Friday, December 24, 2010

dan hanya 7 hari lagi...

harini dah 24 Disember 2010...
Alhamdulillah,syukur kepada Yang Maha Esa atas rezeki yang dilimpahkan dan umur yang masih ada ni...


2010, meh kite tengok ape yang jadi sepanjang hampir 365 hari yang lepas :


1. Pemergian Allahyarham Atuk Ndak, Januari 2010.


2. 7 bulan berkursus DPA dari 1 Mac sehingga 31 September 2010.


3. Menamatkan zaman bujang. bernikah pada 6 Nov 2010.


4. Pemergian Allahyarhamah Mak Ngah Ina Disember 2010.


tu je yang aku boleh ingat buat waktu ni...


dan sekarang, meh kite tengok ape yang kite dapat hampir 365 hari yang lepas :


1. Pemergian Allahyarham Atuk Ndak -  mengingatkan diri tentang mati selain dari menghargai orang-orang tersayang yang ada di keliling kita.


2. DPA - first of all, aku dapat kawan2 yang ramai, tak kirelah roomate, kawan sesidang, kawan 1 penempatan kampung, kawan 1 group buat assignment,kawan same mentor mentee, kawan same tempat Community Social Responsibility, kawan same kelas kebudayaan...mcm2 pe'el,mcm2 jenis manusia aku jumpa kat sini.
-second,aku dapat jadi kuat.wah! (kuat ape?) kuat dari segi mental,spiritual, dan sedikit fit. eh baaanyak fit jugak hokey!siapa sangka boleh lepas pegi modul2 luar bomba,tentera,polis..walaupun aku tahu aku mencatat antara peserta paling kerap pengsan*!
aku tahu itu.mujur takde anugerah.kalau tak aku tau aku antara top 3 yang bakal merangkul anugerah itu,yaw.
mcm2 belajar.belajar berdepan dengan konflik.berdepan dengan emosi yang turun naik.belajar negotiate dengan mcm2 lapisan umur. say it - your own good friend, your fren next to you in class,pihak pengurusan, lecturers, orang2 tua di rumah kebajikan, keluarga angkat di penempatan kampung. berderet ya.
-aku dapat family angkat di Jempol.keluarga yang menjaga aku selama 14 hari.tak akan aku lupa sampai bila2,insyaAllah. hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
-juga aku dapat ramai emak2 di Rumah Sri Kenangan,subhanallah...antara perkara yang sangat memberi impak dalam hidup aku walau hanya 5 hari di sana.
banyak sangat untuk aku list kan kat sini..mehla kite tengok2 gambar2 sepanjang DPA tahun 2010 ni...




modul tentera, PULADA.cuba cari??



Modul Bomba. the first modul luar yang Sidang kitorg attend





masak dalam mestin yo.


Modul Keselamatan dan Ketenteraman Awam - POLIS. mari belajar menembak pakai Viktor


hek eleeee!!! tembak tang putih lebih!!




antara Sidang E yang agak sengal2 kebanyakannya.
sila kecualikan yang tengah tudung hijau itu.


Modul Bahasa - Sherlock Holmes!!




Hari Khamis hari Batik!


mess night Polis


Biro TataNegara - antara modul yang best




Malam Protokol - Majlis Penutup Ihya' Ramadhan


meh buat bendera. Hari Kemerdekaan ke-53


 Stadium Bukit Jalil di subuh hari.


Hari Isnin Baju korporat.sengih skett


depan rumah keluarga angkat, Modul Penempatan Kampung di Jempol,N9.
sedang melihat ayam2 dan anak2 ayam yang beratus ekor.
dengan ayah angkat,Uncle Jack.


di Rumah Sri Kenangan, Johor Baru bersama Pengarah, Pn Faiza Nor.


DPA is just colourful just like the colourful photos above. Terima kasih kepada semua =)


3. Next is penghijrahan besar dalam hidupku. Upgrade status bujang ke kahwin. dah baanyak gambar kahwin aku tempekkan kat blog ni..tapi nak jugak letak satu.hehe...



(dah tiba2 plak takleh upload...)

After all,banyak good things happened in this year 2010,alhamdulillah *syukur ke hadratNYA*