Friday, April 1, 2011

tanda salib dan integriti.

entry harini hasil dari pembacaan blog SueAnnaJoe.
a good sharing sebagai umat Islam yang tak berapa nak celik ni.

dan dalam blog SueAnnaJoe ni juga ada share link dari sini-blog Ustaz Zaharudin berkaitan dengan hukum orang Islam memakai apa jua barang yang mempunyai tanda salib.
dah2 tentu kita takkan beli barang yang kita nampak terang-terangan tanda salib,kan?
tapi mcmana pula dengan barang yang kita mungkin tak perasan?
balik nak kena check ni.
dan dalam blog SueAnnaJoe tu jugak ada beberapa contoh yang dia dapat dari baju anak dia yang bertanda salib secara tak langsung.

dan dari link Ustaz Zaharudin ada dinyatakan bahawa "Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim". Juga ada di nyatakan dalilnya sekali.

Juga dinyatakan, "Jika ia bukan lambang salib,tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya.contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun individu yang lain mungkin merasakan sebaliknya termasuk orang kristian sendiri."

Sebagai peringatan kita sesama umat Islam dan dalam masa yang sama, masih tahu batas-batas dan menghormati antara satu sama lain.


***********

Dan ini pulak tentang integriti.
hasilnya semalam aku baca paper Utusan..ada artikel berkenaan dengan isu integriti oleh Datuk Dr Mohd Tap Salleh,Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM).
Menurut Datuk, orang-orang Malaysia masa kini ni materialistik.
Betul ke?
dah semakin terhakis sifat jujur dan integriti dalam diri mereka.
Ambil balik ulasan dia dalam paper semalam,kita mungkin boleh claimed yang kita negara pantai timur yang masih kekal dengan budi bahasa dan nilai sopan santun yang tinggi.
Hakikatnya kalau dibandingkan dengan negara luar atau engara maju seperti UK,nilai dalam diri rakyat kita adalah jauh lebih rendah berbanding mereka.
Perkara ini adalah subjektif.
Tapi dari segi kejujuran secara am,aku memang bersetuju.

Kata Datuk,dia suka membandingkan rakyat negara kita dan sewaktu dia di UK.
Sewaktu memandu di UK dan sampai di simpang empat, dan tiada traffic light,Datuk melihat bahawa semua kereta berhenti.Sebabnya mereka memberi laluan kepada kereta dari arah kanan.
Di Malaysia,perkara yang berlainan berlaku. Semua kereta masing-masing cuba jalan dulu dan sikap hormat sesama pemandu juga agak kurang.

Please note that entry ini bukanlah untuk menjatuhkan atau memalukan atau mendownkan rakyat Malaysia,sesungguhnya aku pun rakyat Malaysia juga..cuma mungkin kita boleh jadikan ini sebagai satu benchmark untuk menjadi negara maju.

Macam kes di Jepun dan Haiti. Kedua-dua tempat ini dilanda gempa bumi.
Tapi jika dibandingkan dengan Haiti,tiada kes di Jepun yang melaporkan mengenai kejadian rompak,pecah rumah dan kedai..walaupun kedua-duanya sedang menghadapi saat-saat sukar yang mana rakyat di kawasan tersebut sedang dalam desperate-memerlukan makanan dan ubat-ubatan.
Macam mana agaknya keadaan kalau ianya di Malaysia?

Yang menariknya,dalam paper tu jugak,wartawan ada cuba membuat random research on public.

Kes 1 - Penulis letak note RM10 di perhentian bas dan cuba melihat situasi sekeliling. Datang 2 orang pasangan agak berumur ni duduk di perhentian bas. Sang lelaki nampak dan menunjukkan wang itu pada Sang perempuan. Dan Sang Perempuan buat tak endah je dan mereka pun menaiki bas.Hasilnya-Jujur.
Datang seorang pemuda,duduk di sebelah wartawan.Nampak RM10 tu dan pulangkan kepada penulis. Hasilnya-Jujur.

Kes 2 - Penulis sengaja meninggalkan handphone berharga RM 88 di atas meja selesai makan di sebuah kedai makan di Puchong.Ada seorang pemuda yang nampak,dan memulangkan semula kepada penulis. Hasilnya - Jujur.

Cuba sekali lagi dengan menggunakan handphone berharga RM 1,200.Datang sekumpulan pelajar berdekatan dengan meja yang ditinggalkan handphone tadi.Salah seorang daripadanya nampak,dan beritahu pada rakan-rakan yang lain. Rakan-rakan lain tidak mengendahkannya. Selesai makan,kumpulan pelajar tersebut beredar..manakala ada salah seorang daripadanya mengambil dan simpan ke dalam poket.
Mereka ke kaunter dan sangkaan penulis,pelajar tersebut ingin memulangkan handphone,malangnya tidak.
Terus penulis menerpa ke arah pelajar tu dan tanya,'kenapa ambil?'
Jawapannya - 'tadi tak sempat nak pulangkan.'
Hasilnya-Failed!

Tiba-tiba teringat kejadian sewaktu makan tengah hari beberapa minggu lepas.Aku dan rakan sepejabat sedang makan,nak ada balance 10sen aku di atas meja.Selesai makan,aku terus meninggalkan meja. Sebelah meja kami,dua lelaki-seorang mat salleh dan Cina memanggil kami. Nak tahu apa kata mereka?

"Excuse me,you left your money"
Malunya aku.Bukan aku tak nampak duit tu.

Kesimpulannya pada aku,sikap dalam diri kita ni bergantung pada diri sendiri.
Cuma aku tak menafikan tentang perbezaan di antara rakyat negara kita dan negara maju seperti Jepun dan UK terhadap perkara yang tidak mempunyai kepentingan kepada mereka adalah benar,dan aku setuju dengan pendapat Datuk tersebut.

Maaflah,tapi aku sangat pantang melihat lelaki-lelaki yang masih boleh berkelakuan seperti tidak ada apa yang berlaku tatkala mereka di dalam public transport dan mendapat tempat duduk dan hanya membiarkan kamu wanita/warga tua berdiri.
Sejak sedari dulu lagi.

Entry ini bukanlah berniat mengkritik,tidak dinafikan masih ada yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi..cuma manusia ini kadangkala menjadi lebih mementingkan diri sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.

Dan aku rasa, Datuk Dr Tap mempunyai alasannya yang sendiri berkata rakyat Malaysia adalah materialistik!


tak malu betul yang siap angkut beras masuk dalam kereta sendiri.melampau.yang lain2 tu pun sama

kes lori syiling terbalik.

eh yang ni tak ada orang nak kutip?

No comments: