Sunday, January 9, 2011

mahu kaya?

haaaa suspen kan tajuk entry?
saje je nak share cerita ceritu


semalam seharian pagi di rumah..mcm biaselah..kerja2 harian
bangun lambat,breakfast dekat2 waktu tengahari,cuci baju,sidai baju, kemas rumah...
standardlah tu kan..


petang semalam kitorang pegi Midvalley.
ade mcm ala2 ekspo hartanah kat tingkat atas MV tu.
saje ajak En.S tengok2..manelah tau tiba2 ada rezki nak beli rumah ke,tanah ke..

untuk orang yang dah biase tak bawak camera mcm kitorg ni..memang takdelah gambarnye yea.
tapi takpe..sesi pembelajaran hari ini adalah melalui penulisan ya kawan2...


nak dijadikan cerita,betul2 lah ni.
kitorang keluar rumah dalam pukul 1 tengahari.
aku was expecting jalan akan jammed,parking kat MV ngan Gardens akan menunjukkan perkataan "FULL" merah die tu,and akan ambik masa yang lama untuk parking.
But Alhamdulillah, tak seperti yang disangkakan.
Jalan memang clear habis,parking pun taklah susah sangat nak cari.
sesampainya kitorang kat sane,taklah ramai sangat.
tapi sebelum sampai tu aku dah nampak ade Chocolate Fair punya signage.
hah!
kat tempat yang samelah kan.dalam hati mcm biaselah..name pun chocaholic (nickname zaman MIRC dulu..hehe!)

sampai je kat tingkat atas,sempat lagi En.S kate "jangan salah masuk"
sebab aku nak masuk ke chocolate fair tu..
ala,aku bukan sengaja pun..hehehe.
masuk punya masuk...taklah ramai seperti yang dijangkakan,kotla berlaga bahu ke siku ke.
keadaan masih terkawal..


but most of the booth aku tengok are for the bumiputras.
that should probably be a good newslah kan.
TAPI
ehem.kawasan2nya adalah jauh dari kotak fikiran kami selain tempat2 seperti Shah Alam..
antaranya adalah er..Rawang?Kuala Selangor?Jelebu?
itu kalau bercerita mengenai tempat.
kalau bercerita mengenai mungkin budget dalam hati..memang ke situlah tempatnya!
hahaha!
maka dengan itu,jadilah ia seperti aktiviti pameran sahaja..
tapi banyak jugak kitorg gain knowledge dari situ...


aku nak share 1 cerita sebelum kitorang keluar dari ekspo hartanah tu.
kitorg berenti kat satu booth yang jual duplex condo.
rumah 2 tingkat bertempat di Damansara yo.
berdekatan dengan Ikea dan IKANO.


kami tahulah kami ni tak mampu sangatlah kan..
tapi aku memang salute dengan kerajinan akak sales yang semangat bercerita dan berkongsi pengetahuan tanpa bias dan judgment yang tak tentunya betul.
ok, rumah yang dia jual tu memang cantik gile.
bayangkan,rumah 2 tingkat tapi condo. jangan tanya bab2 teknikal bape keluasan dan sebagainya sebab banyak sangat so aku lupa.
tapi harga dia memang yang paling murah aku tengok is RM 1.09 million.
ok sekian.
tapi yang bestnya,seperti yang kita tahu..kalau rumah kondo ke apartment ke asal bertingkat ke normally harga dia berbeza2 mengikut banyak faktor.
salah satunya adalah view.

soalan kakak itu kepada kami
"ok dik,adik nak duduk tingkat berapa?" (macamlah kitorang nak beli la ni jugak kan)
En S kate,kami takde any preferences,let put separuh dari ketinggian.
kakak tu tanya sebab dia nak kira harga rumah tu berapa.
"ok,let say tingkat 7.kalau tingkat 7,maksudnya tingkat 14lah kan sebab duplex"
soalan seterusnya dari kakak tersebut.
"adik nak yang mengadap natural forest ke,ikea ke ikano ke?"
next dia tanya lagi, "adik suka matahari pagi ke matahari petang?"
masyaAllah!
pening kepale aku.die duk kira punya kira yang aku ingatlah lepas die tekan2 calculator, rm sejuta lebih jugak.lebih berapa,jangan tanya.
tapi yang pasti dia kate ..beza 1 tingkat sahaja adalah rm100,000.
gilee beb!!
dah boleh beli kereta cash!


kami pun senyum dalam hati.


tapi kakak tu tak putus asa.
"nanti akak call untuk follow up ya,atau adik boleh call akak kalau nak tengok tempat."
one thing yang aku tertarik lagi is, diorang penah buat 1 rumah they call it Amani 1 aku rasa around that area.
menurut akak tu,they sell it off on year 2006 at around rm400k and guess what?
tahun ni dia kata orang dah jual up to rm800k. gila kan?
double in 4 years!
huh!
kalaulah ...kalaulah ...


betul kata En.S, yang kaya,bertambah kaya.
yang ada duit sekarang,boleh beli mcm2 dan double kan lagi duit yang memang sedia banyak melalui property investment.
yang sederhana?
ini bukan tanda tak bersyukur ya,ini adalah tanda kesedaran dan ke'excited'an penulis sendiri..heheh


balik tu dalam kereta aku tanya En.S
"takde ke orang nak bagi kita buat loan RM 1 juta eh?"
selambe je En.S jawap
"ada,kalau gaji you RM2 juta ke?"
"bulan2 nak bayar berape?" aku tanya lagi
"bayarla dalam 20ribu ke?"
aku pun diam.
pastu aku sambung balik...
"kalau gaji i RM 2juta,buat ape i nak pinjam sejuta..dah2 tentu i akan mintak pinjam 30juta ke?hahaha!"

manusia memang takkan pernah puas.dan tak pernah cukup.
isk isk isk


p/s : aku ada lagi benda nak cerita,tapi nanti ya!sambungan!

No comments: