Tuesday, August 2, 2011

Isu Halal 2

tadi tonton Ejen Halal di channel TV Al-Hijrah.
sejak tengok preview tempoh hari, memang dah nekad nak tonton.
Walaupun tak dapat tonton sepenuhnya, tapi dapat jugaklah point-point penting yang sebelum ini tidak diketahui.

Tentang hal ayam yang disuntik enzim babi.
Sebelum ni pernah ditulis dalam blog Dr Hj Sazali, maka aku pun nak turut serta berkongsi dari apa yang aku tonton di TV Al-Hijrah tadi.
Isu tadi adalah tentang ayam yang disuntik enzim babi ataupun hormon PSH-P yang diperbuat dari otak babi.
Dulu pernah timbul isu ni di negara kita, tapi menurut JAKIM, ia hanyalah desas desus.
Dan dikatakan UPM pernah membuat kajian yang tidak terdapat enzim babi di dalam ayam mentah.

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke-39 yang bersidang pada tahun 1995 telah menyatakan,
sebarang isi mahupun daging atau telur ayam yang dihasilkan dari ayam yang disuntik PSH-P adalah haram.
Anak ayam hasil dari ayam yang disuntik juga adalah haram.

Kebanyakan ayam-ayam yang disuntik adalah dari negara luar seperti Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Belanda dan China.
Ia adalah supaya ayam-ayam yang dijual akan menjadi lebih gemuk,dan cepat membesar.
Dan untuk mengenali ayam yang telah disuntik ini adalah, ianya cepat berbau busuk.
Kerana itulah penjual-penjual ayam akan menyemburkan air supaya ayam yang dijual kelihatan segar dan tidak berbau hanyir.
Selain dari enzim babi, ada juga unsur yang digunakan dari lemak kulit lembu yang tidak diketahui kaedah penyembelihannya.


Kita sebagai pengguna, bukan hanya dapat mengelakkan dari membeli secara langsung dari penjual ayam, tetapi juga perlu berhati-hati dengan tempat/restoran yang kita pergi.
Ini kerana kebanyakan dari restoran-restoran tidak diketahui tahap kesedaran tentang perkara ini.
Sejauh manakah ia menjalani proses dari A sampai Z secara halal?

No comments: