Salah satu hadiah perkahwinan yang saya dapat dulu ada beberapa buah buku ...
Daripada abang Ahmad Zulfadli, yang saya kenal sewaktu di kolej dulu kerana kami sama-sama dalam Majlis Perwakilan Pelajar 2003/04.
Abang Ahmad Zulfadli merupakan Presiden MPP, isterinya yang juga saya rapat dan memanggilnya sebagai Kak Put(juga dari kolej yang sama), yang mana kedua-duanya saya anggap seperti abang dan kakak saya sendiri..
dan seorang anaknya (pada waktu itu), adik Amri..(sekarang dah nak masuk tiga,alhamdulillah!semoga Allah memberi keberkatan di atas rezeki mereka,amin..) ..
mereka juga mempunyai pendapat yang sama dengan saya dalam menghadiahkan buku/bahan bacaan kepada orang lain terutamanya yang baru berkahwin.
Terima kasih kepada Abg zul, Kakput dan adik Amri, Fatihah (yang kedua) dan yang bakal lahir sebulan dua lagi,insyaAllah.
Buku ini saya letak di dalam bilik tidur, sebagai bahan bacaan sebelum tidur.
Sangat bermanfaat kerana menceritakan mengenai 100 kisah musuh mengejar, diburu, ditindas, terbelit dengan tipu muslihat, dogoda wanita, dicemburui oleh umah dan pengakuan isteri-isteri di atas segala pengorbanan dan pengalaman yang dilalui Rasulullah s.a.w.
Cerita-cerita pendek, hanya 2-3 muka surat setiap satunya, ditulis oleh saudara Muhd Nasruddin Dasuki bertajuk "Aku sanggup duhai Muhammad"..terbitan Karangkraf cukup memberi kesan dan sedikit sebanyak dapat dikaitkan dengan hidup kita sehari-harian terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup, dugaan, buntu dan sebagainya.
Selain dapat mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w..insyaAllah.
Ini adalah salah satu kisah yang saya boleh kongsikan.
Semoga memperoleh manfaat dariNYA..insyaAllah.
Kisah ke-14 : Berdialog dengan Iblis
Pada satu hari Rasulullah SAW baru keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja Rasulullah SAW keluar dari pintu masjid, Rasulillah SAW telah bertemu dengan iblis. Rasulullah SAW segera menegur iblis.
"Hai iblis, apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini?"
"Wahai Muhammad, Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari," beritahu iblis tanpa berselindung.
"Untuk apa?" Tanya Rasulullah SAW yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.
Lalu segera dijawab iblis, "Supaya engkau bertanya kepadaku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu."
"Baiklah. Mengapakah engkau selalu menghalangi umatku daripada mengerjakan solat jemaah?" Tanya Rasulullah SAW kepada iblis.
"Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk mengerjakan solat berjemaah, aku berasakan diriku amat panas dan tidak akan hilang selagi mereka mengubah fikiran untuk ke tempat lain," jawab iblis.
"Hai iblis, mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada membaca Al-Quran?"
"Wahai Muhammad, apabila umatmu membaca Al-Quran, aku berasakan diriku menjadi hancur lebur seperti timah sedang dibakar." iblis menjawab.
Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Hai iblis, mengapa engkau menghalangi umatku untuk berjuang ke jalan Allah?"
Lalu jawab iblis, "Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk berjuang, kaki tanganku akan terikat sehingga mereka kembali dari perjuangan."
"Mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada mengerjakan fardhu haji?"
"Wahai Muhammad, apabila umatmu mengerjakan haji, aku akan terikat dengan rantai yang membelenggu dan apabila mereka hendak bersedekah, maka di atas kepalaku terletak satu gergaji yang menggergaji kepalaku seperti kayu yang sedang digergaji." Jawab iblis.
Pada satu ketika yang lain, iblis telah datang kepada Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang bersih sedang memegang tongkat.
"Siapakah engkau wahai orang tua?" Tanya Rasulullah SAW.
"Aku adalah iblis," jawab lelaki tua itu.
"Mengapa pula engkau ke mari?"
"Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku datang kepadamu bagi menjawab beberapa persoalan yang belum aku jawab,"jawab iblis lagi.
"Baiklah iblis. Aku ingin tahu berapa ramaikah musuh daripada umatku?"
"Ada lima musuhku daripada umatmu."
"Siapakah mereka engkau maksudkan itu,hai iblis?"
Lalu jawab iblis," Mereka ialah :
Engkau sendiri hai Muhammad
Imam atau pemimpin yang adil
Orang kaya yang merendah diri
Pedagang yang jujur
Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
Orang mukmin yang memberi nasihat
Orang mukmin yang suka berkasih sayang
Orang yang selalu bertaubat
Orang yang warak dan sering meninggalkan perkara yang haram
Orang mukmin yang selalu bersuci
Orang mukmin yang banyak sedekahnya
Orang mukmin yang baik akhlaknya
Orang mukmin yang memberi manfaat kepada orang lain
Orang yang hafal Al-Quran dan membacanya selalu
Orang mukmin yang mengerjakan solat malam ketika orang lain tidur."
Setelah iblis menjawab, Rasulullah SAW bertanya lagi
"Siapakah pula teman-temanmu iblis?"
Iblis menjawab, "Wahai Muhammad, ada 10 teman. Mereka ialah :
Hakim yang tidak adil
Orang kaya yang sombong
Pedagang yang suka menipu
Peminum arak
Orang yang memutuskan tali persaudaraan
Mereka yang memakan harta riba
Mereka yang memakan harta anak yatim
Orang yang mempermudahkan solat
Orang yang enggan membayar zakat
Orang yang banyak berangan-angan."
Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, "Siapakah pula bala tenteramu,iblis?"
"Kalau engkau mahu tahu, tenteraku ialah mereka yang bersifat rakus, muazinku adalah orang yang salah bacaan Al-Qurannya, pembacaku ialah penyanyi dan mereka yang menyetujuiku ialah orang yang menghiris, menoreh muka, badan dan tangannya kemudian dibubuh nila atau orang yang meminta dibuat demikian".
Semoga kita dapat bermuhasabah dan mengaudit diri sendiri serta memilih kategori manakah diri kita.
Wallahualam..
1 comment:
Rajinnya kau Ha. Good share btw :-)
Post a Comment