Thursday, June 23, 2011

Ukhwah

Seringkali kita semasa zaman remaja apabila ibu atau ayah mengajak kita menghadiri majlis-majlis atau jemputan-jemputan tidak kira majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran, tahlil, kita mengeluh. Sama ada kita berjaya menolak daripada mengikut dengan memberi seribu satu alasan, atau jasad kita pergi, tetapi hati di tempat lain.
Pernah?

Aku pernah.

Tidak ada alasan kukuh untuk menolak pelawaan, cuma lebih selesa duduk beristirehat di rumah. Boleh menonton tv, sambung tidur lebih-lebih lagi di hujung minggu, online, check facebook...atau jika tidak pun, kita mungkin sudah mempunyai perancangan lain dengan kawan-kawan.

Tetapi, kenapa?

Kenapa tidak mahu mengikut ibu bapa kita? Kerana tidak berminat? Atau mungkin kerana kita rasa tidak ada bezanya majlis tersebut tanpa kita? Atau kerana kehadiran ibu dan ayah kita sahaja sudah mencukupi sebagai wakil keluarga? Kerana kita tidak mengenali pun siapa yang menjemput, mereka kawan-kawan ayah, kawan-kawan ibu, saudara mara sebelah ayah, saudara mara sebelah ibu..kalau pergi pun, kita hanyalah sebagai peneman.

Dulu mungkin, selaku anak perempuan sulung dalam keluarga, atau mungkin juga kerana lebih mudah membawa aku berbanding adik-adik yang masih kecil dan mungkin kerana aku belum mempunyai komitmen lain ketika itu..aku turut memenuhi jemputan. Cuma adakalanya ibu dan ayah tidak mahu memaksa, dibiarkan sahaja anaknya ini, "tak mahu ikut sudah. Tak kuasa nak layan".

Aku di dalam kasut mereka.

Sekarang, tanya pada diri sendiri.
Sejauh mana kita mengenali saudara mara kita?
Sejauh mana kekerapan kita berjumpa atau menziarahi saudara mara kita, tidak kira menghadiri jemputan mereka?
Apa inisiatif kita mengeratkan silaturrahim sesama saudara?

Atau soalan paling mudah, anda ingat nama saudara mara anda? Nama ya, bukan nama samaran seperti Pak Ngah, Mak Uda, Ayah Chik, Che Det dan sebagainya.

Jika anda mendapati diri anda tersengih-sengih seperti kerang busuk sambil tergagap-gagap untuk menjawab soalan di atas, anda memang patut malu pada diri sendiri.
Malu kerana tidak mengenali saudara mara sendiri.
Bagaimana mengaku mereka saudara sekiranya apa yang kita boleh gambarkan pada anak-anak akan datang hanyalah,
"Pakcik tu adalah adik ipar ayah kamu, merangkap biras mak. Panggil saja dia pakcik Din".

Baru nama. Belum lagi kira kerja di mana, anak berapa, tinggal di mana.
Bagaimana mahu ke rumahnya jika sekiranya ada hal-hal kecemasan berlaku?
Untuk adik beradik atau keturunan yang sikit bilangannya, masih ok lagi.
Bagaimana dengan orang yang adik beradik sendiri 6 orang, adik beradik suami 10 orang, adik beradik ayah dan ibu sendiri 8 orang dan adik beradik ayah dan ibu mertua 10 dan 11 orang?
(eh?macam diri sendiri je?)

Kerana itu aku bertanya, sejauh manakah kita kenal..kerana percaya kita masih dikelilingi dan dikenali oleh saudara mara kita kerana kita adalah anak kepada mak ayah kita.

Kita menziarahi Pakcik A (adik kepada ayah kita) pada Hari Raya kerana ayah dan ibu yang mengajak kita menziarahi mereka. Pakcik A mempunyai 6 orang anak. 2 orang anaknya berada di luar negeri sambung pengajian, seorang tidak dapat pulang beraya kerana bekerja, seorang lagi beraya di rumah mertua..dan yang ada di rumahnya hanyalah 2 sepupu kita yang masih kecil. Contoh yeaa..

Sampai di rumah Pakcik A, ayah berbual dengan Pakcik A, kita hanya memerhati 2 orang sepupu kita yang agak jauh jarak umur dengan kita menonton TV.

Begitulah setiap tahun.

Sehinggalah ditakdirkan ayah kita sudah tiada, Pakcik A pun sudah tua dan tidak boleh berjalan jauh, masihkah kita akan terus menziarahi mereka?
Jika dulu setahun sekali berjumpa, sekarang bagaimana?
Kenalkah kita dengan anak-anaknya?
Menantu dan cucu-cucunya?
Saudara marakah kita, atau hanya pada nama?
Malu kan?

Perumpamaan di atas hanyalah contoh. Untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri, betapa pentingnya keluarga dan saudara mara dalam hidup kita.
Jangan bila susah, bila ayah dan ibu sudah tiada, bila waktu mencari waris atau wali..pengagihan harta, baru kita perasan bahawa kita tidak mengenali pun yang sedarah sedaging kita.

Yang kenal hanyalah kawan-kawan sesama sekolah rendah yang membuat reunion sebulan sekali, rakan-rakan sepejabat yang kita tidak pernah tinggal jemputan open housenya setiap kali Hari Raya, belum masuk sambutan hari jadi anaknya, girls day out, bachelor party, hari keluarga pejabat, jom heboh, dan sebagainya.

Kerana sekarang baruku faham mengapa ibu ayah kita bersungguh-sungguh cuba memenuhi jemputan-jemputan. Terdapat hikmah yang mungkin kita tidak pernah sedar dan perasan.

Bagaimana ya, mahu dikhabarkan pada adik-adik, generasi lebih muda supaya sedar..bahawa dunia ini bukanlah hanya dunia kita semata-mata. Rajinlah jenguk saudara-mara. Rajinlah tunjuk muka dan mengenali mereka. Jika tahu bahawa kita bukanlah jenis yang mempunyai inisiatif untuk tiba-tiba mengetuk pintu rumah saudara-mara untuk menziarah, doronglah diri sendiri untuk cuba memenuhi jemputan jika tidak mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan. Itu pun sudah cukup baik kerana inisiatif mereka masih mengingati untuk menjemput kita.

Bak kata encik suami, tetapkan dalam diri. Jika kita boleh meluangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang kita suka, berapa sangatlah masa untuk kita menziarahi saudara mara.

Semoga ada manfaat dariNYA.
Wallahualam.

3 comments:

[M.Y] said...

aku dulu memang suke gile ikut mak ayah aku attend kenduri kawen ke, tahlil ke, doa selamat ke, tak kira kat rumah sedara mare yang aku kenal atau sedare jauh atau pun rumah kawan-kawan mak ayah aku. sebabnye aku ni jenis kaki berjalan n agak kak nam sket hehe semua orang laa aku nak kenal sampai ade orang ingat aku ni anak sulung sebab manjang je nampak muke aku kat majlis-majlis gitu . tapi, bile dah beso n dah kawen ni, aktiviti ziarah menziarah ni agak kureng sket. aku pun tatau kenapa. mungkin faktor aku tinggal diluar kawasan lembah klang atau aku dah penat nak keluar berjalan² sebab dah puas sangat berjalan dulu sampai sedare mare pun macam dah terkonfius antara aku dengan adik pompuan aku (walaupun jarak umur kitorg sangat jauh = 11 tahun) ;)

FRSR said...

aku tengok musim jugak.ade time selalu sgt,ade time malas sgt.ahah,konfius tu memang slalu,nak2 mcm kitorg adik beradik pompuan 4 orang,kalau xangkut 4 tu memang konfius saje org.hehe

JemmyMatHashim said...

aku setuju farha...apa yang ko tulis tu memang sangatlah tepat sekali...macam family aku ramai tau...tu peringkat kami adik beradik + ipar duai + anak2 sedara yg berlambak tu kan...*tu pon payah nak ingat semua nama...
belom masuk pakcik makcik adik beradik mak aku 15 org + ipar duai mak aku+anak2 sedara mak aku+cucu2 sedara mak aku...memang time kenduri la baru dpt jumpa....
ikut apa yg ko tulis mmg kita payah nak tau srba srbi psl sedara mara kita kan...memg kenduri adalah ms terbaik tuk berjumpa2 nk refresh memori sedara mara termasuk kita....sbb tu mak aku selaku yg plaing tua dlm adik beradik dia skrg dah tetapkan...kenduri apepon semua kena terlibat...family aku tu kalau dihitung..MasyaAllah memang ramai ler...itulh unik...
bila aku bc yang ko tulis ni....sikit kesedaran beb...*tambah sekarang aku jauh dr family...so makin kurg berjumpa la..tp tiap kali blk kg>>aku akn pstikan sorg dua pakcik aku aku g melawat sbb bwk mak kan....itu je la trmampu bole buat pon skrg...