Sunday, July 3, 2011

Anak umpama akar dalam rumahtangga

Ada seorang makcik cleaner di kawasan tempat kami tinggal
Rajin orangnya, peramah lagi.
Rasanya jarang kami tidak bertegur sapa kalau berjumpa.

Petang Jumaat lepas, pulang dari tempat kerja.Selesai parking kereta,kami suami isteri menuju ke lif.
Terserempak dengan makcik tu.
Langsung kami sama-sama menunggu lif turun, makcik terus memegang bahu aku...
"Caaaannntikk anak ni.." sambil tersenyum.
Bukan pertama kali makcik kata begitu.
Teringat masa baru-baru kahwin dulu,makcik gembira bila nampak kami sambil memuji.

Hati berbunga riang, dah orang kata cantik.
Alhamdulillah.
Tapi bukan aku seorang sahaja tersenyum seperti kerang busuk sambil menahan malu, rupanya sang suami pun tak kurang sengihnya.
Sambil menambah-nambah.
"Cantik kan dia makcik? Cantik,kan?"
Haii orang puji sekali tu sudahlahh.

Langsung sementara menunggu lif yang lambat, kami berbual.
Makcik bertanya, "Belum ini? Belum mahu?" sambil tangannya membuat gaya perut ibu mengandung.
Aku faham soalannya dan senyum, "Belum makcik."
Sebenarnya jawab separuh jalan, tak habis cakap. Nak jawab, belum rezeki makcik. tapi entah kenapa aku lebih kepada tersengih.
Mungkin sisa-sisa dipuji belum hilang.
Tapi kemudian dengan nada lebih perlahan aku menjawab,
"Belum rezeki, makcik."
Aku tak pasti makcik dengar atau tidak, kerana waktu tu banyak nasihat keluar dari mulutnya.

Makcik : "Anak ni penguat rumah tangga. Buatlah satu. Makcik nasihat, dapat 1 dulu pun cukup."

Mungkin dia ingatkan kami merancang. Tapi kami diamkan saja, kerana suka mendengar dia berceloteh.
Makcik terus bercakap, "Makcik nasihat, anak ni seperti akar dalam rumahtangga kita. Dialah yang akan menguatkan lagi ikatan suami isteri. Kalau suami isteri bergaduh ke, ingat anak..pasti sejuk hati kita. Balik kerja penat-penat, tengok muka anak..terus lupa penat kita."

Kami senyum sambil mengangguk.
Lalu sama-sama masuk ke dalam lif.

"Suami anak ini baik, selalu tegur orang tua macam makcik. Dari dulu lagi. Makcik tengah penat-penat kerja pun bila ada anak muda tegur, sejukk hati makcik walaupun makcik tak minum air. Orang jawa kata, Ganteng lagi!" katanya kepada aku.

Kami pun tergelak kecil.
Sang suami lebih lebar tersengih-sengih bila dipuji.

Jarang ada orang mahu memberi nasihat yang betul-betul pada aku pendek, tapi sampai ke hati.
Dan makcik ini betul-betul membuatkan hati kami berbunga riang.
Terima kasih makcik atas nasihat pendek makcik =)

4 comments:

Miss CJ said...

Like sejuta kali boleh?

FRSR said...

bolehhhhhhhh=)))))

Unknown said...

Betul makcik tu kate ha... Aku doakan rezeki ko bertambah2la...amin.

FRSR said...

amin,thanks wanie=))