Wednesday, May 18, 2011

Cuti sehari.

Aku hampir terlupa yang cuti hari semalam sehinggalah kawan2 Mas,Wani dan Kham ingatkan mase kitorang berjumpa di rumah Wani sabtu lepas.
Bukanlah sebab kuat bekerja..aku aware yang 17hb cuti umum, cuma tak jangka ia adalah Selasa ni.haha

So encik suami bagi cadangan untuk ziarah atuk dan nenek aku di Kluang.
sejak kahwin pernah hanya sekali ke sana, tu pun balik hari..masa pertunangan Along bulan 12 yang lepas.
Lepas tu jumpa atuk and nenek masa pengkebumian arwah PakLong Dewa.

Sabtu yang lepas juga kami bershopping kain di Jakel.
ehem.
tak taulah nak kata untuk raya atau tak..untuk majlis perkahwinan kakak ipar bulan 7 nanti..
tapi kira skalilah untuk raya.
so belikan skali kain raya untuk atuk dan nenek.

tup tap tup tap plan secara mengejut..
"oklah, sebab cuti selasa ni kita balik Kluang Isnin after habis pejabat".

sampai Kluang jam 9 malam..
atuk ngan nenek memang orang paling excited lepas kami call kata nak balik Kluang.
"alaa..dah lame tak dengar suara die ni.." first skali ayat atuk yang keluar lepas nampak name aku appear dalam phone die.
sangat comel. walaupunlah aku barula jugak call dia 2 minggu lepas.

atuk tak berhenti bercakap dengan husband aku, excited punya pasal.
macam2 cerita dia keluar, zaman Jepunlah..buat roadblocklah..
nenek awal2 lagi dah tanya nak sampai pukul berapa..nak siap2 masak.
heee.cucu manja!

esoknya (semalam) selesai sarapan, kami ke rumah adik ibu,Uncle Shah di Kulai..then ke rumah Uncle Said dekat Kluang jugak.
puas hati dapat bawak atuk nenek sambil ziarah2 sedara mara.
bertuah sebab waktu ni cuti, semua ada kat rumah..plus jalan tak sesak sangat sebab orang tak ramai balik kampung.


with nenek raya 2010.


and masa baru gerak balik, dalam kereta..encik suami kata..
"Sayang, nanti tunjukkan I Kluang Station ya"

Oh macamanelah boleh lupa!
Dulu penah janji nak bawak dia ke sini.
So kami lalulah kat situ..kebetulan bukak dan orang tak berapa ramai

Suami : "Nak singgah?"
Aku : "Takyahlah, haritu diorang kata kopi dia tak halal "(eh tapi aku memang tak minum kopi)

so kami tak turun.
pusing je kat tempat parking stesen keretapi tu dan gerak balik.

selang beberapa minit.

Aku : "tapi I rasa nak makan roti bakarla."
Suami : "Kat mane?"
Aku : "Kluang station?heheh. "(sambil tersengih)
Suami : "tadi orang tanya,tak nak "(sambil pusing balik)

haha.

mungkin rezeki kami.
orang tak ramai, cuaca baik..bila lagi kan?

macam biasalah..aku ulang cerita yang tak tahu ke berapa kali dah.
"Dulu masa I kecik nenek jaga kat Kluang. So kalau nak ke KL naik keretapi. Dah biasa dah".
"macam ni lah tempat dia dari dulu, tak pernah berubah".
"Dulu tempat ni belum famous. Setiap kali pegi sini samada nak ke KL atau hantar orang..I akan mintak nenek belikan roti bakar".
"Walaupunlah kedai tu tutup. I akan nangis nak mintak jugak".
"Nanti nenek akan ketuk pintu pagar kedai tu tanya.."
"Amoi, ada roti bakar ka harini?Cucu saya mau makan"

bila fikir2 balik..banyak kerenah betul cucu yang sorang ni.
ish ishh
terima kasih nenek ngan atuk sebab melayan cucu yg shomel ni.

so ni lah aktiviti kami lepas tu...




aicewah tunggu ape tu?








ni plak aktiviti minggu lepas di kala Clarks warehouse Sales.
kebetulan sangat sebab aku memang tengah mencari sandal menggantikan sandal aku yang dah buruk ni.
tunggu masa nak terputus je.
rezeki rezeki.
tengok orang beratur sampai ke luar hotel? gila ke ape?
termasukla orang yang cakap tu pun.



tapi terasa memberi motivasi bila nampak orang keluar pegang kurang2 4 pasang kasut.
murah benar ke?

orang hotel tu cuba mengambil peluang dengan menjual air pada orang2 yang berdiri tu..
3kali asyik pegi kat aku je..orang lain tak pegi pulak.
ape ke muka aku nampak macam nak pitam sangat ke?haha.

Sekali bila dapat je masuk hotel skali tengok tingkat 1 and tengok orang beratur macamane?


nah hambik..keliling tingkat 1 ye.

Tapi Clarks ni pakai memang berbaloila..harga biasa mahal jugak..tapi sedap dipakai dan long lasting.
nak tunggu aku beli entah bila,suka..tapi bila tengok harga lagi suka..so letaklah balik kasut tu.
so bila ada peluang macam ni..bolehlah grab.
tengok orang beli sampai 20 pasang.
husband kata "barulah berbaloi beratur lama. Ni takat beli sepasang je penat berdiri lama"

Ni suasana kat dalam tempat tu.
Semua orang macam dirasuk.haha



ehem tengok sikit hasil harini agak2 berape kitorang angkut.

 hai bang, banyak beli kasut?haha.

mane taknye..masuk2 je kitorang dah berpecah. bila jumpa je en.suami dah pegang 2 kotak kasut dulu sebelum aku sempat pegang 1 pun!
haha

Kesimpulannya memang berbaloi sangat2 sebab harga up to less 40-60%.
dapatlah cari 1 sandal and 1 kasut kerja.
pastu untuk mak mentua and anak sedare 1.

Dah lepas ni duk rumah diam2.
takyah beli kasut 3 tahun!
Let us see how long kasut ni will last.
Sandal yang aku sayang dah nak putus tu aku beli RM60 pakai 2 tahun..yang ni?

2 comments:

aNoi said...

selamat pagi!

oo..kampung dekat kluang ye.. masa kecik-kecik i dududk dekat Layang-layang :) kalau nak shopping baju raya, Kluang lah yang paling dekat. hehe

FRSR said...

morning aNoi!
ha ah,kat kluang.wahh dekat dah tu.
Layang2 yr kampung ke?