Friday, December 10, 2010

sakit kesedaran?

masuk harini dah hari kedua kena jangkitan virus selesema.
semalam sepatutnya masuk pejabat, tapi dapat mc sebab doktor sahkan demam.
come in package, flu, sore throat and high fever.

thats it.

countless fever in 2010.
lack of vitamin C,maybe?

masa kursus DPA 7bulan dulu, selama 7bulan berkursus..rasanya ada 3 kali atau lebih kena virus ni.
mungkin boleh dikatakan dikelilingi ramai orang,ada yang terberjangkit.
tapi, agak merisaukan bila jumpa doktor dan doktor kata cukup setakat itu dia tak mahu lagi membekalkan antibiotik kerana menurut rekod yang lepas,aku baru je ambik antibiotik.
yang mana dalam erti kata lain, aku baru je kena virus ni.
erti kata lebih senang, kerap kena virus.

xsilap waktu tu bulan 7. rekod menunjukkan last virus menyerang bulan 5.
dan ya,aku ingat..awal bulan 3 aku ada demam jugak.
aku ingat sebab awal bulan 3 tulah aku daftar masuk kursus dpa dan aku dan roomate comelku,Fatin sama2 demam dan lewat ke dewan (pembetulan : bukan lewat dari masa sepatutnya,tapi sebab kami orang terakhir) maka kami diberikan STS (surat tunjuk sebab) (antara peserta terawal dikenakan STS yo)

so kembali ke tujuan asal,sekarang ni awal bulan 12.
aku pergi klinik lain dan doktor tak habis2 bagi ubat yg sama
termasuklah antibiotik.
yang mana kadang2 aku sendiri dapat rasa macam dah tak lut sangat dah antibiotik tu.

bila hidung tersumbat, cecair dalam xmahu keluar, nafas tak boleh hembus keluar,tak boleh sedut oksigen,
mulelah aku rasa takut.
takut sesak nafas
takut mati.
takut ya Allah
macam2 aku fikir.
atau aku yang terlalu memikirkan?

2 hari lepas,kupas bawang dan pisau tajam baru dibeli terhiris jari sendiri
luka amat dalam
mujur sang suami letakkan madu,kurang sikit.

terus insaf,mungkin akibat melengahkan solat,maka terhiris jari.
sedikit peringatan dan 'trigger' untuk diri sendiri
baru sikit.

sakit kesedaran?