aku dan suami memang sangat minat dengan Channel Al-Hijrah #114.
semuanya best-best.
antara yang jadi favourite kitorang is Sign of Creator yang selalunya bersiaran dalam pukul 9 atau 10 malam
tapi since bulan Ramadan ni, siaran bertukar ke pukul 8.30 malam.
waktu aku tak pergi tarawikh, aku tengokla.
dan kebanyakan sumber www.harunyahya.com
dari situ, baru kita tahu banyak ilmu/kejadian Allah SWT cipta sebab apa, bagaimana, untuk apa jelas diceritakan berserta sekali dengan bukti-bukti dari Al-Quranul Kareem.
Cerita dari bagaimana seekor serangga tu tercipta, kehidupan dia cari makanan, macamana dia lindungi diri sendiri dari musuh..
Minggu depannya pulak tentang kehidupan haiwan dalam laut pulak
Memang rugi sangat kalau tak tengok.
Kalau kita rasa National Geographic tu hebat, bagus..yang ni lebih sebab dapat kaitkan dengan apa yang telah disampaikan dalam kitab Allah.
Kita selaku orang dewasa pun perlu tengok sebab banyak perkara yang kita tak tahu, macamana kajian saintifik merupakan salah satu cabang kecil dari yang tertulis dalam Al-Quran.
Ada tu cerita tentang human anatomy.
Macam mana badan tercipta, apa fungsinya setiap organ dalam badan.
Yang sebenarnya teori Darwin itu semua palsu belaka
hanyalah teori yang dicipta oleh kononnya penemu/saintis Barat
yang jauh bercanggah dari hukum agama Islam, yakni kita asal usulnya Allah ciptakan Adam dan Hawa
seterusnya hingga ke generasi umat nabi Muhammad saw...
itu baru sikit, banyak lagi kena tengok #Al-Hijrah (dah tiba-tiba macam tukang promosikan pulak)
Apa yang aku nak ceritakan adalah macam tajuk yang ditulis.
Cerita "Sekiranya Nabi Muhammad saw masih hidup"
Pernah tanya pada diri sendiri? Apa yang kita rasa, apa yang kita akan buat?
Cerita ni bersiaran antara pukul 5 hingga 6 pagi, jam terakhir waktu bersahur sehingga waktu imsak.
Pagi tadi kali kedua aku tengok, semalam tengok jugak..tapi mata tu tuan punya diri tak pasti lebih kepada buka ke lebih kepada katup.
Bila tanya kat diri sendiri balik memang tak ingat apa yang tengok.hehe
Cuma pagi ni, kebetulan selesai sahur awal sikit dengan nasi tambah segala..
duduklah depan TV. kebetulan jugak baru start cerita ni, so sedikit sebanyak mana yang ingat aku kongsikan di sini.
Ada 3 segmen.
Yang kisah pertama,seorang lelaki berbangsa Arab, kiranya dia host untuk segmen tu.
Dia kata, sekiranya Nabi Muhammad masih hidup..baginda pasti sedih dengan keadaan masjid-masjid yang tidak terurus dan kurang bersih di kawasan sekitar.
Dia mengambil inisiatif untuk membersihkans alah satu masjid yang terletak di antara Jeddah dan Madinah.
Dari Jeddah ke Madinah terdapat 10 stesen minyak, dan setiap stesen minyak ada surau/masjid.
Dia dan beberapa sahabat pergi ke salah satu surau/masjid untuk meninjau keadaan surau,ternyata tidak terlalu bersih.
Kerana rumah Allah sepatutnya berbau wangi dan bersih, host dan kawan-kawannya pun mula menyapu, tukar carpet kepada yang baru, betulkan air-cond, letak pewangi dsbnya.
Hasil dari sapuan surau tersebut, banyak pasir-pasir dan habuk-habuk yang terkumpul dibersihkan.
Kerana route dari Jeddah ke Madinah merupakan laluan utama untuk ke Madinah, maka adalah penting untuk mengekalkan masjid dan surau yang bersih kerana ia akan menjadi tumpuan utama pengunjung yang nak ke Madinah.
Alangkan bukan tumpuan utama pun, seharusnya ia bersih dan selesa.
Segmen kedua berkenaan dengan seorang warga Kenya.
Dia kata dulu dia bukan Islam, dan dah masuk Islam sejak beberapa tahun yang lepas.
Lebih kurang sepuluh tahun, dia bekerja sebagai pramugari.
Dia sedangkan beritahu yang sewaktu dia belum memeluk agama Islam, orang Islam disekeliling memanggilnya kafir, dan ada juga yang berkata dia adalah najis, yang mana memberi gambaran yang kurang baik terhadap orang Islam sendiri.
Diorang (bukan Islam) sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh umat Islam itu dan mereka tidak tahu apa salah mereka.
Ini pada pendapat wanita tersebut adalah kerana tidak ada seorang pun umat Islam yang datang kepadanya dan menerangkan kepadanya apa itu Islam sehingga hidayah itu datang sendiri kepadanya.
Alhamdulillah.
Sebak bila dia kata, sekiranya Nabi Muhammad saw masih hidup..tentu baginda sedih melihat umatnya yang semakin leka.
dan it is never too late untuk menyebarkan dakwah, berserta dengan ilmu di dada untuk menyebarkan tentang agama Allah ini.
semoga kita sama-sama memperbaiki diri di bulan yang mulia ini.
Amin

No comments:
Post a Comment