Setelah seminggu training main gendang untuk persembahan tarian naga, akhirnya ibu ayah berpeluang tengok persembahan kanak-kanak comel ni.
Kebanyakan kanak-kanak excited, dan pakai baju tradisional kaum Cina, Cheongsam bagi kanak-kanak perempuan dan Samfoo bagi kanak-kanak lelaki. Seminggu sebelum tu, setelah teachers beritahu kanak-kanak kena berpakaian tradisional Cina, jenuh juga mencari yang sesuai walaupun masa tu tengah banyak jual Samfoo dan Cheongsam memandangkan Tahun Baru Cina dah hampir.
Hari minggu sebelum tu kami ke Times Square dan Sungei Wang, mencari baju yang sesuai.
Ni antaranya..
so agak-agaknya yang mana pilihan kalbu?
Ibu dan Fawwaz sempat lagi bergambar di Times Square, decoration sempena Tahun Baru Cina.
berbalik pada hari kejadian, Fawwaz main gendang dengan kawan-kawan sementara kawan-kawan yang lain ada yang menari tarian naga. Comel-comel semuanya.
Ada juga upacara makan Yee Sang, untuk expose kanak-kanak dengan kepelbagaian budaya di Malaysia. Kudos untuk teachers yang bertungkus lumus mengajar anak-anak secara kreatif.
kumpulan gendang =)
makan Yee Sang
Fawwaz dengan kawan, Emir dan Alma =)
Fawwaz dan Aidan. Gendang dari bahan-bahan recycle seperti tin kosong, periuk, bekas cat, sudu dan chopstick
Fawwaz dengan kawan-kawan...ramai girls than boys this time
ni makanan-makanan orang Cina sempena Tahun Baru, di bawa khas dari Kelantan oleh owner Taska..
alhamdulillah, selesai tamat Hi-Tea CNY, petang tu di pejabat saya selepas waktu bekerja ada diadakan Tazkirah Bulanan. Ustaz jemputan, Ustaz Izhar Ariff, bercerita tentang Perbezaan Asas Kekuatan Negara. Mashaa Allah sangatlah bermanfaat dan menarik.
tak sangka selepas tu keluar gambar kami di fb Tokpa. Fawwaz memang suka sangat dengan "atok" Pa dia sebab Tokpa selalu datang melawat kanak-kanak di Taska. Tok Pa pun happy sangat mashaa Allah.
paling best, ustaz yang minta selfie dengan Fawwaz dengan ayah. Kebetulan ustaz Izhar adalah officemate kakak ipar saya di UKM.
Saya sebenarnya dah sediakan draf mengenai usrah ini, sampai sekarang belum berkesempatan nak share. Inshaa Allah saya cuba share point-point penting untuk manfaat semua. Antara point-point penting :
1) Manfaatkanlah segala nikmat untuk melaksanakan amanah yang Allah swt berikan kepada kita. Contoh, nikmat kesihatan untuk bantu ahli keluarga kita. Nikmat rezeki (kewangan, tenaga) untuk melakukan lebih banyak sedekah.
2)Perpaduan umat Islam. Jauhilah dari berpecah belah, saling dengki mendengki dan penyakit hati yang merosakkan. Contoh yang ustaz bagi adalah mengenai sifat orang-orang Arab yang sombong dan bongkak. Apabila ditanya kenapa orang Arab sifatnya garang, suka maki hamun, maka jawab mereka tidak mengapa, kerana mereka memang berada di Mekah, Kaabah sangat dekat dengan mereka dan bila-bila masa sahaja mereka boleh bertaubat. Pengajarannya di sini, manusia apabila sesuatu perkara sudah berada di depan mata, mereka mudah lupa untuk sentiasa bersyukur. Sedangkan orang lain sedaya upaya mengumpul wang, mencari rezeki untuk ke tanah haram, tetapi lain bagi orang Arab.
Ustaz Izhar banyak memberi contoh dari pengalamannya sendiri, yang membuatkan kita lebih senang untuk mendengar. Seperti contoh bagaimana kita seharusnya percaya pada konsep rezeki dan tidak saling mendengki sesama sendiri.
Sekian post untuk kali ni. Semoga bermanfaat, in shaa Allah.

















No comments:
Post a Comment