Kelmarin, ternampak ada orang share pelbagai resepi di facebook.
Bagusnya timeline di facebook ni, bila orang share-share resepi, kita pun terkena sekali tempiasnya. Parking dulu katanya,buat kemudian or buat tak buat, lain ceritanya.
Dalam banyak-banyak resepi, ternampak pula resepi aiskrim goreng. Nampak sangat mudah juga nak buat.
Saya ni bukanlah peminat tegar aiskrim goreng..pernah makan sekali je di restoran Homst di TTDI. Itu pun saja mencuba, tapi saya dan suami rasa biasa-biasa sahaja, taklah menarik mana pun.
Entah kenapa, semalam terdetik nak cuba.
Since aiskrim memang ada dalam stok, minta tolong suami belikan roti putih.
So ni cara-caranya,
Ambil apa-apa bekas tupperware kecil (tak kisah bentuk apa) untuk bentukkan roti. Di sini saya pakai bentuk bulat. Buat seperti di bawah.
Kemudian akan jadi macam ni...
Buat dua keping. Kemudian, tekan-tekan sikit bahagian tengah untuk bagi ruang letakkan aiskrim..
Letakkan aiskrim..ikut flavour kegemaran masing-masing..
Saya letak aiskrim chocolate, sebab ni kegemaran dan ni yang ada dalam stok..
Awalnya tak berani nak letak banyak-banyak, sebab dalam resepi tu bagitau jangan letak banyak sangat sebab takut aiskrim tu terkeluar masa menggoreng..so ni cuba jaya dulu..
Lepas tu, tekapkan roti yang satu lagi di atas roti yang dah diletakkan aiskrim tadi..
Untuk tutupkan bahagian tepi supaya isi tak terkeluar, tekan-tekankan dengan garfu..
Ni lah hasilnya, siap untuk digoreng!
Saya suggest masa sebelum proses terakhir nak tekap-tekap garfu ni, sambil-sambil tu dah boleh start panaskan minyak dengan minyak yang sedikit..
Sebab masa proses ni saya belum start panaskan minyak, dalam masa yang sama takut aiskrim dalam roti tu cair..
So masa goreng tu minyak tak berapa panas sangat, so jadi tak berapa garing..
Oleh sebab tukang try and error (saya-lah tu!) panik dan excited..lepas goreng terus berlari ke ruang tamu minta tukang rasa (suami dan anak) ready untuk terus makan..hmm..not bad.
Batch pertama tak sempat ambil gambar dah ngap..
So ni batch kedua, garing sikit sebab dah tau kena panaskan minyak siap-siap supaya luar tu lebih garing..
Kena makan cepat-cepat lepas goreng tu, sedaplah garing-garing then dalam tu sejukk je aiskrim..nyam nyam.












No comments:
Post a Comment