beberapa minggu lepas, ada terserempak dengan seorang driver di pejabat.
Saya kenal driver ni, sejak mula-mula masuk kerja di sini tahun 2008 dahulu.
Peramah, dan helpful.
Saya panggil dia abang Usop.
Saja bertanya khabar, sementelah dah lama tak berborak-borak.
Saya tanya juga, berapa umur anak yang bongsu?
Darjah 3 katanya, bersahaja.
"Dah besar", jawab saya.
"Ha ah, dah besar, yang no 5 (bongsu) tu. Hari-hari minta nak makan ayam",sambil menggeleng.
Saya senyum sahaja, lalu meminta diri.
Terdetik dalam hati, "aku ni hari-hari makan ayam sampai dah tak tahu nak makan apa, masih ada orang boleh cakap dan terasa beban macam ni."
Allahuakbar. Malu pada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment