Tuesday, March 7, 2017

Kursus Pengajian Al-Quran




alhamdulillah setelah hampir 3 tahun graduate pada hujung tahun 2014, kali ini saya menjejakkan kaki semula ke menara gading. 

Kali ini saya mengikuti kursus Pengajian Islam yang di tawarkan di Universiti Malaya (UM).

Sebelum ni memang dah lama berniat nak ambil kursus ni, semenjak berbual dengan seorang sahabat saya di MIDA. Dia beritahu yang dia pernah ikuti kursus ni. Yang menarik perhatian saya (selain kursus yang memang saya berhajat untuk ambil), kelasnya sangatlah memudahkan golongan-golongan bekerja dan telah berkeluarga ni. Komitmennya bukanlah seperti waktu belajar zaman Ijazah dulu. Yelah, dah namanya pun kursus kan? 2 jam setiap Sabtu, kursus selama 4 bulan. Kedatangan mengikut availability, mahu ambil exam atau tidak, boleh pilih. Best, kan? 

Selain tu, faktor-faktor lain juga di ambil kira, dah dekat dengan rumah, mudah, paling penting, harga yang sangat-sangat berpatutan,niat dan restu dari suami. Terima kasih suami kerana sangat supportive.Nak dijadikan cerita, minggu lepas dengar iklan tentang kursus Pengajian Al-Quran ni dalam radio. Terus lepas tu check kat website dia.

Basically dalam Akademi Pengajian Al-Quran ni ada 7 kursus, seperti dalam gambar. Kita boleh pilih ikut mana yang kita mahu. Setiap kursus ni pun ada modul masing-masing. Bermula dari modul 1 (4 bulan), dan kalau berminat untuk sambung ke modul seterusnya boleh mendaftar pada semester akan datang.  Sesiapa berminat nak belajar tentang Al-Quran, Al-Hadith, Pengajian Al-Quran secara pantas, nak belajar menghafal 30 juzuk Al-Quran, boleh berdaftar di sini Kursus Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah UM.


Alhamdulillah, kelas pertama dah mula minggu lepas. Saya ambil kursus pengajian Al-Quran (KPAQ). Excited sangat rasanya. Ustaz Phuzi Usop dari UIA yang mengajar untuk 4 minggu ini. Cara mengajarnya mudah difahami untuk saya sebagai first-timer. 4 subjek untuk KPAQ Modul 1 ni merangkumi Bahasa Al-Quran, Hukum Tajwid, Ulum Al-Quran dan Tafsir Ayat Ahkam. Bawah ni senarai subjek dalam setiap modul. Untuk kali ini, seramai kira-kira 100 orang pelbagai golongan dalam kelas ni.




Sesiapa yang berminat, boleh layari website yang saya share tadi. Jom sama-sama perbaiki diri dan bacaan Al-Quran terutama dalam solat kita. Semoga bermanfaat!

No comments: