dalam hidup kita mesti ada keutamaan.
katalah suatu hari..(contoh)
dalam sebuah keluarga, ada ayah, ibu dan seorang anak.
suatu hari si kecil anak jatuh sakit. demam panas yang amat.
ibu ada di rumah. ayah di pejabat sedang sibuk dengan kerja.
bos di pejabat minta siapkan kerja tu lusa, tapi sebab si ayah pekerja dedikasi..dimahunya atau dia target nak siapkan kerja hari ini juga.
untung-untung siapa tahu cepat naik pangkat.
dimana priority di sini agaknya?
samalah macam dalam urusan kerja.
kerja kita priority nya dah ditulis terang-terang dalam fail meja kita
katalah bila kita tengah sibuk banyak kerja, ada 'kerja' lain yang perlu kita selesaikan
contohnya sahabat sepejabat kita pergi kursus sampai jam 1 petang..tapi dia tak mahu masuk pejabat semula selepas itu, katanya mahu terus balik.
bos kita marah, kenapa kerja kawan kita belum siap?dia mahu sekarang, dan kita jadi mangsa.sedangkan kita pun ada kerja jugak.
tak ke menyusahkan orang namanya?
katalah satu hari, anda menjadi Perdana Menteri Malaysia.
bajet untuk penambahbaikan infrastruktur negara ada RM100 juta.
1 kes untuk perbetul jalan kos RM 50 juta.
1 kes perdalam longkang yang sebab kawasan sekitar duk asik banjir 5 tahun berturut-turut kos RM 120 juta
Dalam masa yang sama kos untuk bantuan lain tak mencukupi..
apa yang akan anda buat?
Sama macam diri kita sendiri.
Rasanya banyak dah reminder kata benda pertama ditanya di dalam kubur nanti solat kita.
Di mana letaknya priority solat kita?
di hujung waktu lagi kah?
No comments:
Post a Comment