Semalam (Isnin) berkesempatan mengikuti tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Haryanto di pejabat saya ni.
Alhamdulillah di sini banyak juga program-program ilmu dan keagamaan anjuran bahagian Pentadbiran.
Cuma saya yang lebih banyak tak berkesempatan dari berkesempatan nak turut serta.
Tajuk tazkirahnya mudah, mengenai Ramadhan.
Mudah bagi kita, orang biasa kalau hanya tahu Ramadhan untuk berpuasa. Tapi lebih elok kiranya kita tahu perkara-perkara lain selain berpuasa di bulan Ramadhan.
Banyak perkara yang saya belajar :
- Ganjaran beribadat di bulan Ramadhan ini lebih besar dari ganjaran beribadat di bulan-bulan yang lain. i.e : Syaaban, Rejab, Zulhijjah, Syawal etc. Unlimited.
- Apa bezanya kita berpuasa bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain hari Isnin dan Khamis, yakni puasa sunat? Ustaz ada beritahu, bahawa Allah lebih sukakan hamba-hambanya yang mengerjakan amalan fardhu..tapi bukanlah bererti tidak perlu melakukan yang sunat.
- Sama macam solat, kita ada solat fardhu, 5 kali sehari, ada juga solat sunat, witir, hajat, tahajjud, solat dhuha. Macam tulah. Fardhu yakni berpuasa di bulan Ramadhan, amalan sunat (optional) adalah amalan yang dilakukan untuk lebih mendekatkan diri kita pada Allah. Solat tarawikh adalah sunat Muakkad, sunat Muakkad adalah ibadat yang digalakkan tetapi tidak diwajibkan. Jika dilakukan, mendapat pahala dan jika tidak dilakukan tidak mengapa. Dan solat Tarawikh ni special, kerana ia hanyalah dilakukan pada bulan Ramadhan.
Muslimin, atau 'Musim'in?
Kita ni jenis macam mana?Buat amal kebaikan pada setiap waktu ke atau hanya bermusim di bulan Ramadhan? Muslimin, atau 'Musim'in?
Apa bezanya amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain?

Jika berpuasa, hari-hari lain pun kita boleh puasa.
Jika membaca al-Quran, kita memang digalakkan membaca al-Quran pada bila-bila masa, memahami dan mengikuti apa yang terkandung di dalam al-Quran.
Solat witir? Berapa ramai yang hanya mengerjakan witir pada bulan Ramadhan sahaja, sedangkan kita tahu (dan mungkin baru tahu) bahawa solat sunat Witir juga boleh dilakukan pada hari-hari biasa?
Bersedekah juga pada bila-bila masa.
Jadi di mana bonusnya di bulan Ramadhan? Lailatul qadar?
Ustaz Haryanto juga ada memberitahu, bertadarus merupakan amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan, bersempena dengan perbuatan Nabi saw bertadarus dengan Jibril. Nabi saw membaca al-Quran dan Jibril menyemak bacaan Rasulullah.
Jadi sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bertadarus. Banyak kelebihannya. Bila bertadarus sekiranya di pejabat, kita sudah tidak kira pangkat dan gred kerja. Sesiapa yang lebih baik dan lebih pandai mengaji boleh bantu sahabat-sahabat lain dalam bacaan dan tajwid, sama-sama semak, sama-sama belajar.
Tahun ini, saya sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya join tadarus di pejabat. Tapi kali ini lain pengalamannya. Seorang dari ahli kumpulan kami tidak berapa lancar bacaan al-Qurannya. Terhenti-henti, teragak-agak. Satu-satu,kadang-kadang banyak kali reversed.
Tapi satu yang saya belajar dari dia.
Tidak putus asa.
Diteruskan juga bacaannya walaupun lambaaat sangat untuk habis walau satu ayat sekalipun.
Ahli-ahli kumpulan yang lain termasuk saya sekaligus sama-sama belajar sabar dalam menunggu dia menghabiskan 1 mukasurat. Terdetik dalam hati saya, alangkah bagusnya kalau hari-hari yang lain selain Ramadhan kami dapat bantu dia. Mungkin setiap hari Isnin dan Khamis waktu tengahari boleh diluangkan untuk memperbetul bacaan dan tajwid. Tidaklah bertaraf ustaz/ustazah, tapi dalam masa yang sama kami juga dapat belajar bersama. Bayangkanlah satu hari sahabat saya tu dapat membaca dengan lancar dan membaca al-Quran setiap hari, bukankah kita turut serta mendapat ganjarannya? Subhanallah.
Ok, berbalik kepada tazkirah oleh Ustaz.
Jadi, di mana bonus Ramadhannya?
Perasan tak di waktu bulan puasa, kita dapat membuat sesuatu perkara 'lebih' dari hari-hari lain?
Kita lebih kuat dan gigih untuk lebih banyak membaca al-Quran,
kita lebih kuat kerana dengan berpuasa, kita masih dapat pergi dan balik kerja seperti biasa
kita jadi lebih sabar, kerana bila kita berhadapan dengan perkara yang boleh membuatkan kita marah, kita fikir bahawa kita berpuasa, lebih baik jangan dibazirkan tenaga dengan amarah, maka kita lebih cool
kita boleh solat tarawikh yang lebih banyak rakaatnya
kita boleh bangun untuk masak dan sahur
Bayangkanlah berpuasa ini sama seperti kita mendapat kad membership JCard atau Jusco Card.
Katakanlah hanya umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan sahaja yang layak mendapat ganjaran (kalau pakai JCard, kira dapat diskaunlah!)
banyak menderma di bulan Ramadhan? Tambah point
banyak mengaji? Tambah point
Banyak bersabar? Tambah lagi point
Solat di awal waktu? Tambah point
Berapa banyak dah point bertambah?
Hanya Allah yang tahu.
Jadi di mana bonusnya? Di kekuatan-kekuatan yang kita tadilah. In shaa Allah.
Lebih kuat kita menempuhi Ramadhan dan lebih banyak amal kita, disitulah bonus kita in shaa Allah.
Jika kita seorang yang jenis suka lemparkan kata-kata kesat, di bulan puasa kita kurangkan cakap perkara tak baik, bukan setakat diskaun, malah lebih banyak point kita.
Kalau masih dengan perangai lama di waktu bulan puasa...kuranglah point kita.
Setiap manusia lain ganjarannya di sisi Allah.
Semua (in shaa Allah) yang berpuasa (makan dan minum) akan mendapat ganjarannya. Beza bonus kita adalah sama ada kita benar-benar taat (menjaga perlakuan, tutur kata, etc), separuh taat, atau tidak taat.
Anda pilih.
Kesimpulannya, hanya orang-orang yang sedar dan tahu tentang ganjaran Allah yang akan bekejar-kejar melakukan amal kebaikan di bulan mulia ni. Tapi alangkah lebih baiknya sekiranya kita terus istiqamah dalam melakukan amal kebaikan tanpa mengira waktu. In shaa Allah. Semoga beroleh manfaat.

Sedangkan Rasulullah pernah bersabda,
"Barangsiapa membaca satu huruf daipada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf".
Sekarang, baru kita tahu kenapa orang-orang selalu share cara-cara untuk Khatam al-Quran di bulan Ramadhan? 4 mukasurat pada selesai solat fardhu secara konsisten, 5 kali sehari, setiap hari. Kerana orang yang berniat dan bersungguh-sungguh mahu khatam al-Quran di bulan Ramadhan mahu sebanyak ganjaran yang boleh. Semaksimum mungkin.
Tahun ini, saya sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya join tadarus di pejabat. Tapi kali ini lain pengalamannya. Seorang dari ahli kumpulan kami tidak berapa lancar bacaan al-Qurannya. Terhenti-henti, teragak-agak. Satu-satu,kadang-kadang banyak kali reversed.
Tapi satu yang saya belajar dari dia.
Tidak putus asa.
Diteruskan juga bacaannya walaupun lambaaat sangat untuk habis walau satu ayat sekalipun.
Ahli-ahli kumpulan yang lain termasuk saya sekaligus sama-sama belajar sabar dalam menunggu dia menghabiskan 1 mukasurat. Terdetik dalam hati saya, alangkah bagusnya kalau hari-hari yang lain selain Ramadhan kami dapat bantu dia. Mungkin setiap hari Isnin dan Khamis waktu tengahari boleh diluangkan untuk memperbetul bacaan dan tajwid. Tidaklah bertaraf ustaz/ustazah, tapi dalam masa yang sama kami juga dapat belajar bersama. Bayangkanlah satu hari sahabat saya tu dapat membaca dengan lancar dan membaca al-Quran setiap hari, bukankah kita turut serta mendapat ganjarannya? Subhanallah.
Ok, berbalik kepada tazkirah oleh Ustaz.
Jadi, di mana bonus Ramadhannya?
Perasan tak di waktu bulan puasa, kita dapat membuat sesuatu perkara 'lebih' dari hari-hari lain?
Kita lebih kuat dan gigih untuk lebih banyak membaca al-Quran,
kita lebih kuat kerana dengan berpuasa, kita masih dapat pergi dan balik kerja seperti biasa
kita jadi lebih sabar, kerana bila kita berhadapan dengan perkara yang boleh membuatkan kita marah, kita fikir bahawa kita berpuasa, lebih baik jangan dibazirkan tenaga dengan amarah, maka kita lebih cool
kita boleh solat tarawikh yang lebih banyak rakaatnya
kita boleh bangun untuk masak dan sahur
Bayangkanlah berpuasa ini sama seperti kita mendapat kad membership JCard atau Jusco Card.
Katakanlah hanya umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan sahaja yang layak mendapat ganjaran (kalau pakai JCard, kira dapat diskaunlah!)
banyak menderma di bulan Ramadhan? Tambah point
banyak mengaji? Tambah point
Banyak bersabar? Tambah lagi point
Solat di awal waktu? Tambah point
Berapa banyak dah point bertambah?
Hanya Allah yang tahu.
Jadi di mana bonusnya? Di kekuatan-kekuatan yang kita tadilah. In shaa Allah.
Lebih kuat kita menempuhi Ramadhan dan lebih banyak amal kita, disitulah bonus kita in shaa Allah.
Jika kita seorang yang jenis suka lemparkan kata-kata kesat, di bulan puasa kita kurangkan cakap perkara tak baik, bukan setakat diskaun, malah lebih banyak point kita.
Kalau masih dengan perangai lama di waktu bulan puasa...kuranglah point kita.
Setiap manusia lain ganjarannya di sisi Allah.
Semua (in shaa Allah) yang berpuasa (makan dan minum) akan mendapat ganjarannya. Beza bonus kita adalah sama ada kita benar-benar taat (menjaga perlakuan, tutur kata, etc), separuh taat, atau tidak taat.
Anda pilih.
Kesimpulannya, hanya orang-orang yang sedar dan tahu tentang ganjaran Allah yang akan bekejar-kejar melakukan amal kebaikan di bulan mulia ni. Tapi alangkah lebih baiknya sekiranya kita terus istiqamah dalam melakukan amal kebaikan tanpa mengira waktu. In shaa Allah. Semoga beroleh manfaat.
2 comments:
nice sharing ha...
Thanks wani :)
Post a Comment