Wednesday, January 12, 2011

Stail belajar ... Learning Styles

hai semua,sorrylah tajuk harini agak skema sket.
but harini aku just nak cerita2 tentang learning style.
it just suddenly pop up dalam kepale aku selepas aku mcm agak pening2 ayam selepas aktiviti2 membaca yang telah mula dilakukan sejak di tempat baru sedari awal minggu lepas lagik.

korang pernah buat kuiz tak,or attend any seminar ke,kelas ke,motivasi meningkatkan daya pembelajaran yang berkesan ke..tak kisahlah waktu sekolah ke,masa kat uni ke dsbnya?

dalam pada tengah baca mcm2 benda seminggu kebelakangan ni..aku perasan satu perkara.
aku bukanlah insan yang jenis belajar hanya dengan membaca.
maksud aku,kalau nak belajar..nah hambik 10 buku,ko bacelah dan fahamlah sendiri.
sebab aku perasan setiap kali membaca,aku akan baca line yang sama berulangkali dan cuba meyerap lalu menelan supaya maklumat2 tu terus sampai ke otak dan cuba untuk mengingat.
dan bila aku test diri sendiri,aku tak tahu pun ape yang aku baca.
maka aku teringat mcm mane aku belajar masa kat uni dulu..
mcmane gigihnya aku membaca buku management yang setebal2 alam,habis buku tu aku highlightkan dgn color pink,kuning,oren,hijau..yang setiap tajuk tu aku akan buat mindmap bermula dari objektif setiap bab..huh!memang gigih!
aku tahu aku bukanlah insan yang belajar dgn cepat,tapi itulah kaedahnya.

dan teringatlah aku dulu presiden mpp sesi 2002/03 abang Zulfadli yang pernah timbulkan tentang kaedah pembelajaran yang berbeza bagi setiap manusia -

1.visual learner (orang yang belajar dari melihat)
2.auditory learner (orang yang belajar dari mendengar)
3.kinesthetic learner (orang yang belajar dari perlakuan)

kan berbeza?

so antara ciri-ciri dan karakter-karakter manusia di atas adalah (ni sume aku google je) :

Orang visual-
-bagus dalam mengeja,tapi cepat lupa nama
-perlu belajar dalam keadaan yang sunyi dan aman
-mengambil masa untuk memahami apa yang dipelajari
-minat warna dan fesyen
-memahami/lebih menyukai pembelajaran menggunakan carta
-good in sign language.

Orang auditory-
-perlu membaca dengan kuat untuk lebih faham
-tidak takut untuk buat presentation depan orang
-bagus dalam oral report
-bagus dalam memberi penerangan dan mengingati nama orang
-peka pada bunyi2 dalam movie
-minat muzik
-bagus dalam grammar dan bahasa asing
-tak boleh senyap dlm jangka masa yang lama
-menggemari lakonan dan berada di atas pentas
-bagus dalam study groups.

Orang Kinesthetic
-bagus dalam sukan
-tak boleh duk diam lame2
-tulisan tangan tak cantik
-suka belajar dlm science lab
-belajar dlm keadaan muzik kuat
-gemar menari, martial arts
-suka buku2 yang adventure,movie2 yang adventure jugak.

aku ade sorang kawan ni,merangkap roomate aku mase blaja dulu.ddia ni jenis belajar dari ape yang dia dengar.
taklah rajin sangat mencatit nota dalam kelas, and belajar ala kadar je.
last minit, sebelum masuk exam bincang2 sikit ngan kengkawan..dia repeat balik ape orang tu bincang..terus ingat!
punyelah aku jeles..orang2 mcmni selalunya bagus dalam hafazan.

perkara ni bukan saje apply mase kita belajar secara formal mcm kt uni dulu..sekarang pun boleh.at least kite tau kita jenis mcmane.
mcm aku,aku akan ingat ape yang aku tulis.aku tulis,aku bace semula.walaupunlah tulisan tu paling buruk dlm dunia.

haha.
lepas google2 smalam psl hal ni,ternyatalah aku ni visual learner.walaupun kadang2 aku rase ade certain character dlm jenis yang lain..kalau korang nak tengok korang jenis ape,klik kat sini kuiz.
so ni keputusan aku

You are a very visual learner.
You probably use visual references a lot and say things like "I see now" or "I get the picture." You like to see demonstrations, diagrams, slides, charts, and other visual aids in the classroom. You take great notes and you probably use color coded highlighting. You could benefit by drawing outlines of your notes and creating pictures of processes or events that you study. Always write down explanations and instructions. Use flash cards when available.

2 comments:

Miss CJ said...

LOL!!

Aku teringat video Nisa for Tonggak 12 tu. Berkesan weyh utk masuk exam. Mmg aku ingat.

Ke yg ada ciri2 peserta cemerlang. Tu skali. Awie ada rakam kan?

FRSR said...

ahahahahah!
aku ade kt situ time rakaman sedang dijalankan tapi aku tengah sibuk dengan si mamaned dengar die buat ayat ntahape2 die tu utk "advantage of liberalisation" tak silap aku.last2 tak masuk exam ok.sekian.hahaha