Friday, September 21, 2012

Umpama puasa sepanjang tahun...

Ingat pada post ini?
Tentang kekeliruan mendahulukan puasa ganti wajib Ramadhan atau puasa enam sunat Syawal?

Sedang saya membelek-belek majalah kegemaran saya sekarang,Solusi..rupanya ada artikel yang menerangkan tentang kekeliruan ini.
Harapnya dapat memberi lebih penjelasan kepada sesiapa yang berhadapan dengan kekeliruan seperti saya.

Tulisan oleh Dr.Mohd Sukki Othman, atau nama penanya Ustaz Shauqi, seorang Pensyarah Kanan, di Universiti Putra Malaysia.Selebihnya boleh layari www.ustazshauqi.com.

Perkongsian untuk wanita-wanita di luar sana.
Semoga memperoleh manfaat daripadaNYA.Amin...

Puasa Qada atau 6 Syawal?

Mana yang perlu diutamakan; puasa qada atau puasa enam bulan Syawal?
Berikut adalah tiga pandangan berkenaannya :

Pelaksanaan
Dalil
Huraian
Puasa qada dahulu, kemudian puasa sunat Syawal
Nabi saw bersabda,maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang tahun.”
Hadis ini menyatakan bahawa perlu mengganti puasa Ramadan dahulu, kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat Syawal.
Puasa sunat Syawal dahulu, kemudian puasa qada.
Berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada sehingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: ”Aku memiliki hutang puasa pada bulan Ramadan.Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw.” (Sahih Muslim)
Hal ini disebabkan puasa sunat Syawal waktunya terhad dalam bulan Syawal sahaja,manakala puasa qada boleh ditunaikan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah bahawa tidak mungkin Aisyah tidak berpuasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekalipun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.
Berniat puasa qada dan apabila puasa qada tersebut berkebetulan dengan hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali.
Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama fiqah seperti Sheikh Zakariyya al-Ansari, Sheikh ‘Atiyyah Saqr dan kebanyakan ulama Shafi’yyah.
Apabila amalan wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan,maka pahala sunat akan turut diperoleh. Contohnya apabila masuk ke dalam masjid dan didapati solat fardu sedang dilakukan oleh jemaah, maka hendaklah terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyat al-masjid juga akan diperoleh. Sheikh Zakariyya al-Ansari menyatakan apabila berpuasa qada dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah saw agar berpuasa pada bulan Syawal.


Kesimpulan : Hendaklah qada terlebih dahulu puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan. Sekiranya ada kesempatan, bolehlah diteruskan dengan puasa sunat Syawal. Jika tiada kesempatan, moga-moga puasa qada pada bulan Syawal itu akan mendapat puasa enam sekali.

Wallahualam.

No comments: