Thursday, April 28, 2011

gapo dio mu ni?

i think my blog is getting boring.
and that if not all, translated how my life is going on.

i need to do something.
something.
and i hope that mr.husband will agree with my proposal.
lets discuss about it in detail tonight.

bila fikir,macam2 aku nak buat dalam hidup ni

1. nak sambung belajar
2. nak buat umrah
3. nak jalan-jalan tengok negara orang
4. nak belajar other language
5. nak belajar agama lebih dalam lagi
6. nak baca buku yang menyeronokkan

yang membuatkan adrenalin aku ni bergerak lebih sikit.
yang membuatkan otak aku ni rasa lebih luas lagi.

pernah tak korang buat sesuatu dengan excitednya
seperti berjumpa dengan orang, atau pergi ke sesuatu tempat yang pertama kali pergi
dan dalam hati berkata,
"wah,tak pernah terfikir oleh aku ada tempat macam ni."
"dunia ini luas dari yang disangkakan"
"hidup ini indah dan otak aku sempit kadang-kadang"(cewah kadang-kadangnya)

rasa mahu berjalan tanpa sempadan
rasa mahu mencari pengalaman yang pelbagai

ah wang boleh dicari! *tiba-tiba semangat alam datang*




baiklah.
ini semua terjadi apabila aku rasa banyak peratus dalam hidup aku adalah berkenaan perkara serius.
ehem
bukanlah maksudnya asyik nak bergelak ketawa.
cuma mahu meringankan sedikit kepala yang sejak kebelakangan ini perlu sama-sama berkecimpung dalam memikirkan masalah seperti :

peruntukan negara untuk infrastruktur kepada semua negeri di Malaysia adalah hanya 3% daripada yang diminta.
ehem.
yang diluluskan.
untuk semua negeri
dan aku mempunyai peluang untuk melihat kawasan di negeri sembilan semalam yang mana paaaaaling memerlukan peruntukan tersebut.

situasi :
peruntukan infrastruktur negeri itu rm X.X juta
Unit Perancang Ekonomi Negeri memberi beberapa projek yang paling priority memerlukan.
2 projek di Nilai, 2 projek di Senawang.

kes 1 : bajet rm setengah juta.kira-kira 27% dari peruntukan. untuk memperbetulkan jalan tar yang pecah2 di kawasan perindustrian sebab banyak kontena lalu.melibatkan banyak kilang.

kes 2 : membuat longkang sebab sekarang ni hanyalah longkang tanah.
3 kali banjir kilat dalam masa 5 bulan banjir naik paras lutut masuk ke workshop2 peniaga tempatan.berdekatan dengan tempat industri kecil sederhana. bajet rm X.X juta. terlebih 13.8% dari approved bajet.

kes 3 : buat jalan  sebab jalan rosak. yang ni lebih teruk dari kes 1 sebab banyak selekoh.so yang pecah2 banyak di selekoh.selama 10minit kami di situ,lebih kurang 5 kontena keluar,masuk belum kira.kontena yang besar dinosour tu.ok,tipu.kontena yang besar gile.
so jalan rosak.sepanjang jalan kiri dan kanan adalah kilang 1 company.
investment die kalau melihat pada kilang dia..berbillion aku rasa. bajet
rm X juta.lebih 11% dari approved bajet.

kes 4 : perbesarkan longkang.sebab development kilang menyebabkan longkang  tak dapat menampung arus.so air naik tiap kali hujan.melibatkan banyak kilang,dan sudah mula memasuki 1 kilang itu. kos rm X.X juta. 72% dari bajet yang diperuntukan.

bajet perlu dihabiskan tahun ini.kalau tak,tahun depan tak dapat.dihabiskan maksudnya sehingga proses pembayaran.buka tender,buat longkang segala benda kena siap bulan 12 2011.

dah tentulah kalau bagi semua,tempat-tempat yang lain dalam negeri tu tak dapat.

kalau korang,pilih yang mana?
jalan yang pecah - melibatkan nyawa sebab ada pekerja dah pernah accident.
banjir yang memasuki kilang - melibatkan harta benda pengilang dan pelabur,merosakkan jalan

atau menjaga, industri kecil sederhana,atau pengilang yang besar sebab melibatkan ekonomi negara?
tapi bajet tak cukup?macam mane?
sempat ke projek siap tahun ni?

*tiba-tiba teringat kursus BTN dulu..yang mana didahulukan :
Negara, Keluarga, Diri Sendiri, Bangsa?
Agama,Masyarakat,Pendidikan, ape eh satu lagi?*

kan aku kata,serius.

p/s : weyweyweyyy..entry tahun ni dah exceed post entry tahun lepas yaw!

2 comments:

Miss CJ said...

Wah, ingat lagi ko pilihan tu sume. Yg aku ingat, sape grup kita yg tukar pendirian tu. Ahaha. Mula2 pilih lain, pastu pilih lain.

FRSR said...

hahaha.sape weh sape?
aku pun ingat jugak yang tukar pendirian tu..pali.hahaha
bape kali duk asik tuka je.mau gado jek.haha