Monday, March 27, 2017

Tazkirah oleh Ustaz Mohd Puhzi Yusof, berkenaan kenduri Tahlil arwah,25 Mac 2017,UM

1) Kenduri tahlil arwah hanyalah budaya sesetengah orang Islam dan bukanlah sunnah Rasulullah saw;  

2) Tugas atau  tanggungjawab jiran tetangga atau sanak saudara utk menyediakan makanan/ membantu keluarga yg kematian ahli keluarga;  

3) Bukan tanggungjawab/tugas keluarga yg ada kematian utk menyediakan makanan kpd tetamu kerana ianya bukan sahaja membebankan ahli keluarga itu sendiri,malah takut tetamu termakan harta anak yatim (terpaksa menggunakan duit anak si mati, atau meminjam wang utk mengadakan kenduri);  

4) Kita tahu bahawa amalan seseorang manusia akan terputus selepas nyawanya di ambil Allah melainkan 3 perkara iaitu :

(a) sedekah jariah;
(b) ilmu yg bermanfaat; dan 
(c) anak yg soleh;     
                                 
5) Sekiranya kita sebagai ahli keluarga yg kematian ahli keluarga, berniat utk mengurangkan beban si mati,adalah lebih baik kita tolong dari segi: 

(a)membayar hutang piutang si mati;
(b)membayar hutang puasa si mati sewaktu si mati masih hidup, dan 
(c) menunaikan haji utk si mati. Kemudian dengan lebihan duit tersebut bolehlah di buat kenduri tahlil.

Semoga bermanfaat.

No comments: