Ini semua gara-gara nak mencapai Wawasan 2020 lah.nak memajukan negara.
nak letak negara di tempat yang setanding dengan negara-negara maju lain. nak memperkenalkan negara.nak meningkatkan ekonomi negara.nak negara luar kenal,siapelah dia negara Malaysia yang best tu.nak membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi negara.nak macam-macamlah.
gambar ihsan dari google.
korang sedia maklum dan sedia faham ke semua ni?
kenapa kerajaan beriya benar nak buat semua ni?
haa...kalau tak tahu ape benda ni semua,rajin-rajinlah membaca ya.
aku tak nak mengulas panjang tentang ni semua,sebab korang boleh google dan mungkin lebih arif dari aku tentang semua ni.
ape yang aku nak coretkan harini adalah,lepas korang baca semua ni..korang tak terasa ke nak menggunakan formula dan membina model yang lebih kurang sama untuk membangunkan diri sendiri pulak?
haaa...
kalau Perdana Menteri dah memperkenalkan National Key Result Areas, korang ade tak Personal Key Result Areas (PKRA) korang?
mungkin boleh menggunakan model yang sama,Model Ekonomi Baru..cuma diperkecilkan kepada skala yang sesuai untuk diri sendiri dan isi rumah?
konsep dia samelah mcm bajet..setiap tahun PM akan announce Bajet Negara..
berapa juta diperuntukkan untuk pendidikan,berapa banyak untuk pembangunan,untuk bantuan rakyat miskin,subsidi sana sini,macam mana prestasi ekonomi negara sepanjang tahun tersebut..
macam tuhla jugak kita.sure ada bajet berapa untuk bayar sewa rumah,berapa ringgit (ehem) untuk beli barang dapur, berapa untuk bagi mak bapak,berapa untuk pergi vacation..macam2lah.
(bukan semua orang buat bajet. ramai je aku rasa buat bajet dalam hati)
so okeh.
masalah aku sekarang ... yang aku boleh kaitkan kat sini adalah,ape yang perlu aku buat tatkala semakin hari kehendak aku semakin meningkat untuk membeli itu dan ini dikala peratusan pendapatan tetap meningkat lebih kurang?
cari duit lebih?join skim cepat kaya?unit trust?jadi agen hartanah?jual nasi lemak dan kuih muih?jual tudung online?
luas cabang rezeki Allah limpahkan pada kita sebenarnya,alhamdulillah.
mari aku cerita apa yang aku selalu hadapi kebelakangan ini.
1.Tahun ini banyak wedding (ini sebenarnya hanya alasan.tak banyak wedding pun buat jugak). maka aku ingin membuat baju baru (baju lama semua dah besar2 dari saiz aku sekarang,alasan lagi.).wedding tidak pernah membebankan aku,tidak pernah langsung.malah aku lebih berbesar hati untuk pergi ke kedai kain untuk mencari material.(hakikatnya banyak lagi kain pemberian orang dan yang dulu2 belum bertempah).tapi aku tetap bahagia ke kedai kain,sebut saja mana.
masalahnya tiba bila masa untuk menempah baju.err..bukan masalah.mungkin sedikit berdebar di hati.dalam kepala,mcm2 jenis design aku nak buat.walaupun hanya berakhir dengan baju kurung sahaja.(itu belum cerita tentang nafsu memilih material di kedai kain).
bila sudah membeli kain yang harganya...(mahal sikit takpe,sbb nak pegi wedding.bukan pakai selalu<---ayat dalam hati masa beli kain), maka ianya diikuti dengan ayat dalam hati semasa mahu menempah baju (dah beli kain mahal,mesti nak buat yang betul2 cantik punya.biar puas hati.choice?tailor yang sedap jahit dan sedap membayarnya juga,atau designer,ehem.banyak cantik).kan? ahh!bila taip je aku dah dapat aura stresnya.
apabila berhadapan dengan situasi di atas,maka muncullah ayat ini dalam hati lagi, "kan bagus kalau pandai menjahit." nak lebih hebat,"kan bagus kalau pandai jahit dan design baju sendiri". "aku nak buat baju mcm dlm majalah InTrend bulan lepas,atau lbh kurang rekaan designer yg aku suka.kalau pandai jahit,mungkin boleh". dan tiba2 terasa seperti ada angin meniup di telinga dengan membawa ayat2 tersebut "pegang mesin jahit pun tak pandai,design baju?uhuh!" Spoil mood btul.
baru satu.seterusnya ...
2. Aku dan En.S merancang mahu mencari rumah sendiri. rumah sendiri dalam erti kata aku,beli atau sewa yang dibayar sendiri.hehehe. baru2 ini saja kami mula menjalankan misi menggoogle dan sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan tentang hartanah. ingat entry ini?
banyak perkara perlu diambil kira tentang keputusan pembelian hartanah ni.Lokasi,Masa,Tujuan,Keluasan,Tenure,Kemudahan, dan paling penting ... Bajet (huh bajet lagi..)
semalam aku telah membentangkan kepada En.S bahawa kami perlu mempunyai perancangan jangka masa pendek,dan jangka masa panjang.dalam jangka masa pendek nak duduk mana,tempat mcmana dan sebagainya.begitu juga dlm jangka masa panjang. (cewah.)
maka bila aktiviti google dijalankan,ada satu lagi angin bertiup disipi2 telinga.
"bestnya kalau jadi agen hartanah,boleh dapat komisyen byk"
"bestnya kalau dapat beli rumah tu (yang harganya melampaui kotak fikiran),bila jual balik sure dapat lebih banyak"
dan apabila aktiviti google itu telah mencapai tahap maksima a.k.a penat,muncul angin lain pulak.
"banyak duit?" Spoil.
semuanya gara-gara ayat dalam hati,
"kalaulah ...."
tapi takpe Farha,ni semua cabaran wawasan 2020.
tapi ape findingsnya dari semua ni?
1.aku mahu belajar menjahit tak kirelah aku ada bakat memegang mesin jahit atau tidak.(sebab pernah ada pengalaman menggunakan mesin jahit dan lupa yang mesin jahit takde brek maka jahitan tu telah habis dijahit sehingga hujung!) yang penting aku cuba.target sekurang2nya pandailah sikit dari tak pandai langsung.
sentiasa mengingatkan diri sendiri jangan terlalu ambitious.nak design baju sebagainya sedangkan alignment menjahit tak tentunya pandai.buat objektif jangka masa pendek dulu Farha.
aku tidak pandang itu sahaja -jimat kos tak perlu hantar jahit baju selalu.sebab bab2 belanja ni boleh juga ke tempat lain,kan?
mungkin "kalau sudah pandai", lebih banyak masa dirumah diisi dengan lebih bermanfaat.lebih banyak masa terluang untuk keluarga.(kalau masa bujang dulu asik nak keluar je).
"kalau lebih pandai lagi", boleh jahit baju sendiri dan keluarga.aicewah.
ok cukup.
itulah kaedah untuk mencapai Personal Key Result Areas aku.
PKRA nya adalah meningkatkan kualiti diri sendiri ke arah knowledge-selfworkers.
untuk no.2 pulak,hold dulu.akanku fikirkan.
teringat dulu masa waktu BTN pernah buat ujian mengenal diri (lebih kuranglah).
aku ingat bahawa tiada elemen no 8 dalam diri aku.
8 merujuk kepada sifat keusahawanan.
maka mungkin,mungkin tidak banyak sifat itu dlm diri aku dan alasan mengapa aku memilih untuk makan gaji.
tapi ianya tidak aku letakkan sebagai "permanent reason" untuk aku membataskan diri aku sendiri.
memang betul,aku tidak suka pergi kepada orang menunjukkan aku ada barang dan barang SEMUA best (wlpn tak semua sebenarnya) dan belilah kerana aku akan mendapat untung.
tetapi aku jumpa satu perkara baru dalam diri aku.
aku suka share tentang apa yang aku suka.
dan mungkin aku boleh berkongsi dengan orang yang mempunyai minat yang sama?
bagaimana caranya?jual.
kedua2nya berbeza pada mata dan akal aku.
kerana itu kita lihat ramai orang berjaya kerana mereka suka dan minat dan mahu berkongsi dengan orang.
apa dia rancangan itu?kita tunggu.
terima kasih kerana membaca.

No comments:
Post a Comment