Thursday, January 21, 2016

Pengalaman Potty training untuk Wan Ahmad Fawwaz

Fawwaz sekarang dah 2 tahun, 8 bulan..alhamdulillah
cepat betul masa berlalu.

Ada beberapa kali tahun lepas saya dan suami ada buat cubaan potty training untuk Fawwaz.
selalunya over the weekend.
tapi komitmen kami ni tak berapa menentu. Asal sekali Fawwaz terkencing di tempat yang tak sepatutnya ja terus kami pakaikan pampers.
Cepat mengalah.
Hihi

Hujung tahun lepas, saya dan suami tekad nak betul-betul start balik potty training memandangkan saya dan suami (saya yang lebih) cuti lama.

Tapi, nama pun cuti. ber'cuti'lah kami sesungguhnya.
Sehinggalah hari terakhir cuti sebelum masuk tahun pejabat dan sekolah di tahun baru, 3 Januari 2015 hari Ahad, baru kami teringat! 

itu pun sebabnya Fawwaz dah selalu bagitahu Ibu dan Ayah bila mana mahu kencing, dan ada sekali bila kami mahu keluar, Fawwaz macam tak selesa bila pakai pampers.
Jadi, kami pun trylah betul-betul.
Untuk setengah hari, alhamdulillah berjaya. Selepas tu, kami mahu keluar, jadi kami pakaikan pampers.

Keesokan harinya bila waktu hantar Fawwaz ke sekolah, sempat saya ingatkan cikgu supaya hanya pakaikan Fawwaz pampers bila mahu tidur tengah hari dan waktu mahu pulang.
Alhamdulillah, Fawwaz ok. untuk minggu pertama tu 2 kali juga terlepas kencing.
Ada sekali tu, hari Rabu..teacher cerita pada Ibu.
Waktu semua kawan-kawan Fawwaz tengah main-main, Fawwaz duduk senyap-senyap di celah meja dan kerusi makan.
Bila cikgu tanya, Fawwaz buat ape tu?
Fawwaz kata, "Teacher, Fawwaz kencing.." sambil pada tu dah basah dah lantai...

Teacher bawa Fawwaz ke toilet, sambil Fawwaz terkepit-kepit
tiba-tiba dah nak sampai toilet, tup! seketul dot dot dot jatuh dari seluar Fawwaz!
Fawwaz : "Alamak..terjatuh pulak benda ni teacher"..sambil tersengih-sengih
hahaha!
Sabar jelah.

Tu kejadian minggu pertama potty training di sekolah Fawwaz.
Selain dari tu, alhamdulillah ok. Cikgu-cikgu banyak membantu.

Selepas seminggu potty training, saya dan cikgu berpendapat tak perlu dah pakai pampers sebelum balik.Untuk elakkan Fawwaz confuse.
So, pakai pampers bila nak tidur sahaja.

Minggu lepas pula (minggu ketiga), lain ceritanya.
Dengan confidentnya tak pakaikan Fawwaz pampers masa nak balik sebab dah siap-siap buang air sebelum balik.
Hari tu hari Jumaat.
As usual, traffic jam memang lain dari biasa.

Tapi, kali ni lain dari biasa yang betul-betul lain punya!
selalunya paling lama pun dari pejabat ke rumah, dalam 40 minit (kalau tak jem langsung 15 minit).
Sekali Jumaat lepas punya traffic jam, 2 jam baru sampai rumah!

Masa dah nak sampai rumah (tapi tak tahu pukul berapa boleh sampai sebab traffic stand still..) tiba-tiba saya terfikir, janganlah Fawwaz nak terkencing. Minta-mintalah sempat sampai rumah.

Selang berapa saat dengar Fawwaz panggil dari seat belakang, 
"Ibu, Fawwaz nak berak...."
Ibu panik.
Pampers memang ada standby dalam beg, tapi traffic kiri kanan tak bergerak.
Fawwaz dalam baby seat kat belakang..
Lepas negotiate dengan Fawwaz kot boleh tahan sekejap lagi, walaupun tak tahu sekejap tu berapa lama...

Negotiation failed.

Ibu redha jelah, sambil turunkan tingkap nak ambil oksigen sikit, mujur hujan dah berhenti.
Fawwaz : "Ibu, kenapa Ibu turunkan tingkap?"
T____T

Hehe. Pengalaman potty training Fawwaz, macam-macam cerita kelakar.
Walau apapun berlaku, alhamdulillah Allah permudahkan.
Fawwaz akan beritahu setiap kali nak buang air.
Dan setiap kali buang air tu lah akan keluar ayat dia dengan penuh bangga...

"Ibu, Fawwaz dah besar".
Sambil sedikit kembang hidung =)



No comments: