seumur hidup aku ni,kalau nak cerita kisah dengan telefon...memang 3hari 3malam pun memang takkan habis.
masa dulu2,zaman sekolah...aku memang ratu bergayut (bukan monyet ya) di telefon.
pakai telefon rumah.
maklumlah,kita bukan tahu .. i mean tahu ..cuma sama ada buat2 tak tahu,tak dengar,tak perasan,segala jenis tak lah,sampailah kita tahu mcmana susahnya orang tua kita cari duit dan kena bayar benda remeh temeh mcm bil telefon ni ...dan mcmana perasaannya bila ada anak kuat bergayut kat telefon,kan?
ini baru sorang,kalau 6 orang?
kalaulah aku,mau aku hidang anak aku dengan telefon je untuk makan pagi,siang dan malam kalau mcm tulah cintanya dengan telefon tanpa berbelah bahagi kan.
aku ingat,waktu terlama pernah aku bergayut menggunakan telefon rumah adalah 5 jam xsilap.
10malam - 3pagi aku rase.gila betul.
ayah banyak kali tanya,"awak cakap ape sampai berjam2?cuba bgtau sikit."
waktu tu mungkin aku tak fikirkan sangat..tapi bila fikir2kan sekarang..
"betul jugak,ape yang aku cakap smpai 5jam tu?" dasyat sungguhlaa...
kalaulah professional trainer/speaker boleh cakap 5jam mcm tu..kaye sekejap!
tapi tujuan asalnya aku nak cerita tentang kisah aku dan telefon ni bukan takat tu je.
sebenarnya cerita lebih kepada telefon bimbit,tapi tiba2 mase baru nak tulis tu teringat kan..so kire introductionlah tu.
selama wujudnya pasaran telefon bimbit di pasaran..
atau selama penciptaan telefon bimbit pertama dalam dunia ...
bila kali pertama korang pakai telefon bimbit,dan berapa kali korang pernah tukar telefon?
haaa ...
aku adalah di antara manusia yang agak lambat memakai telefon bimbit dikalangan kawan2,aku boleh katakan..
masa matrik tahun 2002,ramai kawan2 dah pakai handphone..tapi aku belum
masih bergantung pada pondok telefon yang banyak berjasa,dan jugak sahabat baik yang dah pakai phone,incase kalau family/kawan nak contact aku.
sampailah aku habis ngaji matrik.
masa tu aku kerja sementara dengan ayah.
phone pertama aku beli,nokia 3315. xsilap aku it is an extended version of 3310.mcm cantik sikitlah,but nothing much difference dengan 3310.
it just keypad die lain sikit.the design,size,functions sume same.
sorang sahabat baik aku pernah kata, "ngko ni,orang dah habis matrik barula ko nak pakai phone"
tapi ayat tu tak pernah melemahkan semangat aku.apehal,kan?
ape yang aku nak cerita kat sini ialah ... jodoh aku dengan telefon ni memangla tak berapa nak baik.
aku tak pernah experience perkara yang hebat2 mcm sesetengah orang dengan telefon mcm handphone masuk mangkuk kari la,masuk lubang jamben la..ohya!
ada2! masuk longkang.ehem.nanti aku cerita. (cis,ade jugak rupanya)
cumanya,aku perasan trend aku dengan handphone ni adalah,aku tak pernah pakai 1 phone tu lebih dari 2 tahun.
atau setahun setengah.hampir2 mungkin.
aku bukanlah orang yang fanatik terhadap gajet2 nih
apetah lagi suke menggodek2 phone yang pelbagai function ni.
tapi...
telefon dengan aku selalu tak ngam (tibe2 aku terfikir,ntah2 sumpahan dari ayah kot?hahahaha!)
masa aku belajar di universiti dulu,aku ingat aku beli handphone nokia flip.nokia 6101.
aku sayang sangat phone tu sbb aku rasa design dia sangat kena dgn aku.
comel je phone tu.
masa tu aku tukar sebab phone nokia lama aku tu dah tak elok.
(aku memang takkan tukar phone kalau takda alasan,sampai ke nafas terakhir aku akan pakai ok.)
tapi phone tu bukan original.
masa tu aku dan kawan2 duk rumah sewa.
nak kata kawasan tu takda coverage,menipu sangatlah.
sebab kawan2 aku ok je full bar.
mase 1st day ok lagi...minggu lepas tu alih2 makin susah pulak nak jumpa bar nye..
mcm biskut,kejap ade.kejap ilang.
tapi yang pasti..kalau aku angkat tangan tinggi2 mencucuk langit sambil pegang phone,confirm signal bar tu muncul.
dah kalau mcmtu mcmane aku nak cakap?
sabar jelah.
phone tu rasenya phone paling sekejap aku penah pakai,hampir setahun jugak kot. dalam 8 bulan.
sebab lepas tu aku dapat hadiah phone.
sape bagi,jangan tanya.
yang pasti phone tu design dia cantik,tapi tak pernah didengari brandnya.
yang mana pengakhiran telefon itu adalah di dalam longkang di belakang bangunan MARA di Kajang. tu memang sangat sekejap je aku pakai.
jatuh sebab aku riba masa drive,dan parking dan terus bukak pintu kereta dan keluar.bijak,bukan?
longkang itu agak dalam.air sedang mengalir tenang,waktu adalah ketika selepas hujan, dasar longkang tak nampak,kerana longkang tu dalam satu hal,satu lagi sebab dipenuhi lumut2 seperti rumpai2 hijau ibarat hutan rimba.
damn it. mahu muntah setiap kali mengingatkan lumut itu,yarkssss!!!!
siapa sangka pengakhirannya berjaya juga dikutip oleh kawan aku Zuhri Atiqah dengan menggunakan kayu apentah dalam kereta,aku tak ingat.
tapi celup jugaklah tangan dia tu..hishhh.
lepas dari tu aku beli handphone nokia slide plak.
asalnye taknak,sebab ramai kate handphone slide mudah rosak.
tapi biaselah..nampak cantik,kan?
lebih kurang 6101 jugak,tapi besar sket.mase ni dah start trend handphone besar2 pulak..
dulu kecik2..dari 3310 tukar 8210..pastu besar..macam2.
ni aku beli mase kerja kat drb hicom tahun 2008 kot.
phone tu aku sayang jugak.
yelah,sape tak sayang phone.phone bukannye murah skarang ni..
i mean ade yang murah2,tapi kalau boleh yang kite nak tu sume takat lebih dari separuh gaji bulanan kite,kan?
phone tu bertahan sampailah tengah tahun 2009 camtu.
die koma saat2 paling aku sibuk dalam dunia,mase kat ofis.
waktu aku kena stay ofis sampai malam,orang call dan aku kena call orang waktu tu lah die dah hujung nyawa.
tak sempat pun aku tengok,tau2 dah mati.
malam tu jugak pukul 9 pegi the mall cari handphone.
sakit hati betul.
aku paling tak suke benda2 yang memerlukan pakai duit dalam waktu2 yang tiba2.
but tuah aku,alhamdulillah..phone tu dapat di trade in dengan harga yang lebih dari aku sangkakan.
dan lalu aku pun belilah phone baru...
phone baru itulah aku pakai,sampai sekarang.
tadaaa!
taklah secanggih orang lain,tapi name pun beli sendiri...dah tentu aku sayang ..
DAN!
(wah garangnya dan!)
seperti telefon2ku yang sebelum2 ni...
dia jugak tidak lari dari berpenyakit ganjil.
menurut kawan aku ... Pelik.
tapi benar,kawan2.
aku tak tahu ape penyakit dia.
tapi sampai 1 masa tiba2 aku perasan ..sampai ke hari ini lah..
kalau orang hantar sms,memang tak masuk.
melainkan aku off dan on semula.
tu pun masuk seketul2.
dari sms yang paling baru,sampailah sms yang seminggu lepas.
tapi selalunya sampai 2hari lepas je..yang lain tak masuk.
tu pun tak semua kawan2.
pelik,kan?
kadang2 ada sms di hantar
sebagai contoh :
"Along dah on the way ke rumah awak tau".
sedangkan Along dah datang 2 hari lepas kot.
faham tak masalahnye?
dan...yang lebih memelikkan adalah MMS boleh masuk yea kawan2..
on the spot
melainkan memory dah full
tapi agak dah lame jugak aku hanya pakai phone memory sbb memory card aku dah lupa password.
damn,baru aku perasan kecomplicatedan phone ni.
tapi takpe2...
hok meghah nilah yang selalu dengan aku.haha
tapi!
banyaknye tapi..
aku ade phone baru sekarang.
hadiah hantaran kahwin 2bulan lepas
jangan terkejut.
keluaran nokia aku dah beli waktu ianya baru seminggu di pasaran.kalini aku pilih touch screen plak,C7.
bangga sungguh bila nampak iklan nokia kemain gah dalam tv sedangkan aku dah beli awal di salah satu outlet nokia. (sebenarnya aku nak jerit kuat2 "TIPUUUUU!!!" setiap kali dia keluar tv)
sebab aku sedih bila ingatkan semula yang aku tak sempat pakai,malah tak sempat insert simcard lagi dalam phone baru tu dan aku kena hantar semula ke kedai nokia untuk dibaiki sebab tiba2 dia mati dan tak hidup2 selepas hanya hidup beberapa jam,lepas aku dah ikut instruction untuk charge at least 8jam.
sekarang cuba korang bgtahu,adakah itu memang masalah phone,atau aku yang memang kurang berjodoh dengan phone?!
haaaaaaaaaaaaaaa...misteri,kan?
phuh!penat cerita.
2hari lepas, En.S pergi semula ke nokia dan ambik balik phone aku yang di repair.
menurut kata adik nokia tu,enjin ke motherboard ke rosak.
haritu service centre dah hantar semula ke kedai tu lepas dah repair,skali rosak tang lain plak.
tu yang sampai 2bulan tu.
yang aku tahu,aku malas nak dengar ape masalah die.
sebab tu bukan masalah aku
yang aku tahu,aku dah bayar,dan aku nak.
ade sekali aku bgtau En.S,sebab dah lame sangat,so aku nak mintak die tukar baru terus.
termakbul doa aku,dapat baru.tapi tang dalaman jelah.
body sume kat aku.
warranty pun extend sebulan
dan phone tu skarang berada di rumah.
aku adalah insan paling pemalas dalam dunia untuk buat syncronization ke data transfer ke apapelah.
yang aku tahu,aku nak pakai je.haha.
sebab tu lah sampai ke hari ini belum tukar2 lagi.
weekend nanti ada masa,baru aku betul2 mengadap.
kepada kawan2 yang senantiasa sabar dengan keadaan telefon aku,aku ucapkan terima kasih.
jutaan terima kasih juga kerana sanggup membaca entri yang panjang ni.
khas untuk telefon baru,telefon sekarang,dan ex2 telefon.
semoga jodoh dengan telefon kali ini lebih bermakna.
Amin ...







5 comments:
Aku rasa masalah ko ni adalah beli telefon di tempat yg ada high possibility telefon tu adalah phone re-con atau org dh guna kejap as display or stgh like dat.
Tp sbb entry ko ni menarik, aku pon nak buat jugak ah satu. *high five*
the problem is aku beli handphone2 ni sume kat tempat2 yang berbeza..
adakah ade possibility mereka ini berperangai same?hehe
Ye, possibility adalah tinggi. Ramai nak untung cara cepat. Itu le pasey-nya
eeeeeeeeeeeeee FARHA!!!! i didnt know u write!!! imma gonna link u up, at least to keep in tpuch virtually memandangkan reality nye memasing sibuk atau buat buat sibuk. hehehhe. ye lah, mana tahukan kalau tetibe aku sms nak g jakel, aku je yg bertinggung depan kedai dr pg sampai ptg :p sms xmasuk kathe nyer...
psssstttt, bukan kalau beli enpon, baru dan rusak, they'll change u with a new set kah? or ini hanya berlaku jika beli dengan retailer?
hey babe!!!
hahaha
i dont know too!
boleh2,no problem.and akibat bace blog ko tempoh hari aku dah beli choc yang ko pos dari uk tu kat bangsar
hahaha
chocaholicc kannn??
yup,they change it with the new one.
but dalaman jelah,sebab aku simpan set luaran die sume including the battery=)
Post a Comment