haaa...
jangan terkejut!
korang pernah terfikir tak..tatkala jalan2 cari groceries tak kirelah kt Carrefour ke,Tesco ke,Giant ke, pasaraya Tafaz Maju ke...
pernah tak tengok kat rak2 yang banyak jual madu?
korang pernah terfikir tak (kalau korang pernah cari madu lah kt pasar raya)..ataupun setuju tak kalau aku kate sekarang ni tak susah nak cari madu? (aku sedang menulis tentang madu makan,atau yang dihasilkan oleh lebah ya.)
pergi je supermarket,tak pun Alamanda atau Midvalley..ade je booth2 yang memang specificnya jual madu sahaja.
lantas,yang terlintas di fikiran..bagus madu ni..boleh buat untuk makan, bagi tenaga,pulihkan sakit tekak..
tak pun sesetengah orang replace gula dengan madu..buat air pun tak pakai gula,semuanya madu! (tu pakcik aku tuh)
ade jugak yang extreme sikit..makan ngan roti (err..en.S jangan marah ya)
juga menjadikan madu sebagai bahan penjagaan kulit...kalau tengok kat internet,madu boleh kurangkan kedutan muka, boleh jadi mask..or even kalau rajin, campur ngan timun yang dah blend,boleh buat face-scrub.
semalam aku ada baca blog, Cleopatra yang dulu2 famous tu..mandi susu and madu..untuk kekalkan keremajaan kulit..
produk2 kecantikan sekarang pun banyak based from honey...
tapi...
korang pernah terfikir tak...
dalam pada senangnya kita nak dapat madu tu..
mostly kita akan tengok belakang botol madu..made in malaysia,nak2 ada tanda halal..and,murah.
korang pernah tak fikir, berapa besarlah industri madu lebah negara kita ni?
kalau ditolak madu2 yang dijual oleh pokcik2 tepi jalan atau pasar malam yang mcm siap ada sarang lebah lagi kt dalam botol kicap tu?
ape?lagi pekat warna dia lagi baik?ehmm...
(wahh panjangnya introduction)
ofismate aku..yang dirahsiakan namenya...cewah.
haritu dia xdapat datang reception aku (ape kaitannya?)
bila aku tanya dia kenapa die tak datang..die kate die tgh tolong kawan dia kat UM buat research..
on madu.
ada banyak sample madu yang kawan dia tgh buat research nak tengok sejauh mana ketulenannya...
maka since aku ni pun pengguna madu jugak,hasil daripada influence En.S jugak..aku pun tanya...
menurut kawan aku tu..
dia kate MOST LOCAL madu adalah TAK TULEN.
Tak Tulen ok kawan2..
tak tulen atau erti kata lain..ditambah dengan GULA.
ianya dipanggil sebagai Madu Campuran atau Madu Sintetik.
worst part is,ada yang BERACUN.
maka dengan itu,kawan aku pun buat ayat...
"selama ni,aku pakai mask kat muka,aku bukan letak madu.aku letak gula!"
"makin nak khasiat,rupenya cari penyakit!"
tiba2 aku teringat,mase DPA aku berjaya habiskan 1 botol madu (dlm 350 ml) sebab aku sakit tekak.
1 sudu setiap hari..errr...apekah maksudnye?
menurut kawan aku lagi, kalau nak tahu madu yang betul2 diyakini 100% ketulenannya adalah dari Australia.
ataupun kalau nak yang local punya dari Agromas. atau dari Jabatan Pertanian.
dari Australia sebab di Australia diorang memang ada ternak lebah.
Malaysia? wallahualam,aku kurang knowledge bab2 ni,but aku rasa kurang rasanya industri penternakan lebah kat negara kita,kan?
the next 2 days,kawan aku datang dengan risalah kesedaran tentang penyelidikan yang sedang dilakukan ni.
oleh Universiti Malaya, Jabatan Perubatan Molekul,Fakulti Perubatan.
kaedah penyelidikan : 40 sample dipilih secara rawak utk analisa kandungan.
keputusan : 9 sample menepati piawaian antarabangsa dan diklasifikasikan sebagai Madu Tulin, 31 sample tidak meunjukkan madu tulin, tetapi madu sintetik dan campuran.
FYI, Madu Campuran mengandungi sukrosa yang tinggi (>5%). sukrosa adalah gula bukan penurun.
diorang akan campur madu tulin dgn sirap sukrosa atau bagi lebah makan sirap sukrosa.
Madu Sintetik plak mempunyai nilai HMF (>80mg/Kg). tang ni aku tak reti sangat,sebab takde explain in detail HMF tu ape. but ia dihasilkan drpd sirap berfruktosa tinggi melalui tindak balas dengan asid pekat and BERACUN.
Here in Malaysia, kita kurang atau mungkin tiada pantauan tentang masalah ni.
Tapi in US, dah ada kes dan pernah dijatuhkan hukuman terhadap pesalah yang menjual madu tiruan.
oh ya, ni tentang HMF.
1. Kajian ke atas haiwan menunjukkan HMF adalah toksik kepada sel lepar (hati)--kajian ni di Rusia.
2. HMF juga berpotensi merosakkan struktur DNA.
3.HMF dilaporkan merangsang pembentukan 'colonic aberrant crypt foci' (sejenis kanser kolon) dlm haiwan sbg subjek kajian.
p/s : pada sesiapa yang nak mintak tolong checkkan ketulenan madu tu mgkin boleh bagi gambar logo/sample madu..nanti aku passkan kt kawan aku.sebab aku pun buat benda yang sama..
so..renung2kanlah,dan selamat beramal!

