Harini 7 Mac 2016 (bergantung pada tarikh saya post ni) seperti biasa ada tazkirah Zohor di pejabat.
Kali ini tajuk tazkirah "Di sebalik ayat, ada hikayat" oleh Ustaz Dr Shauqi Othman.
Ustaz Shauqi berkongsi tentang tafsir Surah Al-Fatihah.
Points yang sempat saya catatkan :
Al Quran kalamullah yang mempunyai mukjizat yang paling hebat;
Juga dipanggil As Sab'ul Matsaany yang bermaksud 7 ayat yang diulang-ulang.
Diturunkan di Mekah, Al-Fatihah maksudnya pembukaan kepada kitab Al Quran. Disebut juga sebagai umul Quran iaitu induk kepada Al Quran, juga sebagai As Syifa' (ayat penyembuh).
Pelbagai pendapat bagi setiap mazhab tentang surah Al-Fatihah ini. Untuk mazhab Shafi'e, 7 ayat tersebut adalah bermula dengan Bismillahirrahmanirrahim, maka adalah wajib membaca basmalah ketika membaca Al-Fatihah. Sedangkan mazhab yang lain pula ada berpendapat bahawa 7 ayat tersebut tidaklah termasuk basmalah tetapi tetap 7 ayat.
Seperti contoh mazhab Hambali, adalah sunat membaca basmalah. Ustaz Shauqi memberi contoh imam ketika di Mekah mengimamkan solat terus membaca Al-Fatihah tanpa basmalah, adalah dibolehkan dalam mazhab Hambali kerana sunat dan dibacakan basmalah dengan nada perlahan.
Tiada solat melainkan orang yang membaca Fatihah, betapa pentingnya surah Al-Fatihah ini ianya termasuk dalam rukun Qauli. Perkara baru yang saya belajar hari ini. Dulu masa sekolah tahun rukun solat ada 13 je. Tak tahu yang ianya dibahagikan kepada kategori. Rukun Qauli ni maksudnya tidak mengeraskan suara, atau tidak membaca dengan kuat, hanya dengan nada suara yang boleh didengari sendiri. Rukun Qauli ini ada lima iaitu:
1) takbiratul ihram
2) membaca al-Fatihah
3) membaca tahiyat akhir
4) membaca salawat ketika tahiyat akhir; dan
5) salam yang pertama
Lafaz isti'adzah (A'uzubillahiminassyaitonirajim) adalah sunat.
Dalam melakukan apa jua perkara disunatkan untuk membaca atau dimulakan dengan Basmalah.
Basmalah juga menjaga diri kita, "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani".
Ustaz juga beritahu kita untuk mengenali sifat-sifat Allah itu.
Ar Rahman (Yang Maha Pengasih) - yang memberi nikmat yang agung-agung dan pengasih di dunia, dan
dan Ar Rahim (Yang Maha Penyayang) - pemberi kenikmatan di luar jangka dan penyayang di akhirat.
Kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang Istidraj, yang tidak bersyukur dan tidak percaya yang rezeki itu diberi oleh Allah. Yang hanya claim segala perkara (kemewahan, darjat, pangkat, kekayaan) hanyalah dari hasil titik peluh dan usaha mereka semata-mata, tanpa kuasa dari Allah. Yang percaya bahawa mereka mampu dapat apa yang mereka mahu di dunia tanpa perlu solat dan menyembah Allah swt.
Perlu diketahui yang Allah adalah Maha Pengasih, dia tidak membeza-bezakan rezeki di dunia ini untuk orang-orang Islam mahupun kafir, yang beriman, mahupun yang musyrik ataupun yang degil. Rujuk semula maksud Ar-Rahman..memberi nikmat dan pengasih di dunia.
Sifat Ar-Rahim, walau bagaimanapun hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan terpilih sahaja yang akan mendapat anugerah dari Allah di hari akhirat kelak.
Mashaa Allah. Perkara baru yang saya baru belajar juga. Semoga Allah berkati ilmu yang saya baru pelajari ini.
Alhamdu - segala pujian bg Allah. Kita wajib memuji Allah, dan kepujian hanya milik Allah;
Lillahi - hanya untuk Allah;
Rabb - mengorganisasi atau menyusun;
Al Alamin - sekalian alam (semuanya di alam ini selain Allah). Allah yg meguasai dan mentadbir Al Alamin.
Ada beberapa persoalan yang timbul, yang bestnya Ustaz ni bagi siap-siap no telefon dia di awal tazkirah supaya sesiapa yang ada soalan boleh bertanya terus melalui whatsapp dan Ustaz akan jawab on the spot.
Dalam mazhab Shafi'e, adalah sunat untuk Imam berhenti seketika (pause) selepas membaca Fatihah, untuk memberi ruang kepada makmum untuk membaca al-Fatihah.
Soalan lain oleh audience, sama ada boleh atau tidak wanita yang uzur membaca surah Al-Fatihah ketika haid? Jawapannya boleh kerana al-Fatihah juga sebahagian dari zikir, surah-surah amalan kita. Sama seperti surah 3 qul yang di baca sebelum tidur, ataupun doa menaiki kenderaan (sebahagian dari Surah Al-Zukhruf ayat 13-14) yang dijadikan amalan.
Iyya - hanya kepadaMu ya Allah
na' budu - yg kami sembah. Kita mentauhidkan Allah
wa iyya - dan hanya kepadaMu
nas ta'in - memohon pertolongan
Istimewanya manusia ciptaan Allah:
1)Ilham semulajadi, 2)Hawas (pancaindera), 3)Aqlu (hidayah Akal) -Allah muliakan bani Adam dprd haiwan 4)hidayatuddin - hidayah kena dicari 5)hidayataufik - hidayah taufik
Semoga bermanfaat untuk semua. Yang baik datang dari Allah dan sebarang kelemahan dari penulisan dan catatan ini adalah dari saya sendiri.
No comments:
Post a Comment