tadi pergi sebuah Farmasi di Bangsar.
nak beli pencuci muka.
tengah membelek-belek pelbagai jenis pencuci muka..compare prices, tengok expiry date..
aku jumpalah 1 brand ni..pencuci muka dia berharga RM 33.90 untuk 1 tiub 100ml.
nampak pencuci muka yang sama,diikat 2 tiub untuk harga yang sama.
aku pergi kaunter dan tanya, apa beza 2 tiub yang diikat ni dengan 1 tiub yang berkotak?
kata salesgirl tu, dalam kotak yang diikat tu ada isi.
kiranya dapat free 1 pencuci muka yang diikat di luar tu.
kata aku dalam hati,
"wah..untungnya. kira 1 tiub tu separuh hargalah.
tapi kenapa tak ada kotak?"
langsung aku pun tanya lagi
"boleh saya tahu expiry date yang pencuci muka di luar ni?"
salesgirl tu pun belek2 tiub tu..
"tak adalah kak, selalunya ada tulis di kotak."
dah kesimpulannya?

No comments:
Post a Comment