bulan Ramadhan, seperti kebiasaannya ramailah yang akan share resepi-resepi menarik di facebook.
saya pun sama juga
antaranya ni dia, resepi beef cheesy meatball.
saya ni memang orangnya selain suka makan coklat, suka makanan yang ber'cheese' ni. lagi-lagi dengan daging macam ni..
bila dah buat-buat ni, baru saya teringat. saya pernah buat makanan ni sekali, hasil selepas saya makan ni di Brussels dulu. orang di sana panggil ni 'croquette'. Masya Allah sedapnya bila ingat balik.
So ni lebih kurang step-by-step recipe yang saya ikut dari facebook =)
saya tak letak exact measure setiap bahan ni sebab saya agak-agak je. bahan-bahannya
1) kentang 2) daging cincang 3) cheese 4) tepung 5)black pepper (optional) 6) garam
7) breadcrumb dan 8) telur
Rebus kentang sehingga empuk. Yang ini saja gunakan 2 ketul kentang. Tos dan lenyekkan
Daging cincang dicuci dan ditos. Saya gunakan separuh dari 1 pek kecil biasa
Campurkan daging cincang dengan kentang yang telah dilenyek tadi
Campurkan tepung, agak-agak dalam 4-5 sudu, sehingga doh tidak terlalu lembik. Boleh juga dicampur dengan sayur-sayur seperti carrot, atau cili sekiranya suka pedas
Rehatkan doh seketika
Bulatkan doh, tekan di tengah dan di isi dengan cheese. Waktu ni baru perasan mozarella cheese saya dah expired, jadi saya pakai cheese makan Cheesedale tu saja
dapat dalam 30 biji juga, sederhana besar
celupkan di dalam telur dan golekkan dengan bread crumb
boleh disimpan di dalam freezer, untuk masak kemudian. Frozen cheese beefballs!
tada!
tudiaaaaaa! melelehhh
ok resepi kedua, kuih Cara
masa kecil, tak kecil sangat waktu zaman sekolah menengah, suka tolong Ibu buat kuih ni di waktu bulan puasa.
tiba-tiba teringat, tak pernah buat sendiri sejak kahwin
kebetulan saya dan suami ke pasar Kajang, nampak kedai jual peralatan dan bekas-bekas ni di depan pasar. Terus beli loyang acuan kuih cara =) gembiranya!
mudah saja nak buat (yang namanya Farha buat yang mudah-mudah saja!hehe)
Bahan-bahannya 1) 2 cawan tepung gandum 2) 3 cawan santan (lebih sedap kalau yang fresh) 3) 2 biji telur 4) 3 helai daun pandan 5) beberapa titik pewarna hijau 6) gula pasir secukupnya sebagai inti dan 7) garam secukup rasa.
saya hanya buat separuh dari adunan di atas, dan juga ikut agak-agak.tak ikut tepat.
resepi asal dari blog masak-masak Mat gebu di sini Resepi Kuih Cara Manis Mat gebu.
saya tak ambil gambar step-by-step. Ni selepas campur semuanya.
Cara-Cara :
1) blend santan dan daun pandan yang telah dipotong-potong. tapiskan. Waaangi sangat masa ni
2) Dalam bekas lain, campurkan tepung, pewarna hijau, dan telur. Kemudian campurkan dengan bahan (1). Kacau menggunakan whisk. Tambah garam secukup rasa
3) Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas. Bila panas, kecilkan api pada tahap paling minima (ni penting!cakap berdasarkan pengalaman.hehe)
4) Lenser sedikit minyak ke dalam acuan menggunakan daun pandan yang diikat dan diracik-racik hujungnya.
5) Tuang adunan separuh, isikan gula dan tuang lagi adunan.
6) Taraaaa! yang hujung kiri gelap sikit tu sebab api panas sangat. Alhamdulillah!
Selamat menjamu selera! =)
















No comments:
Post a Comment