Tuesday, September 17, 2013

Hai September!

oh sudah 3 bulan saya mendiamkan diri
dan oh saya belum menulis dan menyimpan kenangan saya bersalin lagi rupanya!

permata hati saya sudah berusia 3 bulan 3 minggu,alhamdulillah!
syukur Fawwaz sihat-sihat sahaja dan aktif.
banyak kemajuan dalam masa 3 bulan lebih ni.
saya fikir, bayi 3 bulan masih fragile..sama seperti ketika baru lahir
tak sangka kemajuan baby juga sepantas masa
macam-macam dah pandai dah sekarang!

makan tangan sendiri,kaki sendiri,nak makan muka ibunya..semualah kalau boleh masuk mulut.
sudah pandai pusingkan badan sendiri dan terlentang semula
mengengsot ke depan..sampaikan babycot tu macam dah sempit dah 
hehe
gelagat anak kecil,subhanallah.seronok sungguh.
banyaklah gambar terbaru kalau nak tengok ya.


yang ini masa umur 2 minggu




yang ini umur 3 bulan 2 minggu


bawah ini semua gambar terbaru..termasuklah ayah dan ibunya










saya masih bercuti.menjaga anak.in shaa Allah sehingga awal Oktober. 
pada awalnya ambil sebulan cuti tanpa gaji untuk menjaga anak.
kemudian sambung lagi sebulan.
oh ya,minggu lepas sudah mula tugas sebagai pelajar semula.
pertama kali tinggalkan Fawwaz dalam tempoh agak lama,kelas dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
dan Fawwaz dijaga oleh ayahnya.
penat tapi seronok!
pengalaman baru untuk ibu dan ayah.alhamdulillah =)
menjaga anak betul2 melatih diri untuk menjadi lebih sabar, penyayang dan byk lagi.
semoga keluarga kecil kami dilimpahi barakah in shaa Allah.

No comments: