Monday, April 4, 2011

entry ini adalah entry mengutuk.

sebelum itu, sila baca tajuk di atas.
jangan kata saya tak warning!hehe.

nak kata tak mengutuk, memang mengutuk pun
tapi aku nak menceritakan kemeluatan aku membaca paper semalam
kadang-kala,membaca ni bukan sekadar nak mendapatkan info,tapi nak melihat mcmana 'pandai'nya orang zaman sekarang ni...
nak tahu jugak.. "eh?macam mane boleh jadi macam ni?"

haa..ape kes?
gosip artislah.
artis ape?artis melayulah.
melayu mudah lupa?
tak tahulah.

minggu lepas ada kisah erma fatima,disambut oleh -entah siapa- untuk menyambut hari jadinya secara tertutup..
alkisahnya dia dan beberapa tetamu dipanggil,alih-alih ada tarian lucah dan separuh bogel oleh geng-geng maknyah..
bukan sebarang mak nyah,tapi yang stok pakai G-String,bikini segala..dasyat betul yea..
gambar-gambar pun ditunjukkan,memang dasyat..nak tengok dasyatnye macam mane..
google jelah
tak sanggup nak tepek kat sini.

ramai yang mengutuk dan mempertikaikan..kenapa erma tak tinggalkan majlis?
kenapa penganjur buat majlis macam tu sedangkan dia dah berimej bertudung litup dan banyak menghasilkan karya-karya lebih berunsur Islamik?
kenapa orang besar dari Istana Budaya pun ada?
kenapa penerbit/produser (aku tak ingat) yang menghasilkan cerita dakwah pun ada sama?
kenapa?
kenapa?
kenapa?

senyum je baca,hati melonjak-lonjak nak tahu siapa penganjurnya.

dan minggu ini..Pancaindera menemubual beberapa jemputan..
antaranya sahabat baik Erra Fazira,dan Umie Aida--Zahida Rafik.
aku pernah terserempak dengan dia sekali di KLCC lama dulu,sebelum dia buat pembedahan plastik (mujur dia dan mengaku dan insaf atas sebab kesakitan akibat pembedahan tersebut).
cantik orangnya..
sebelum pembedahanlah.

walaupun dia hanyalah sekadar jemputan yang tak tahu tentang plan persembahan tersebut..
pada aku,dia hanya menunjukkan kebodohan dia dengan komen-komen yang dia bagi tu..
bukanlah kata kita pandai..tapi cuba baca ayat dia..
10 kali baca pun aku rasa ayat tu tak betul.

Klik Sini.

ape maksudnya kalau yang membuat persembahan tu wanita tulen baru boleh dikatakan keterlaluan?
dan sebab mereka maknyah,dan maknyah adalah lelaki..diorang boleh berpakaian mcm wanita ke?
pakai G-String,bikini segala?
dan menunjukkan punggung ke penonton?
tak cukup keterlaluan ke tu?
dan paling menyedihkan.."jangan salahkan golongan ini kerana mereka memang mencari makan dengan membuat persembahan begini?"
subhanallah...

dan mempertikaikan kenapa mereka yang menjadi sasaran sedangkan banyak lagi event yang mcm tu diadakan?
subhanallah
merepek apa depa ni...?

dan akhirnya..yang mempertikai ni lah berfikiran kolot..sebabnya dialah yang paling moden..
tak kolot,up to date..gila betul

kalau dah wartawan tanya tu..cakap minta maaf sudah memadai,sebab dia pun tak tahu tentang hal tu..
toksahlah beriya nak lemparkan kata orang lain kolot pulak..hadoila

aku pun bukanlah pandai nak kata orang bodoh
tapi kita,kalau tak pandai..toksah kata apa-apa
pada aku,concern aku adalah golongan macam diorang nilah yang akan mengelirukan generasi akan datang
kalau budak-budak sekolah baca?
pemahamannya akan jadi.."oh,bolehlah nak buat macam ni rupanya..sapa pertikai,dia tu kolot"
ape mak bapak nak cakap kat anak-anak?

gila.
memang gila.

apelah nak jadi dengan dunia akhir zaman ni..
mintaklah dijauhkan dari perkara-perkara melalaikan ni

No comments: