Dulu mase zaman sekolah rendah..kan salah satu aktiviti merangkap aktiviti mengisi masa lapang waktu sekolah adalah membuat biodata.
tipu kalau ada yang kata tak pernah buat.
samelah dengan aku pun.
Salah satu isi dalam biodata tu adalah "CITA-CITA" ataupun "PEKERJAAN"
suka betul budak-budak zaman dulu create profile.
lepas tu tukar2 dengan kawan2.
buat buku skrap.
ok, dipendekkan cerita..
kalau sesetengah orang, mase kecik-kecik dulu cita-cita dia selalu berubah2. Kejap nak jadi askar, ade nak jadi polis, doktor haiwanlah, atlit, pelakon.macam2.
sebab belum exactly tahu nak jadi ape, and jadi ape yang best.
Tapi lain dengan aku.
Cita-cita aku sedari dulu jarang berubah.
Seingat aku tak pernah lain melainkan aku ingin menjadi "Cikgu" atau pun..ehem.
"Ustazah".
sila jangan gelak dulu.
tapi rasenya dalam banyak2 biodata aku buat..(wah banyaklah sangat)
mungkin dalam sekali dua je aku tulis ustazah.
the rest 90% aku tulis 'Guru'.
aku tak ada alasan kukuh kenapa aku nak jadi cikgu.
aku just rasa aku suka.
tidaklah kata masa kecik2 umur belum akil baligh lagi aku dah rasa yang aku mempunyai bakat menjadi guru walhal sampai sekarang pun profesion aku bukanlah cikgu.
dan dengan cita-cita nak jadi cikgu tu tak bermakna aku selalu buat home work on time, tak pernah meniru homework, menjadi kesayangan cikgu-cikgu sebab rajin dan antara murid yang pandai..oh tidak2.
Aku tak nafikan, minat untuk mengajar tu masih membara dalam diri aku ni, sampailah sekarang.
cuma lepas tamat universiti, aku upgrade sikit dari cikgu,aku nak jadi pensyarah.
Sungguh, aku bukan ingin mencari jalan pintas sesudah graduate dengan terus apply di universiti tempat aku belajar dulu kerana aku punya connection yang kuat dengan pensyarah-pensyarah.
ehem,bukanlah main politik, tapi hubungan di antara aku dan pensyarah-pensyarah di fakulti agak baik yang memberi bonus di atas keputusan akademik aku yang agak cemerlang.
aicewah.
tapi bukan rezeki aku di situ.
dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang bukan setakat bersyarah di dalam kelas, tetapi juga merangkap penasihat akademik dan kerjaya aku.
sungguh, aku pegang kata-kata diorang.
"Jangan expect student 5 tahun akan datang macam korang. Duduk dalam kelas, tadah telinga, kurang bertanya, pastu balik"
"dalam 5 tahun lagi, jangan fikir pensyarah yang tidak berpengalaman akan mempunyai jalan mudah berhadapan dengan pelajar2 melainkan dia mempunyai kuasa luar biasa untuk mengajar"
sukar bunyinya.
Tapi tak sedetik pun aku nafikan.
Semuanya berdasarkan pengalaman aku sebagai pelajar untuk membezakan cara pengajaran pensyarah yang berpengalaman dan tidak.
Even setelah 5 tahun graduate, pelbagai pengalaman bekerja aku..
Jika dibandingkan, kerja yang paling orang kata 'tak secure' itulah yang aku minat.
Di kala orang tak kenal jenis kerja apa yang aku lakukan, company apakah itu, walaupun kaum lain punya company, aku tak nafikan kerja itulah yang paling aku enjoy sebab aku perlu bagi talk di hadapan2 pelajar universiti dan berkongsi tips2 untuk mendapat kerja.
Berbalik tentang cita-cita aku sebagai 'Ustazah' suatu ketika aku sekolah rendah dulu..
Aku anggap ianya pada waktu itu adalah sesi mengenali diri sendiri
dan pernah sekali dalam kelas waktu menunggu cikgu masuk,
aku dan kawan-kawan lain bergelak ketawa dan tiba2 seorang kawan sekelasku berbangsa India, Ajitha Ratnam namanya dengan nada berseloroh tegur,
"Hai Farha! You bukan nak jadi Ustazah ka? Kalau nak jadi Ustazah mane boleh gelak kuat-kuat?"
sambil kitorang pun gelak sakan.
tapi aku rasa di situlah titik tolaknya aku fikirkan semula cita-cita tersebut.
Ok,sekarang boleh gelak kuat-kuat. Hahaha!
Akhir sekali, kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya mahupun tidak pernah..semua guru di Malaysia, Selamat Hari Guru dan semoga menjadi pendidik yang sentiasa sabar, dan diberkati oleh Allah SWT..
Amin...
No comments:
Post a Comment