Saturday, January 18, 2025

Eritrea

Pernah dengar tentang negara bernama Eritrea?

Beberapa minggu lepas, kami mendapat jemputan meraikan kawan Malaysia yang akan pulang ke Malaysia, di kompleks Tabung Haji.

Dalam perjalanan, kami ternampak satu bangunan berwarna krim pucat, bersaiz sederhana dan agak malap, tertulis Konsulat Eritrea.

Anak saya kata, ini kali pertama dia mendengar nama negara tersebut. Sama juga buat saya dan suami.

Dijadikan cerita, minggu lepas, saya bersolat di ruang solat wanita sementara menunggu anak saya berlatih bola.

Di dalam bangunan tempat saya bersolat itu lengkap, ia sama seperti pusat komuniti di Malaysia, lengkap dengan pejabat urusan akademi bola, dewan sederhana besar dihiasi dengan sofa dan karpet yang cantik, yang mana ruang tersebut dijadikan tempat menunggu atau solat atau aktiviti2 berkaitan.

Di tingkat bawahnya juga kadangkala ada kelas untuk kanak-kanak berusia kira-kira 5-6 tahun. Manakala di tingkat atasnya ada ruang-ruang khas untuk aktiviti bagi kanak-kanak atau remaja wanita yang boleh digunakan untuk program sendiri seperti mewarna, crochet, arts & craft, salon wanita bersaiz kecil, surau, dan ruang membaca yang dipenuhi dengan buku-buku bahasa Arab.

Untuk ke surau, saya akan melalui tempat-tempat di atas. Tandas-tandas di dalamnya bersih, sentiasa ada pekerja untuk membersihkan kawasan tersebut.

Oh ya tak dilupakan swimming pool di bahagian bawah.

Beberapa kali saya ke surau, ada beberapa pekerja - tukang bersih dan pekerja salon yang pernah bertegur sapa. Soalan biasa yang mereka tanya dari mana dan apa tujuan saya di sini. Selepas beritahu yang saya menunggu anak latihan bola, baru mereka faham.

Kerana tempatnya khas untuk pekerja di situ, jadi memang setiap kali ke surau di sana saya akan terserempak dengan mereka.



Ruang solat di tingkat atas.

Pada hari tu, selesai saya solat Asar, pekerja di situ menyapa saya. Bercampur-campur berbahasa Inggeris dan sedikit Arab, dia tanya saya. Malaysia? work here?

Kerana tidak ada kesempatan berbual panjang sebelum ni, saya pun tanya dia dari mana. Agak sukar untuk saya berteka dia dari mana.

"I'm from Eritrea", ujar wanita yang agak berumur tersebut. Saya jangka umurnya dalam awal 60an.

Saya terdiam. Kemudian bertanya lagi dimana.

"Eritrea, you know near Ethiophia, Sudan."

macam pernah dengar nama tempat ni, ujar saya dalam hati.

"Is it far?" tanya saya.

"not far, only 45 minutes by air plane from here. only cross the Red Sea"

mashaa Allah terkejut saya. 45 minit?lebih dekat dari Riyadh, dalam negara sendiri.

saya bertanya lagi, "is it nice in Eritrea?"

"last time, yes. now no. now war many times". Riak mukanya nampak sedikit sedih.

kami berbual mesra.

Pardon my geography, Allahuakbar.

Sama seperti pendatang dari negara luar di Malaysia, tujuan mereka berhijrah ke sini untuk mencari rezeki, peluang yang lebih baik dari negara mereka yang sedang bergolak. Wanita tersebut bertanya sekiranya saya memerlukan tukang cuci/kemas atau cleaner, katanya kakaknya sedang mencari kerja.

Kami terus berbual, saya bertanya sama ada negara Eritrea adalah negara Islam. Katanya penduduk negaranya 50 Islam dan 50 Kristian.dan kerajaannya dikuasai oleh Kristian.

Eritrea adalah negara di sebelah timur Afrika. Dipisahkan dengan Saudi dan Yaman melalui Laut Merah, tapi kedudukannya lebih ke sebelah selatan Saudi. Subhanallah.

Dia bertanya saya, Malaysia jauh kan? 

9 jam, kata saya.

Pheww...reaksi dia. Hehe

Kerana dalam fikiran saya, selalu membayangkan bahawa negara-negara Afrika ini jauh. Masa belajar Geografi di zaman sekolah, tidak pernah terbayangkan betapa jauhnya tempat-tempat ni, sedangkan Allah menetapkan rezeki saya berhijrah di negara-negara berdekatan ini Allahuakbar.

Sesungguhnya rezeki Allah di mana-mana. 

Alhamdulillah rezeki Allah bagi pada saya untuk berjumpa dengan orang dari Eritrea. Pasti ada hikmahnya.


Lokasi di antara Eritrea dan Jeddah yang hanya dipisahkan oleh Laut Merah




No comments: