Saturday, January 2, 2016

Tahun Baru 2016 dan berjalan-jalan ke selatan tanah air :)

Selamat Tahun Baru 2016 semua!
Didoakan supaya kita semua sentiasa dilimpahi berkat dari Allah SWT,terus berusaha dalam meningkatkan iman, sama-sama menjadi hamba Allah yang taat di atas perintahNya..Amin.. :)

Apa khabar semua?
Lama bercuti? Saya dan suami,alhamdulillah..lama juga :)
Menghabiskan cuti-cuti terkumpul,kami pulang ke Johor,melawat atuk, nenek dan saudara mara di Kluang.


Alhamdulillah atuk dan nenek sihat,atuk..tahun lepas walau berulang kali keluar masuk hospital,masih gigih ke sana ke mari. Bawa kereta ke sana sini, walau kaki tidak sekuat mana.
Nenek pun sihat alhamdulillah, tersenyum manis gembira anak-anak dan cucu pulang ke kampung.
Atuk nenek mana yang tak gembira,kan? :) alhamdulillah

Kemudian, 27 Disember kami ke Johor Bahru. Hajat di hati kotlah boleh singgah ke Singapura terpaksa dilupakan, kami lupa bawa passport. Excited punya pasal.

Tiba di Johor Bahru dalam pukul 2.30 petang.

Terus cari tempat makan,teringat tahun 2010 dulu pernah makan mee rebus sedap di 1 kedai makan ni. Tak ingat nama kedai dia,tapi yang saya ingat berdekatan dengan kubur Islam.
Google punya google,jumpa!

Restoran ZZ sup tulang! Kira-kira 5 minit dari hotel kami :)

Tadaaaa!! Mee rebus daging. Hakikatnya bukan ni saja saya makan.
Alhamdulillah..sedap sangat


So keesokan harinya kami awal pagi selesai sarapan, bergerak ke Nusajaya, ke Puteri Harbour,tempat kanak-kanak bersuka ria

Tiba jam 9.45 pagi.
Tiket ke sini telah kami beli di promosi Matta Fair beberapa bulan yang lalu,di PWTC.
2 orang dewasa RM 160 untuk kedua-dua tempat Hello Kitty dan Big Club. Kanak-kanak,percuma :)

Ni senarai aktiviti-aktiviti di sana



Untungnya kami,orang tak berapa ramai, mungkin sudah sedikit surut dari cuti Krismas tempoh hari.
Untung juga dapat bergambar Meet and Greet dengan watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak seperti Bob the Builder,Barney, Pingu, etc kerana kami tiba awal.






Paling menjadi favourite si kecil Fawwaz dah tentulah Thomas and friends!


      Ni antara aktiviti/permainan yang ada kat sana.
       Basically permainan yang disediakan memang sesuai untuk kanak-kanak yang masih kecil macam umur Fawwaz.





          Ayah je yang main lebih..hehehe :)


Tiket yang kami beli..kami dapat keluar masuk sesuka hati, untuk seharian.
Tapi tiada apa sangat di luar melainkan beberapa (tak banyak) kedai makan, andaikata tak mahu makan di dalam (yang mana harganya agak mahal).

So kami keluar sekejap untuk makan,dan sambung semula.






Ada khidmat jurugambar di sana.
Kami ada ambil beberapa gambar tapi masa nak balik tu kami terus balik..
Lupa langsung nak pergi check hasil-hasil gambar dekat photo booth tu :(
Tak ada rezeki, alhamdulillah ada yang dalam phone.

Kami tak tunggu sehingga habis jam 5.30 petang,last show kesemua kartun-kartun tu..

Ni lah hasil kepenatannya si kecik ni


       Malam tu kami ke Banaffe Village, tempat makan..selepas dapat beberapa recommendation dari sahabat dan google..

        Si kecik penat sangat sampai tak larat nak makan..


       Nasi ayam penyet yang dikatakan sedap sangat sambalnya..memang sedap!

      Suami makan nasi goreng ikan masin dan sup tulang..sup tulang pun sedap.


Orderkan roti canai untuk Fawwaz sebab dia tak nak makan nasi..pun sedap jugak.
 Ibu ayah juga tukang habiskan..hehe

So,keesokan harinya..kami tiada plan apa-apa.
Sekadar go with the flow..maka kami decide untuk pergi melawat Rumah Sri Kenangan,Johor Bahru...

Sesiapa yang pernah baca pengalaman saya buat CSR di sini selama 2 minggu pada tahun 2010, pasti ingat sejauh mana pengalaman ini sangat terkesan di hati saya :)


Sempat kami berbual-bual dengan petugas di sana,En. Hafiz.
Puan Faiza,pegawai yang bertugas sewaktu kami CSR di sini telah setahun berpindah kerana naik pangkat.

Rumah Seri Kenangan yang menyimpan seribu kenangan untuk saya dan sahabat-sahabat :)
Semiga penghuni dan petugasnya kekal sihat sejahtera,amin..

Habis melawat,suami tanya..mahu ke mana lagi? Saya kata tak tahu..kemudian suami tanya lagi,tak nak makan kacang pool?

Wahh..memahami sungguh isteri yang suka makan ni :)

Jadi kami ke Kacang Pool Haji, selera makan Larkin..
There you go..
Sedapp,alhamdulillah :)





Kami kemudian terus bergerak pulang ke KL.

Hampir setengah jam menghampiri exit Melaka, kami membuat keputusan untuk singgah semalaman di Melaka.
Masih teringat pengalaman pertama bawa Fawwaz jalan-jalan pada umur 6 bulan ke Melaka :)

Check-in dalam jam 6.30 petang.

Selepas maghrib, kami keluar untuk makan malam.
Hajat nak ke kedai Claypot Asam Pedas Jalan Laksamana (hasil recommendation sahabat saya,Ramizah) tak tercapai sebab kedai tutup.

Maka kami ke kedai asam pedas di hadapan kedai Claypot, kedai Asam Pedas Pokok Besar namanya..

Oklah, not bad :)


Asam pedas ikan pari.

Since Fawwaz dah cukup tidur..kami teruskan berjalan-jalan sekitar Melaka.

Dulu masa datang Melaka waktu Fawwaz kecil lagi, tak berapa berjalan sangat..sebab baby Fawwaz asyik tidur je.hehe

So, berbeca lah kami.
Fawwaz lebih excited tengok deco Capten America tu je

RM25 untuk jarak yang dekat, RM50 kalau nak jauh sikit berbeca..




Keesokan hari,selesai check out, kami berjalan-jalan lagi.

Naik Menara Taming Sari dan ke Zoo Melaka :)





Lepas tu..kami pun balik KL :)





No comments: