hai.
sedang mengupdate di rumah.
sambil menonton TV.sangatlah tak boleh fokus menaip sambil mengeluarkan idea.
tapi since desktop office tak boleh nak update blog, might as well aku mengupdate sekarang.
pernah tak..korang berhadapan dengan perkara/situasi yang membuatkan hati korang berdetik?
bukanlah maksudnya dilamun cinta ke, jumpe benda yang pelik2 ke..
cuma perkara yang mungkin korang tengah minum2 tepi jalan lepas tu terdengar or ternampak or melakukan sesuatu yang menyebabkan korang berubah perspektif tentang sesuatu perkara?
ok,these are few things yang menyebabkan hati aku terdetik, dan secara tak langsung mengubah tanggapan/perspektif/pendapat aku tentang sesuatu perkara. Atau erti kata lain, membuka sikit minda aku ni.
Mungkin kita akan rasa tidak ada yang luar biasa berkenaan situasi tersebut, tapi hingga hari ini masih kuat dalam fikiran aku yang betul2 membuatkan aku rase.."hmm,bukan seperti yang aku sangkakan".
Ok, basically ini adalah berkenaan agama, dan aku anggap ia adalah satu pembelajaran yang berterusan.
Semoga kita memperoleh manfaat daripadanya.
Kesemua peristiwa ini adalah dari pengalaman sendiri sama ada melalui pendengaran, penglihatan, mahupun perbuatan.
Peristiwa 1 - Sedang aku berjalan di KL Sentral selesai makan tengahari...taulah manusia waktu makan tengahari ramai dia macam mana kan..
Depan aku ni ada group of aku assume officemates yang baru selesai makan jugak. Ada 4 orang kesemuanya - 3 perempuan, seorang lelaki. 3 orang cina, seorang lagi melayu perempuan. Tak silap aku hari tu adalah hari Jumaat...dan masa untuk makan tengahari adalah panjang berbanding hari-hari biasa.
Sebab diorang berjalan depan aku, maka aku terdengar perbualan diorang..
Salah seorang dari diorang (wanita Cina) tanya kepada wanita melayu tu.. "So, kite nak pergi mana lagi sekarang XX (aku tak dengar nama dia ape)? Banyak masa lagi."
"Mahu naik atas jalan2?"
belum sempat wanita Melayu tu jawab, wanita Cina tu kata "Eh, rambut u nampaklah" sambil tunjuk di sebelah pipi kanan sendiri..
kemudian wanita Melayu bertudung pun membetulkan tudung dan memasukkan rambut yang terkeluar dari sebelah kanan tudungnya.
dan lepas tu aku pun memotong jalan diorang sambil terdetik...
"Alangkah indah dan mudahnya kalau mereka betul2 memahami tentang agama kita"
dan terdetik lagi..agaknya apelah dan bagaimanakah caranya wanita Melayu Islam tu menerangkan tentang aurat kepada sahabatnya tu...
Peristiwa 2 - Pendapat orang awam tentang kes rogol yang semakin meningkat di Malaysia.
Ada sekali aku tengok berita yang mana wartawan minta pendapat dari orang awam berkenaan dengan kes rogol yang semakin berleluasa di Malaysia ni. Ada satu yang menarik minat aku. Orang awam yang ditemuramah itu berbangsa cina, dan ayat yang keluar dari mulut dia betul-betul menarik minat aku. Hanya kerana aku percaya, dia bukan Islam berdasarkan kepada nama.
Ayatnya lebih kurang begini "saya percaya cara pemakaian juga penting. Perempuan2 sekarang pakai seksi-seksi juga sebab berlakunya banyak kes rogol".
See?
Peristiwa 3 - Mualaf Sikh yang telah memilih untuk menganut agama Islam berkongsi cerita dan pendapat berkenaan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Kalau nak dengar banyak cerita-cerita dan pengalaman sebenar dari Mualaf, boleh dengar di stesen radio IKIM waktu petang aku tak sure hari ape,tapi dalam waktu 5.30-6.00 petang.
Masih berbangsa Punjabi dan mengamalkan budaya sedia ada seperti mendengar lagu2 Punjabi..tetapi meninggalkan perkara-perkara yang haram seperti diterangkan dalam Islam. Tidak seperti pengalaman-pengalaman mualaf lain sebelum ini, saudara Muhammad bertuah kerana mempunyai keluarga yang berfikiran terbuka dan memberikan sepenuh kepercayaan terhadap anak-anaknya untuk memilih agama asalkan ianya mendatangkan kebaikan.
Apa yang menarik minat aku dari pengalaman-pengalaman yang diceritakan adalah dia kata, "Saya masih mengamalkan budaya Punjabi. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh ditinggalkan. Walau bagaimanapun yang haram tetap haram. Sebagai contoh, saya masih mendengar lagu-lagu Punjabi. Ada muzik Punjabi yang saya dengar, yang mana haram adalah tidak."
Belum sempat Dj IKIM bertanya lebih lanjut..Muhammad jawab "Contohnya lagu2 yang ada that four letter words, you know".
Terdetik aku. Masya Allah..aku sendiri tak memikirkan sangat hal itu. Berapa ramai orang Islam yang mendengar muzik di luar sana yang mengambil berat dan mengamalkannya?
*******
Ejen Halal, TV Al-Hijrah #114
Siapa tengok Ejen Halal, TV Al-Hijrah di saluran Astro 114 tadi?
Sangatlah berinformasi. Banyak perkara yang kita tak tahu jelas di sini, dengan penjelasan dari pihak JAKIM sendiri.
Antara yang aku ingat dan perlu untuk kita ketahui :
- 80% gelatin yang diimport dari negara Eropah diperbuat daripada lemak babi. Selebihnya 20% tidak diketahui sumbernya, dari lemak haiwan - kebanyakannya dari anak lembu yang diragui disembelih ataupun tidak.
- Ada gelatin diperbuat dari sayur-sayuran ataupun soya, tetapi amat minimal.
- Itu baru Eropah, belum negara seperti China dan negara-negara lain.
- Gelatin dari lemak babi adalah yang paling murah dan mudah untuk didapati. Ternakan babi di negara Eropah sendiri meningkat sebanyak 42,000 ekor babi pada tahun 2010. Juga terdapat gelatin diperbuat daripada organ dalaman babi, tempat yang paling banyak mengandungi pelbagai jenis penyakit.
- Gelatin terdapat di pelbagai jenis barang guna seperti kosmetik, bahan makanan seperti biskut, air, aiskrim, kek, kapsul dan lain-lain.
- Satu-satunya negara yang menggunakan gelatin yang diakui halal dari awal hingga akhir proses adalah Pakistan.
Semoga memberi manfaat kepada kita, Wallahualam.
2 comments:
aku dh ingatkan diri sendiri dah untuk tgk Ejen Halal ni psl nak nengok Muniff Isa ni. Skali terlupa la pulak. Fail btol
Muniff Isa tu si pengacara tu ke?mcm poyo je aku tengok.sikit2 konon2 buat2 style ntah hape2
Post a Comment