Friday, January 29, 2016

Resepi : Bebola ikan

Saya bab memasak mestilah nak yang mudah-mudah saja.

Yang complicated tak berapa rajin sangat nak masak.
Wan Ahmad Fawwaz sejak boleh makan, memang suka makan fish ball soup. Suami pun suka makan makanan bersup.
Beberapa kali juga saya pernah buat fish ball sendiri.
Kadang kala makan di luar, untung dapat yang sedap, alhamdulillah. Kadang-kadang, tak berapa memenuhi tekak sendiri juga.

Jadi, semalam selepas suami pulang dari membeli di pasar malam, saya pun buat fish ball. Boleh buat sup, untuk makan malam dan bawa bekal ke pejabat esok.

Caranya mudah saja.

Asingkan isi ikan. Saya gunakan isi ikan tenggiri. Kali ni saya pakai dalam 4 keping isi ikan tenggiri.


Masukkan dalam blender atau food processor.

Masukkan sekali tepung jagung anggaran 2 sudu kecil, garam dan lada putih.
Saya tambahkan dengan daun bawang.



Blend punya blend. Sedang elok langsung tiba-tiba tak jalan plak processor ni. 
Entah kenapa..


selepas blend, keluarkan dan masukkan dalam bekas. kepal-kepal dan baling-baling dalam bekas untuk jadikannya lebih padat.



sediakan bekas berisi air sejuk, untuk kita masukkan selepas bentukkan bulat-bulat. Basahkan tangan untuk elakkan bahan-bahan melekat di tangan.


Sambil itu, panaskan air dalam periuk, untuk proses merebus. Rebus sehinggalah bebola ikan timbul seperti di bawah.


Saya kemudian terus buat sup. Untuk makan malam dan bawa bekal ke pejabat keesokan harinya.
Gunakan semula air rebusan bebola ikan tadi..sedapnya.


Alkisahnya malam itu jam 3 pagi, badan Fawwaz panas yang amat. Suhu mencecah sehingga 38.8 C. Kasihan anak soleh. Ibu tak pergi kerja dari hari Rabu hingga hari ini (Jumaat) menjaga Fawwaz.

Doktor kata sekarang musim demam panas akibat Influenza B. Jadi, lauk keesokan harinya Ibu buat bubur dan makan dengan sup fish ball.


Alhamdulillah selepas 3 malam, sejak pagi tadi 9 pagi, suhu badan Fawwaz beransur turun. Cuma batuk dan selesema sikit.
Semoga anak soleh terus sihat dan cergas, amin..


No comments: