Saturday, January 17, 2026

16.1.2026

Hari ini Jumaat, kami ke Masjidil haram.

Kami gerak ke Jeddah selepas solat Jumaat, pengalaman sebelum ni, trafik lebih lancar dan parking berdekatan dengan masjid lebih mudah selepas solat Jumaat. Atau sebaiknya datang awal pagi sebelum jam 10 pagi, kerana jalan masuk berdekatan Haram akan ditutup dan parking juga sangat terhad.

Cadangan asal kami untuk bermalam di sini, tetapi kemudian kami tukar pelan dan balik hari sahaja.

Minggu ini minggu cuti saya, saya tak boleh masuk ke masjid. Hanya di luar sahaja. Ambil kesempatan waktu mustajab doa selepas Asar di hari Jumaat, cuaca yang sangat aman, subhanallah.


Sementara menunggu suami dan anak d masjid, saya duduk di kawasan food court di Menara Jam. Duduk di meja besar seorang, datang sekumpulan wanita berumur duduk semeja dengan saya. Saya terus dengan urusan saya manakala mereka sedang menikmati hidangan mereka. Aman.

Selang beberapa minit kemudian kami bersembang santai. Mereka, kira-kira 7 orang semuanya berasal dari Algeria. Kata mereka sekarang musim sejuk di Algeria, cuaca sekitar 7 ke 10 darjah celcius. Ada di kalangan mereka kata pernah ke Malaysia 7 tahun lepas, ada yang bekerja sebagai Physician, dan macam-macam lagi.

Sembang santai yang sekejap, tapi seronok. Alhamdulillah.


No comments: