoga kita menjadi muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah, yang sentiasa diberkati oleh Allah swt.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang soleh dan solehah,
yang sentiasa beroleh manfaat,
Jadikanlah segala perkara yang kami lakukan ini adalah ibadat kepadaMu
berikanlah perlindungan dan limpahkanlah hidayah kepada kami
serta jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang tidak mampu kami tempuhi...
Ampunkanlah dosaku, ampunkanlah dosa suamiku, dosa kedua orang tua kami, ahli keluarga kami, sanak saudara kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta dosa semua umat Islam di dunia ini ya Allah..
sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun lagi maha penyayang.
Amin ya rabbal al-amin...
Just nak share advice dari seorang Ustaz yang aku dengar dalam radio IKIM 2,3 hari yang lepas berkenaan dengan Hijrah.
Setiap kali Maal Hijrah kita takkan terlepas dari persoalan, apekah hijrah dalam diri anda?
Jawapan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik itu biasa.
Nasihat dari ustaz tersebut, ustaz Baharom tak silap aku nama dia..
untuk seseorang melakukan perubahan bukanlah dalam keadaan yang drastik.
Sedangkan ada hadith yang menyebut (minta maaf,tapi aku memang betul2 tak hafal hadith tu).."untuk melakukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan, perlulah ada tahap-tahapnya".
Secara analogi, contohnya..katalah kita nak libatkan diri dengan aktiviti luar..e.g : mendaki gunung.Sudah tentunya kita akan start dengan aktiviti panaskan badan, preparekan mental dan fizikal dengan berjoging ke dulu 2,3 minggu..untuk tingkatkan stamina,then cubaan daki bukit dulu sebelum terus mendaki gunung..
so taklah terkejut badan kita nanti..
Sama macam perubahan ke arah kebaikan yang dimaksudkan oleh ustaz ni..
dia kata, why not kita berubah dengan perkara yang dekat dengan kita..seperti contoh perkara yang sering kita lihat, perkara yang sering kita dengar, perkara yang sering kita sebut.
Sebagai contoh, perkara yang sering kita lihat seperti menonton televisyen. Instead of selalu tengok rancangan hiburan, kita tukar channel tengok rancangan-rancangan ilmiah ke..ehwal Islam ke..
Baca majalah hiburan, kita tukar ke bacaan-bacaan yang lebih baik..yang meningkatkan ilmu pengetahuan..
Kalau perkara yang sering kita dengar...dari mendengar lagu-lagu yang melekakan, tukar kepada dengar selawat, bacaan al-Quran..
Perkara yang kita sebut, kurangkan dari bercakap benda tak berfaedah..kalau marah/stress instead of maki2 atau cakap benda tak elok,banyakkan zikrullah...
Ni peringatan untuk diri aku sendiri...
Satu lagi nasihat ustaz, pastikan ilmu yang ingin kita peroleh adalah untuk tujuan yang baik. dan bukannya tujuan ke arah perkara yang tidak baik.
Untuk mendapatkan sesuatu ilmu juga, perlu dipastikan kita belajar dari guru yang berilmu..
Semoga kita memperoleh manfaat,amin...
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment