Thursday, June 18, 2015

bila kali terakhir khatam Al-Quran?

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan dan Selamat beribadat dengan lebih gigih pada bulan yang mulia ini sahabat-sahabat sekalian.

Bila kali terakhir khatam al-Quran?
Zaman sekolah rendah dulu, pernah tak ada orang tanya..sudah khatam Quran?
Umur berapa khatam Quran?
Waktu tu, kalau siapa kata waktu umur 7 tahun darjah satu dah khatam boleh kira kategori hebat sangat dah tu.

Belum lagi yang kata oh sebelum masuk sekolah rendah saya dah khatam Quran, lagi hebat!
untung dan bangga ibu ayah.

tak cukup soalan bila (umur) khatam Quran, ditanya pula..sudah berapa kali khatam Quran?
pening juga nak jawab tu.

tapi sekarang, pernah tanya diri sendiri tak?
bila kali terakhir khatam al-Quran?

tak mahulah jawab bulan Ramadhan tahun lepas, sewaktu tadarus beramai-ramai di pejabat.

Saya?
secara jujurnya, dari 5 tahun yang lepas..belum habis lagi 'complete' baca keseluruhan isi al-Quran.

Baca.

Faham?
Jauh sekali.

Malu?
Tentu sekali.

Banyak kali dalam hati sebenarnya mahu pergi belajar dengan lebih mendalam tentang al-Quran, tapi pelaksanaannya kurang.
Tapi kadangkala bila membaca al-Quran berserta tafsir, lebih seronok.
Cuma perlu ada guru untuk belajar.

Semoga kita semua sentiasa dipertingkatkan iman, ibadah dan di jalan yang lurus.Amin

p/s : masuk bulan Ramadan, ramai orang bawa al-Quran ke pejabat untuk bertadarus waktu sebelum Zohor. First time nampak ada sahabat bawa bantal tidur di pejabat hari ini, 1 Ramadhan. Hehe.


4 comments:

sazali said...

Good one Farha.

May God bless you. Ameen.

FRSR said...

ameen.Thank you, Dr!

JemmyMatHashim said...

Beb...aku jua sedang berjuang nak khatam quran...dari tahun ke tahun asyik tunda...malu juga dgn diri sndr sbb kesedaran asyik terbit sementara je dlm diri ni...

FRSR said...

amin..semoga dipermudahkan dan diberkati Allah sokmo, Jem.sama-samalah kita =)