aku tahu agak over untuk aku ceritakan perihal berbuka puasa sedangkan hari ini baru 1 Ramadhan.
ditambah pula yang sedang menaip ni tak termasuk golongan yang sedang berpuasa,kan.
tapi aku bukan mahu bercerita tentang juadah-juadah berbuka yang membeliakkan segala pancaindera yang ada.
tetapi apa yang aku ingin kongsi di sini adalah perihal jemputan-jemputan Iftar, yang kebanyakan dari kita akan menggunakan masa ini untuk berjumpa secara beramai-ramai, membuat reunion dan berjumpa sahabat-sahabat lama serta sesi perkenalan sesama rakan keluarga dan sebagainya.
Ok.sila berasa teruja sekarang.
Entah kenapa,bezanya aku untuk Ramadhan kalini dengan Ramadhan sebelum ini adalah, aku tidak berasa sedemikian rupa.
Langsung tidak. (Harap-haraplah ini bukan tanda penuaan)
Jika dahulu, bukanlah Iftar yang makan beriya dan bersungguh-sungguh yang aku dambakan.
Itu jatuh nombor dua, asalkan aku berbuka.
Yang penting adalah dapat berjumpa dengan kawan-kawan.
Ya, itu yang paling penting.
Dekat, Jauh, Mahal, Murah, bukanlah keutamaan.Asalkan dapat berjumpa.
Tetapi entah kenapa, tahun ini belum lagi menjengah Ramadhan, aku sudah mendapat jemputan-jemputan untuk Iftar dan tidak ada sedikit pun rembesan adrenalin yang merembes.
Amboih ayat!
Orang kata, it does not trigger at all.
Bukanlah aku tak teruja mahu berjumpa sahabat-sahabat.
Tapi ada beberapa perkara yang membuatkan aku berfikir sejak Iftar di bulan Ramadhan yang lepas.
1. Selepas Iftar, pasti akan balik lambat, badan penat, tarawikh entah ke mana.Ramadhan hanya setahun sekali.
2. Untuk si perut kecil seperti aku adalah sangat membazir segala buffet bagai. Aku hanya akan makan sikit tetapi kerap..dah tu,takkan nak duduk sampai waktu sahur? Kelompok sahabat bukan sedikit. Katalah sekali buffet seorang minimum RM50. Bawa suami/isteri x2 = RM100. Kelompok kawan sekolah, kelompok kawan kerja, kelompok tempat kerja lama, kelompok geng sekian-sekian. Baru sebelah kita. Sebelah suami/isteri?Silap haribulan, lebih belanja waktu makan puasa berbanding Raya.
3. Raya pun insyaAllah jika dipanjangkan umur,boleh berjumpa?
dan yang paling penting, kualiti masa. Jika berjumpa beramai-ramai, lebih kepada bersorak dan bersuka.
Aku entah kenapa sejak kebelakangan ini lebih senang bertanya khabar dalam kelompok yang lebih kecil, lebih rapat jadinya. Rindu dengan kawan-kawan, kita berjumpa minum petang. Lebih berkualiti rasanya.
Melainkan jika iftar itu diadakan sekali dengan tarawikh bersama-sama. Itu lain.
Walau bagaimanapun tidaklah aku mahu menjadi anti-sosial.
Tetapi entah kepala aku berbinar-binar memikirkan hal ini.
4 comments:
Happy fasting fÀrha.... *imissMITI'sfriends*
selamat berpuasa jugak Jem..silalah jenguk2 kami kalau rindu..hehe
tanda-tanda penuaan.... tidak syak lagi~!
ahahhh!!!!sila syak sila syak.hahaha
Post a Comment