Sunday, May 15, 2011

the softest and most sensitive part.

minggu lepas aku dan suami tonton Imam Muda.
haih. dah season 10 baru tengok..sebelum ni tak pernah tengok pun..
banyak sangat realiti tv la ni
nak cari yang pandai menyanyi,toksah cakaplah,melambak-lambak
tak kira umur..25-40 tahunlah, kanak-kanak bawah 12 tahunlah, warga emas 50 tahun ke atas lah.
semua kalau boleh nak menyumbangkan suara.
nak cari yang pandai menarilah, "so you really think you can dance?"
yang pandai buat lawak, yang pandai masak?
jaguh kampung? yang mencari jodoh? sume ade, tinggal hantar borang je.

aku taklah mengikuti sangat realiti tv ni..
awal2 dulu mungkin..tapi taklah fanatik.
cuma dari dulu memang niat nak tengok Imam Muda, mungkin masa bujang dulu balik kerja,makan,tido..jarang tengok tv..so now baru ada masa sikit.

ape yang aku nak sampaikan kat sini is..aku perasan ade certain realiti tv ni yang pada aku ok pengisian dia.
yang betul2 realiti dalam erti kata lain, yang dikurangkan sifat kepura-puraan tuh..
yang betul2 memberi 'case study' yang real.

sebagai contoh selain Imam Muda, Program Mencari Menantu pun ok jugak.
pada aku, janganlah ambik 100%, ape yang pada aku ok is pengisian dia.
itu pun sebenarnya aku pernah tengok yang 1st season je..pastu tak berkesempatan.
Selain dari pihak2 penganjur yang memberi tajaan dan mendapat marketing mudah, juga hadiah besar untuk pasangan-pasangan yang bakal berkahwin..
walaupun nampak hadiah-hadiah dia sangat gah..
content dia masa 1st season aku tengok dulu..
untuk pasangan yang sudah bertunang atau nak mendirikan rumah tangga..
diorang ada buat interview dulu sebelum nak jadi calon Program Cari Menantu ni.
pasangan kena interview dengan ustaz and ustazah..
pada aku,waktu ni lah yang betul2 challenge..at the same time cuba kita tanya diri sendiri..
"aku boleh jawab ke soalan-soalan tu?"

mase ni lah nak mengukur baju di badan sendiri.
"ape koordinat kiblat?"
"kalau kita musafir,tak ada kompas,macam mana kita nak tahu arah kiblat?"
"berapa lama tempoh 'idah?"
dan soalan-soalan fardhu ain yang lain.

lepas dari interview,siapa berjaya masuk program tu..
dia akan disajikan dengan seminar-seminar tentang pengurusan kewangan, hal ehwal rumahtangga..lepas tu kena present.
macam mana nak kira budget nak beli rumah, uruskan perbelanjaan, zakat..
solat jemaah dsbnya.
memang menarik dan pada aku..baru betul2 realiti.

ok,habis selingan.
ape kaitannya dengan tajuk di atas ialah..aku dan suami menonton Imam Muda haritu..
dipendekkan cerita, calon-calon Imam Muda siri ke-10 ni diberi tugas untuk menguruskan dan mengajar kanak-kanak sekolah rendah di sebuah sekolah..
dan bukan kanak-kanak biasa,tetapi istimewa.

part ni yang aku lemah ni.
bayangkan. sebuah sekolah yang semuanya kanak-kanak istimewa.
lebih kurang dalam 100 lebih kanak-kanak.
dan setiap dari Imam Muda ni dikehendaki membantu/mengajar setiap kelas yang mempunyai lebih kurang 15 orang kanak-kanak istimewa.
say it, sindrom down, hyperactive, pekak, semua.

10 kali aku tengok cerita tu, 10 kali aku kata pada diri sendiri..
"aku tak pasti jika aku mempunyai kesabaran itu. dan jika ia benar2 berlaku pada aku,confirm aku menangis tak tau nak buat ape!"

Kes 1- sorrylah aku tak ingat semua nama Imam Muda ni, tapi tak silap aku yang ni berlaku pada Imam Muda Fatah. Dia mungkin nampak nervous, dalam pandangan mata kasar akulah. Sebab cara dia berkomunikasi dengan kanak-kanak bawah jagaan dia semua dengan nada yang kuat. (aku dulu camtu gak. bila nervous buat presentation je aku cakap kuat2).
So it happen when semua kanak-kanak bawah jagaan dia berada dalam kelas..dan dia bagi aktiviti untuk diorang buat..
dalam kelas IM Fatah ni..selain yang lain, ada 2 orang kanak-kanak - seorang yang terlalu aktif, seorang lagi pasif. Dalam dia sibuk melayan kanak-kanak aktif ni..dia tak perasan yang kanak-kanak pasif (Daniel namenya tak silap) tadi tu senyap-senyap keluar dari kelas tanpa sesiapa pun perasan. Tau2 dah hilang!

No comments: