orang yang bersemangat memang macam ni
samalah macam orang yang baru bercinta
asik nak cerita tentang kekasih hatinya.
macam aku nak cerita tentang dunia baru yang baru nak mula ni..
belajar jahitlah kan.
aku just nak kongsi apa yang aku dapati hasil daripada pemerhatian beberapa hari dan minggu yang lepas..
masa baru terdetik hati nak belajar menjahit,ada jugak aku try cari kat youtube video2 yang mungkin boleh membantu untuk belajar jahit ni...
almaklumlah,zaman teknologi ni mcm2 kita boleh dapat melalui internet.
kotlah tak perlu masuk kelas,boleh belajar dari youtube je.
tapi tak banyak,ehem.tak ada kot video tentang teknik membuat baju kurung..atau aku yang terlalu meletakkan harapan yang tinggi supaya ada orang membuat video cara2 menjahit baju kurung dari A sampai Z.
maksud aku,tiada yang dapat membantu aku orang yang buta jahit ini untuk belajar menjahit sedari awalnya.
dan kerana itulah aku memilih untuk attend kelas menjahit.
berbeza dengan bukan rakyat Malaysia.
banyak video2 cara2 untuk menjahit ditepekkan di youtube
sarung bantal,baju kanak2,macam2lah.
sebab orang luar tak pakai baju kurung,so aku tak expect akan ada lah video seperti itu.
adakah mungkin kerana kurangnya pendedahan rakyat Malaysia untuk menggunakan youtube untuk berkongsi ilmu atau mungkin ianya akan menjejaskan perniagaan dalam bidang jahitan?
setelah kelas pertama minggu lepas,selepas belajar membuat pola dan potong kain...
aku cuba untuk menggunakan google,untuk mencari contoh2 pola yang lain.
mane tahu lepas ni boleh bergerak sendiri,kan?
ternyata,memang tak banyak yang 'berani' meletakkan pola2 menjahit di internet.
kebanyakannya masih menggunakan teknik menjual buku,menjual tutorial dan menjual video2 untuk belajar.
aku masih ingat satu ketika dulu,dalam 5 tahun yang lepas
di mana waktu itu satu trend penjualan buku online di pasaran kita
buku2 seperti Cara2 menjadi photographer yang baik (belajar skill fotografi dlm erti kata yang lain), cara2 menjadi penulis yang baik,cara2 menjadi agen hartanah yang up-to-date,cara2 membuat marketing di internet,macam2lah!
kesimpulannya pada waktu itu orang menghasilkan produk (buku atau video) untuk menjual kemahiran masing-masing.
tapi itu hanyalah 5 tahun yang lepas.
sekarang?semuanya semudah klik google.
sehinggakan membuat banana shake yang mudah pun ada (ini pun aku dan en.S tengok kat youtube jugak).haha
tak usah cerita tentang video2 yang lainlah.
punyalah berbeza zaman dulu dan sekarang,yang hanya beza 5 tahun.
berbalik semula kepada cerita mendapatkan pola2 di google.
pada pendapat aku,mungkin rakyat Malaysia masih lagi belum didedahkan dengan perkara2 ini,berkongsi ilmu di Internet.
(tapi aku boleh je jumpa cara2 mengikat rambut oleh remaja Melayu-hanya dilakukan di tepi jalan,semudah itu!)
atau mungkin,tidak mahu berkongsi lagi?boleh mengakibatkan kerugian mungkin.
bukanlah bersangka buruk,cuma "just part of my view".
sehinggalah aku terjumpa satu blog.
yang share kesemuanya,maksud aku basic tentang ilmu menjahit.
segalanya diletakkan di blog untuk rujukan orang baru seperti aku.
juga dibuka kepada soalan kepada sesiapa yang punya persoalan.
alangkah mulianya hati dia.
setelah dibaca2 dan klik menjadi follower,ada satu entry 3 bulan lepas,entry yang terakhir oleh sang penulis mengatakan bahawa itulah blognya yang terakhir dan terus sepi tanpa khabar berita.
aku dan pengikut lain pun tak tahu ke mana perginya sang penulis.
walau bagaimanapun,terima kasih kepada Solehah di atas ilmu2 yang dikongsi bersama.
semoga anda sentiasa berada di bawah rahmatNYA.
Amin.
No comments:
Post a Comment