Wednesday, December 15, 2010

perbualan dengan sahabat lama ...

terkejut harini bila bukak blog..statistik menunjukkan angka 992.
biar betul?
last tak silap aku sama ada 97+ atau 93+ aku tak ingat.
itu pun aku check 2 hari lepas.
ramai silent reader ke?angkat tangan sikit nak tengok!=)


actually aku tergerak nak tulis blog ni dari semalam..
tapi tak sempat,sebab benda ni berlaku petang semalam


tak tau macam mana nak start..perbualan ni hanya di ym
mungkin sesetengah orang akan rasa
"berpurdah,so..kenapa?"
"kenapanya kalau berpurdah pun?"
"biaselah tu,takda bezanya..dia manusia biase jugak.bezanya dulu tak berpurdah,sekarang berpurdah.tu je"


menjadi seorang yang dibesarkan di kawasan bandar,dan bersekolah semua perempuan dan Inggeris..
yang mana rata2nya berlumba2 menjadi wanita yang lebih cantik selepas tamat sekolah..
maklumlah,lepas sekolah ada duit sendiri nak beli alat solek,baju cantik2, pegi salon, spa,nail parlour..macam2..
macam2 jenis..so bila terserempak dengan kawan2 lame mase skolah dulu..orang akan kate..
"lain ko skarang ni.makin cantik"
atau
"lain ko skarang ni." tu pun dah cukup..

lainlah..
yang mana dulu zaman sekolah berambut pendek, sekarang berambut panjang..belum kira diwarnakan..
yang mana kurang lurus,diluruskan rambutnya..
yang keningnya dahulu lebat dibentukkan ..
yang dahulunya waktu di sekolah gempal dan telah berjaya dibuang lemak2nya agar boleh memasang baju yang lebih kecil,dan mengikut trend terkini...
yang di sekolah dulu pucat kemudian sudah semakin pandai bersolek
yang dahulu di sekolah memakai tudung dan selepas sekolah entah ke mana segala penutupnya dan lebih selesa memakai skirt2 dan seluar2 pendek..

tak lupa juga..
yang dahulunya tidak bertudung,sekarang bertudung litup
yang dahulunya tomboy,sekarang lebih ayu..
cakapnya lebih sopan..

macam2..dan..


sudah tentu aku terkejut apabila seorang kawan lama aku ini memilih untuk berpurdah.


dia bukanlah tergolong dalam kategori yang bertudung pada asalnya
bertudung labuh pun bukan.
bukan juga yang menjadi pelajar cemerlang dalam kelas agama
mahupun yang mendahului pelajar2 lain dalam hafazan kelas agama dahulu
dan bukan juga salah seorang pelajar yang ke sekolah agama pada sebelah petangnya selepas tamat sekolah harian


sudah tentu semakin bertambah sifat ingin tahu aku itu
mengapakah,apakah yang mendorongnya untuk melakukan hijrah itu?


sahabat ini...memang aku rapat dengannya waktu sekolah dahulu.
baik orangnya,gila2 juga
aku masih simpan gambar beruniform sekolah menengah berdua dengannya
juga waktu kami konvo (ala,konvo form 5 je mase tu!) hehe.


last news aku dengar cerita tentangnya,dia sudah berumahtangga.
dikurniakan seorang anak lelaki
dan dia berhenti kerja selepas dapat anak
kerana ingin fokus terhadap urusan rumahtangga
alhamdulillah...


dia kemudian memilih untuk bekerja dari rumah
menghasilkan blog,lebih kepada jualan2 online.
pernah diinvite oleh dia,tapi mase tu aku tak boleh access sebab error or something aku tak ingat
so then after aku biarkan aja
"kalau kau ada masa,jenguk2lah blog aku ya.kot ada yang berkenan"
dalam setahun yang lepas juga perbualan ym tu.


setiap kali kalau aku online,nama dia mesti ada.
statusnya adalah alamat blognya
tak pernah aku cuba klik ke link itu
sehinggalah semalam,terdetik.


aku tengok barang2 yang dijual adalah seperti kebanyakan wanita2 sekarang jual
pakaian2..dan aku tengok lagi
ada ditulis,ada menerima tempahan menjahit,tapi bukan semua jenis
dan dari cara penulisan,aku tahu bahawa barang2 yang dijual semua dijahit sendiri
tak ada bezanya dengan blog2 wanita2 yang menjual online sekarang ni
cuma lainnya, ada menjual jubah, dan purdah.


aku tengok gambar profile
kecik je
sebesar duit 20sen
tapi jelas
seorang wanita berpurdah sedang melayan anak lelaki kira2 2 tahun


terus aku ym dia.
membuak2 hati aku ingin bertanya macam2.


me: salam (…)
her: SALAM

me: busy eh

her: xde la

her: biasa2 je

me: saje borak2

her: baru lepas mkn

her: :)

me: nk tny

me: lame xjmpe ko

her: a'ah mmg lama pun

me: ko pakai purdah?

her: yup

me: ohh

me: since?

her: after kahwin

her: hee

me: =)

me: patut xpnh tsrempak=)

me: alhamdulillah

her: hahha aku byk kali terserempak dgn kawan2 convent tp aku x tegur sbb takut diorg lupa aku buat malu je

me: xde lupenya
me: ape yg buat ko nak pakai purdah,?

me: sorry,but aku just tny

her: xpe tanya je

her: soalan tu mmg ramai yg akan tanya sbb x percaya

her: hahha

me: hehe

her: sbb aku suka pakai dan aku byk baca ttg kelebihan pakai

me: ohh ok

me: ko bc kt mane?

me: husband ko xkisah?

her: aku baca dan aku dgr org dakwahkan perkara ni

her: husband aku bila aku keutarakan benda ni dia suka

her: sbb dia mmg nak aku pelihara aurat aku

her: lebih2 lagi zaman fasyak mungkar ni kan

me: baguslah mcm tu

her: even tgk tangan kita lelaki boleh bernafsu

me: btul

her: ko tanya sbb ko berminat ke pe?

me: aku setuju

me: saje tmbah pgetahuan

me: banyak bertanya kn bagus

me: byk benda blh tau

me: bukan ramai kwn2 kita pkai purdah

her: yup betul2

me: ko org 1st kwn aku yg aku tau

her: ta'alim wa ta'alum

me: thats y aku tny

me: tudung labuh ramai

me: aku respect

me: tp ada yg hati baik

me: ada yg kurang

her: hihi..

me: thats y aku nk tau

me: =)

her: biasa la..manusia ni pelupa

her: kadang2 perangai x baik tu dia lupa yg itu x baik

her: dia ingat perkara dia buat tu betul

me: yup

me: btul

her: setan buat keje 24 jam dakyah

me: kdg kite xsedar

her: kita nak dakwah atau ingatkan prkara baik kat org maybe sehari 2 jam je

her: :D

me: makin kuat iman,makin kuat dugaan

her: yup betul

her: adakah kamu sudah beriman selagi tidak diuji??

me: purdah salah satu cara: me: betul

me: tp tak ramai yg pilih

me: persepsi org keliling kt msia ni bnda yg xblh diubah

me: diorg blh buat ayat standard

me: "pakai purdah xsemestinya baik"

her: itu la mujahadah bila kita kata kita syg allah rasul kene la tunjukkan kasih syg tu

me: tp pakai seksi2 dah tentu bukan perkara baik

her: itu la..tp jgn fikirkan pandangan manusia sbb manusia ni hina xde apa2..buat hanya tuk sukakan allah

her: maka kita xkan kecewa insyaallah

her: klu buat tuk sukakan manusia takut kita kecewa

me: betul

me: aku setuju

me: family ko mcmane

her: lagi satu org alim kata bila kita pandang buruk org mcm cth ko bg tu sbnrnya kita yg berperangai mcm tu

me: itu pn aku setuju

her: family aku terperanjat jugak memula

her: tp aku da sedia dgn apa yg berlaku

me: bila kita terfikir,bermakna kita fikirkan benda yg sama

me: ok

her: aku sblm pakai da fikir masak2 aku buat kerana allah bukan untuk org kata aku bagus

me: ok

her: biasa la kan kat malaysia ni org ingat pakai urdah sesat

her: hihihi
me: hehe

me: abaikan

her: tp lelama tu diorg faham dan terima aku seadanya

me: kalau kita dgr cakap org

me: sampai bila pn tak ke mana

me: ok
me: ada yg kurang selesa x?
me: anak ko dh bape thn?

me: sorila byk tny

her: yup betul tu..akhir zaman benda yg sepatutnya akan jadi asing

her: yg kurang selesa tu ada tp buat2 x tahu sudah

her: hee

me: hehe

her: x kisah pun ko tanya2 ok jugak kan..boleh kongsi2

me: yup

me: last aku dgr psl ko pn ko dpt anak

me: tu je aku tau

her: aku da pakai kira 2 thn la sbb aku pas kahwin terus pakai

her: anak aku pun da dua

me: alhamdulillah

me: dua2 lelaki?

Her : yup dua2 laki

me: tahniah






***






her: tu la pasal..aku budak convent langsung x tahu berita

me: rindu kt ko

her: ye la..sama la

her: aku sama je gila2 nya

me: =)

her: hahh

me: hehe

me: ok x keje sendiri

me: msti seronok

me: dpt jaga anak2

me: makan pakai rumah

me: xsusah2 hati bila tinggalkn rumah

her: yup mmg ini yg diidamkan

her: alhamdulillah akhirnya makbul jugak

her: aku klu tak keje lagi teruk balik lewat mlm

me: kebanyakan perempuan pn nakkan benda yg sama

me: anak besar dpan mata

me: ?

her: maksud aku keje dulu la

her: lewat malm baru balik

her: so ikhtiar cara lain tuk duk rumah

me: ohh yup

her: alhamdulillah rezeki kan

her: ko doa

me: alhamdulillah

her: insyaallah

me: ok

her: klu ko niat duk rumah tuk sukakan allah insyaallah allah bg

me: insyaAllah

me: aku slalu fikir

her: perempuan ni elok duk rumah je

me: mcmane cara nk duk rumah

me: bukan pilihan aku kalau blk lewat2

me: ada ank tp kita xnampak dia besar dpan mata

me: hati tak tenang fikir mcm2 kt rumah

me: bila aku kawen ni

me: br aku tau

me: kenape kwn2 aku yg kerja n kawen slalu rs mcm nk berenti kerja

her: hee itu la

me: belajar tinggi2

me: mmg bgs

her: tp mmg tmpt seorg wanita adalah didalam rumah

me: tp kita lupa

me: kdg2 seiring dgn ego

me: sama dgn kerjaya

me: berjaya hny pd kerjaya bukan ukuran

me: pd akulah kan

me:bukan senang nk dpt balance life

me: or either pgorbanan yg besar

me: dan kita redha dan suka ape yg kita buat

me: pokoknya tau ape yg kite nak

her: ye hakikatnya bila mati sok xkan ditanya ko ada diploma ke ijazah ke degree ke..yg akan disoal hanya iman dan amal..hihihi

her: :-P

me: yup

me: btul

me: tlalu byk benda yg blh buat kita lalai kt dunia ni

me: lupa tntg basic

her: betul tu

her: perempuan ni mudah je sbnrnya

her: mudah masuk syurga mudah masuk neraka

her: so pepandai la pilih jalannya

her: hee

her: tp insyaallah klu betul ko nak duk rumah allah maha mengetahui..mungkin x skang esok2 hari allah bg

her: atau anggap je ujian dari allah ko kene keje luar

me: betul

me: insyaAllah

her: niat keje kerana allah insyaallah hati tenang

me: aku percaya Allah mendengar

me: ada perkara lebih baik yang dia nak bagi pada kita

me: thanks beb

her: ye..boleh jadi perkara yg kita x suka lebih baik untuk kita

her: dan sebaliknya

her: allah bg ujian ikut kemampuan seseorg tu




****





me: ada rezeki kita borak lg ya

me: take care

her: ok

me: tahniah for d newborn baby

her: thanks

her: nnt free kita jumpa la

her: borak panjang

me: my pleasure

me: insyaAllah




dan dah pasti,bukan tu je tujuan aku berbual dengan dia..
ada lagi lain..yang berkaitan dengan azam aku,insyaAllah
hehe
korang dah ade azam?cewah.

aku kebetulan je,ade something yang aku target nak buat and belajar..
kebetulan ni hujung tahun,konon2nya jadi azam tahun depanlah tu!haha

harap2 perbualan tadi serba sedikit menambah pengetahuan aku dan pembaca,insyaAllah...