kami suami isteri selalu bergilir-gilir atau kadang kala bersama-sama tidurkan anak soleh, Fawwaz.
sejak beberapa bulan atau mungkin setahun yang lepas, pernah sekali semasa saya nak join ayah tidurkan Fawwaz, saya dengar suami saya sebut pada Fawwaz...
"ayah minta maaf ya sayang"
lalu dalam gelap sambil minum susu botol, Fawwaz pun angguk.
tersentuh hati saya.
sekarang, setiap kali saya nak tidurkan Fawwaz, saya belajar dari suami dan cakap benda yang sama.
"Ibu minta maaf ya sayang.." dan beberapa ayat tambahan lain.
"Fawwaz jadi anak yang soleh ya? Fawwaz sayang ibu ayah ya? Ibu dan ayah saaayang sangat Fawwaz".
Fawwaz macam biasa akan angguk. Kadang-kadang sambil minum susu atau selepas selesai minum susu botol, Fawwaz akan cakap..
"Ibu, Fawwaz minta maaf ya. Fawwaz saayang Ibu". sambil peluk Ibu.
tersentuh. setiap kali dia sebut, setiap kali itu hati ibu tetap tersentuh.
semalam, seperti biasa, saya cakap perkara yang sama.
Fawwaz tanya, "Ibu, kenapa minta maaf?"
bila saya cakap, ibu sayang Fawwaz..Fawwaz tanya lagi, "Ibu, kenapa kena sayang?" sambil berkerut-kerut berfikir
saya jawab, "Ibu minta maaf kalau Fawwaz ada marah dengan ibu, atau Fawwaz ada sedih dengan ibu..Ibu mestilah sayang Fawwaz sebab Fawwaz anak ibu.."
harap-harap jawapannya jelas.hehehe
pernah sekali, anak soleh tanya ibu.."Ibu, Allah tu ada kat mana?"

No comments:
Post a Comment