Semalam genap setahun ulang tahun perkahwinan kami.
Alhamdulillah syukur atas nikmat dan rahmat dari Allah yang tidak terkira.
Ambil berkat sempena Hari Raya Aidiladha 1432H.
Sehari sebelum kami bermalam di rumah mertua di Cyberjaya.
Sebelum itu ke Putrajaya dulu. Seharian semalam agak penuh aktiviti ziarah menziarahi ke rumah saudara mara di sekitar Putrajaya, alhamdulillah.
Untung juga rumah dekat-dekat ni.Hehe.
Kepada suami tersayang, terima kasih kerana menjadi suami yang baik, bertanggungjawab, penuh kasih sayang, dan prihatin.
365 hari bersama semenjak di ijab kabulkan adalah hari-hari yang membahagiakan.
Semoga menjadi suami yang soleh, dan rumahtangga kita diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT di dunia dan akhirat...Amin.
I Love You sokmo-sokmo and looking for more days,months,years to come,insyaAllah.
Gambar Hari Raya Aidiladha tahun lepas selepas beberapa hari nikah =)
2 comments:
sokmo-sokmo ok...hee
=)
Post a Comment