saya bukanlah seorang yang suka membaca bacaan fiksyen
saya suka baca buku yang berdasarkan "true story"
terutamanya berkaitan kehidupan orang lain dan fasa kanak-kanak yang dilaluinya, terutamanya di luar negara.
tiada yang spesifik, yang pasti perkongsian penulis buku mengenai kisah kehidupannya.
semalam baru menghabiskan buku ni, "The mother's tale". Buku yang dibeli sudah lama, tapi baru baca. suka beli buku sekali banyak di Big Bad Wolf untuk bekalan beberapa bulan. hehe
Jalan cerita menarik, tapi slow. tapi yang frustnya, cerita tergantung,aduh! sedih betul
ada beberapa lagi buku yang saya baca, tapi lama-lama saya rasa agak bosan sebab banyak membeli buku dengan genre yang lebih kurang sama.
awal tahun ini, rakan sekerja sebilik saya ada berkongsi mengenai sebuah travelog menarik. Selepas 6 bulan baru saya baca. Masya Allah menarik sangat pada saya. tak boleh berhenti. Mengenai seorang perempuan lebih kurang umur saya mengembara solo ke Afganistan, Turki, India, Pakistan dan negara lain. Teruja sungguh saya baca sejak minggu lepas.
Terbaca komen di dalam travelog dia, lalu saya buka facebook nya.
Nampak Siti Noridah atau Et (nama blogger dan pengembara ini), ada menulis buku berkaitan pengembaraannya.
Saya beli satu, Kembara Pakistan
Punya teruja, baru beberapa jam sampai, saya sudah baca separuh.
dan sekarang saya tahu saya interest baru saya! and looking forward for more!
zaman sekolah dahulu, saya bukanlah seorang yang meminati subjek Geografi dan sejarah..
tapi bila membaca travelog dan buku dia, saya jadi excited dan banyak google berkaitan tempat yang dikunjungi.
tempat-tempat yang dikunjungi pun bukanlah tempat-tempat tourist attraction yang tourist selalu pergi.
semoga terus menjadi pembakar semangat untuk saya dalam kehidupan saya dan orang lain =)
p/s : Salam Ramadhan al-Mubarak. semoga terus istiqamah dan melibatgandakan ibadah kita di bulan yang mulia ini.
Assalamualaikum



No comments:
Post a Comment