Thursday, November 23, 2023

Syair Perantau Imam Syafie'

 Seorang sahabat berkongsi dengan saya tentang syair ini.

Dalam masa yang sama, saya juga mencari-cari. Syair tentang hijrah. 

Cantik susunan bahasanya, isinya tepat ke dalam jiwa.

Kadang kala kita gundah gulana, kadang kala merasa gembira

Kadang jiwa terasa sempit, mengingatkan tujuan hijrah Lillahi Ta'ala, mengundang damai.


Syair Perantau Imam Syafie' yang saya dapati dari link ini : https://omiw.com.my/Web/2020/06/30/syair-perantau-imam-syafii/


Merantau adalah perginya seseorang dari tempat asal di mana ia tumbuh besar ke wilayah lain untuk menjalani kehidupan atau mencari pengalaman. Malaysia merupakan Negara yang menjadi destinasi utama perantau yang datang dari pelbagai negara.

Aktiviti merantau ini ternyata memiliki keistimewaan sebagaimana dituturkan oleh Imam al-Syafi’i rahimahullah :

مَا فِي المُقَامِ لِذِيْ عَقْلٍ وَذِيْ أَدَبٍ مِنْ رَاحَةٍ فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِب

سَافِرْ تَجِدْ عِوَضاً عَمَّنْ تُفَارِقُهُ وَانْصَبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ

إِنِّي رَأَيْتُ وُقُوْفَ المَاءَ يُفْسِدُهُ

إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ

وَالأُسْدُ لَوْلَا فِرَاقُ الأَرْضِ مَا افْتَرَسَتْ وَالسَّهْمُ لَوْلَا فِرَاقُ القَوْسِ لَمْ يُصِبْ

وَالشَّمْسُ لَوْ وَقَفَتْ فِي الفُلْكِ دَائِمَةً لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ

وَالتُرْبُ كَالتُرْبِ مُلْقًى فِي أَمَاكِنِهِ وَالعُوْدُ فِي أَرْضِهِ نَوْعٌ مِنْ الحَطَبِ

فَإِنْ تَغَرَّبَ هَذَا عَزَّ مَطْلُبُهُ وَإِنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كَالذَّهَبِ

Merantaulah
Orang berilmu dan beradab tidak diam beristirehat di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan hidup asing (di negeri orang).

Kau akan dapatkan pengganti dari orang-orang yang engkau tinggalkan (kerabat dan kawan).
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan..
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa..
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.

‪‎Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus berdiam..
tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

‪Biji emas tak ada bezanya dengan tanah biasa di tempatnya (sebelum ditambang).
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika gaharu itu keluar dari hutan, ia menjadi parfum yang tinggi nilainya.
Jika biji memisahkan diri (dari tanah), barulah ia dihargai sebagai emas murni.
Merantaulah…


Ibu dan ayah saya orangnya berjiwa besar.

Dari kami kecil, ibu dan ayah suka melihat anak-anaknya mengembara.

Seumur kami kecil, ibu ayah suka membawa kami berjalan-jalan, melihat tempat orang. Sekecil umur 9 tahun, ayah bawa kami ke Medan, Indonesia. Pada waktu itu, lawatan ke negara orang dengan menaiki kapal terbang tidaklah semudah sekarang, tapi ayah usahakan juga untuk bagi kami pengalaman melihat negara orang.

Sewaktu umur 14tahun, ibu dan ayah berhasrat menghantar saya untuk menyambung pelajaran di Indonesia. Tetapi oleh kerana umur yang sudah agak jauh dari syarat kemasukan umur, rezekinya adalah ketiga-tiga adik perempuan saya yang melanjutkan pelajaran ke sana.

Dan sewaktu selesai pengajian Ijazah Sarjana Muda saya juga, pada waktu itu Air Asia baru sahaja memulakan promosi penerbangan tambang murah, ayah saya membelikan tiket untuk saya ke Bali, seorang. Hahaha. Perancangannya bertemu adik saya di Jakarta, kemudian kami sama-sama ke Bali. Alhamdulillah ada sahabat adik saya yang keluarganya asal dan menetap di Bali, jadi kami sama-sama membuat lawatan seronok sendiri sahaja di sana.

Ayah memang boleh menjadi agak random. Pandai-pandailah hidup, sejenis begitu.

Dan kerana itu jugalah mereka mudah untuk memberi kepercayaan kepada anak-anak untuk meneroka tempat-tempat yang lain.

Semoga Allah kurniakan setinggi-tinggi ganjaran buat kedua ibu bapa saya, mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kami anak-anaknya sewaktu kami kecil dahulu, hingga sekarang.

Amin..

Alhamdulillah, semoga tidak disia-siakan pengalaman ini.

No comments: